Pixajoy

Monday, April 11, 2011

Home » Perkahwinan Paling Pelik Di Dunia

Perkahwinan Paling Pelik Di Dunia

Berkahwin Dengan Orang Mati

Maut tidak dapat memisahkan cinta sejati. Begitulah yang dialami Jaskiewicz Magali dan Jonathan George. Pasangan kekasih ini tetap melangsungkan pernikahan meskipun pengantin lelaki telah meninggal dunia lebih setahun. Pasangan yang telah menjalin hubungan cinta selama enam tahun itu awalnya bercadang menikah di sebuah dewan bandaraya di Perancis pada November 2008. Namun, George mati dalam kemalangan motorsikal dua hari menjelang perkahwinan. Setahun berlalu, Magali tidak dapat melupakan rasa cintanya terhadap George. Dengan sokongan keluarga dan sahabat, wanita 32 tahun itu nekad melangsungkan pernikahan dengan foto George di sebuah dewan bandaraya di Dommary-Baroncourt,timur Perancis, pada November 2009.

Berkahwin Dengan Menara Eiffel

Erika 39 tahun, merupakan seorang bekas tentera yang tinggal di San Francisco. Beliau memang telah lama mempunyai pengalaman jatuh cinta terhadap benda. Mulanya , Erika tergila-gila pada Lance, sebuah anak panah yang membantunya menjadi seorang pemanah. Rasa cintanya kemudian beralih pada Tembok Berlin. Beliau mendakwa dirinya memiliki hubungan fizik dengan sepotong pagar yang beliau simpan di dalam bilik. Tetapi Menara Eiffel merupakan pilihan terakhirnya. Majlis perkahwinannya sederhana sahaja dan  dihadiri sanak saudara pada 4 Jun 2008. Beliau mengucap cinta dan janji setia. Sejak perkahwinannya, Erika menggunakan nama 'Erika La Tour Eiffel'.

Berkahwin Dengan Diri Sendiri

Liu Ye 42, lelaki berasal dari Zhuhai, China begitu mencintai dirinya sendiri sehingga nekad melangsungkan pernikahan tradisional dengan dirinya sendiri di hadapan lebih 100 tetamu undangan. Beliau mengabadikan gambar dirinya di atas sebuah papan styrofoam dengan solekan seperti pengantin perempuan bergaun merah. "Ada banyak alasan untuk menikah dengan diriku sendiri, terutama untuk mengungkapkan ketidakpuasan terhadap kenyataan, "kata Liu. Liu menafikan tuduhan sejumlah orang yang mengatakan bahawa beliau gay. Upacara perkahwinan berlangsung mengikut adat masyarakat China. Upacara juga dihadiri seorang pengiring pengantin perempuan dan seorang pengiring pengantin lelaki. Semua tradisi diikuti demi menghormati nenek moyang dan para tetamu yang hadir.

Berkahwin Dengan Bantal

Cinta sejati kadang-kadang muncul dalam pelbagai bentuk. Seperti yang dialami Lee Jin-gyu, lelaki yang berasal dari Korea ini memberanikan diri menikahi bantal 'dakimakura' kesayangannya yang dilekatkan gambar karakter anime. Bantal kesayangan Lee menampilkan karakter 'Fate Testarossa', yang diambil dari siri anime 'gadis ajaib' iaitu Mahou Shoujo Lyrical Nanoha. Pemuda 28 tahun yang diberi julukan 'otaku' ini menikahi 'mempelainya' yang muncul dengan gaun pengantin. Perkahwinan pelik ini diadakan dengan sangat serius, lengkap dengan jurunikah dalam sebuah upacara khas dan mendapat liputan meluas dari pelbagai media.


Macam-macam manusia..Entah apa yang memberi kepuasan pada mereka aku pun tak tau. Ada benda hidup, nak bercinta dengan benda yang tak bernyawa..Orang gila pun pandai bercinta, Mereka nie kategori apa ekk?kehkeh..








25 comments:

rafina mimi abdullah said... Best Blogger Tips

memang btl2 pelik la..tp yg paling simpati perkahwinan kat atas sekali tu..kesian dia ek..

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Oh! citer ni rasanya Fiza pernah baca kat Blog Borak Kosong... Tapi memang pelik kan manusia. Macam2... Heee

Atiey said... Best Blogger Tips

mereka semua dikatogerikan orang2 yang hilang ingatan dan lupus nafsu utnuk berkawin dengan manusia yang masih bernyawa..tahukah kutu orang2 ini adalah orag2 giler...............

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@mrs.sabri
memang kesian.tp kita sbg org islam kena terima qado qadar,dia kan omputih..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Fizalinolie
woyaker..dpt kt blog indon rasanya..lupa plak linknya..dh copy simpan draft, cuma edit sikit2 tadi..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Atiey
org gila ka?emm macam2..

Rina AVAIL a.k.a cik betty said... Best Blogger Tips

eh..pelik..memang betul pelik..rsnya mereka semua ni ada masalah jiwa..

Unknown said... Best Blogger Tips

err..apa yg mampu chii katakan yer..mmg dorang ni sgt pelik..

tp xperla..yg pnting dorang bukan org islam... :) sampai nk buat sesuatu yg diluar tabii..ishk

mommylavender said... Best Blogger Tips

ni betui2 pelik....mesti ade yg tak kena kat otak sie orang...ade wayar satu putus kot...~heee.~salam petang muni musyuk2

Anonymous said... Best Blogger Tips

Berkahwin dengan diri sendiri. Hahaha. Mental dosorder. Bala ni semua bala ni.

Wan Collection's said... Best Blogger Tips

bengong kot manusia yg kwin dgn benda bukan2 selain dr manusia hidup!

ayoo..mcm2 la dunia nih!

halila Ibrahim said... Best Blogger Tips

emm gila glamour tu.. saja nak amik perhatian..

puanbee said... Best Blogger Tips

ei teruk sungguh baik lah tk kawin cam tu ish ish

solomolo said... Best Blogger Tips

sape nak kawen ngan saya ???

*p.i.t.a.m*

kay_are said... Best Blogger Tips

xtau r ni ks gile ke.. or xde calon nak kawin ataupun desperate sangat dah nak kawin.. pelik2.. (-_-")

Aqilah Akmal said... Best Blogger Tips

ni bukan cinta sejati . err -.-"
pelik nyee ~

Unknown said... Best Blogger Tips

Hehehe...rase nak tergelak pun ade nih...

sekamar rindu said... Best Blogger Tips

salam..

kwin ngn bantal tu apa kejadahnya...
ishh

Unknown said... Best Blogger Tips

org kata cinta itu buta

Woofer Storm said... Best Blogger Tips

pelik benar orang macam ni sis..nafsu mengatasi akal,ermmmm
*sis,cari ppuan single kawinkan ngan sy ye.boleh>?ahhaaa

Liza @ Adzriel AB said... Best Blogger Tips

depa ni ada masalah jiwa. tidak dpt menerimadan susah nak percaya dgn org lain dek kerana kes2 yg menakutkan sekarang agaknya.

yuyu jannah said... Best Blogger Tips

manusia ni mmg rambut je sama hitam.tp otak diorang mmg lain2 kan mommie..x tercapai di akal betul la nk kawin dgn diri sendiri, dengan bantal...hehe

Bunga said... Best Blogger Tips

cam xdapat terima..ehhe..lau yang no 1 cam leh la terima cikip n kecian pun ada..dunia2..haha..

bila blog bercerita said... Best Blogger Tips

aiseyhhh...ape brg cinte+kawen dgn mnde yg xbnyawe niyh....iskkk~~
xde feel arhh....kan3...??

Unknown said... Best Blogger Tips

rajinnya ouan kutu buat research... memang mcm2 ragam org dlm dunia nih....