Coklat yang diperbuat daripada koko menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang lazat. Bukan sahaja diminati kanak-kanak bahkan orang dewasa turut menggilainya. Ada pelbagai jenis dan bentuk coklat dijual dipasaran yang pastinya menggoda kita untuk beli.
Sebut sahaja coklat, pasti ramai yang beranggapan ia gizi yang tidak sihat dan menggemukkan. Fakta nie tak betul sama sekali. Coklat sebenarnya mengandungi antioksidan, dikenali sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada kolesterol darah.
Penyelidikan yang dijalankan telah membuktikan khasiat dan kebaikan koko dengan tahap kalori yang dianggap normal untuk semua penduduk. Jom kita lihat sejauh manakah kebenarannya. Sumber nie aku ambil dari Lembaga Koko Malaysia.
MITOS | Coklat yang mengandungi koko adalah makanan yang tidak berkhasiat. |
FAKTA | Satu bar 1.5 auns coklat susu menyumbang kandungan peratus berikut kepada nilai pemakanan harian yang disyorkan (USRDA): Kalcium - 9%; Riboflavin - 9%; Protein - 6%; Zat Besi - 3%; Vitamin A - 2.4%; Thiamine - 2%. Nilai khasiatnya akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan. Coklat sungguh berkhasiat. |
MITOS | Coklat adalah sumber utama 'dietary sugar' untuk kanak-kanak. |
FAKTA | Kajian yang dijalankan di Michigan State University menunjukkan bahawa kurang MYTH daripada 3 peratus daripada jumlah pengambilan gula oleh kanak-kanak diperolehi dari coklat dan lain-lain. |
MITOS | Coklat mengandungi sodium yang tinggi. |
FAKTA | Satu bar 1.5 auns. Coklat yang tidak manis atau separuh manis hanya mengandungi 1.5 mg sodium, satu bar coklat susu = 40 mg. Cuba bangdingkan dengan: 1 cawan susu = 122 mg, 1 keping roti gandum = 132 mg dan 1 auns keju swiss = 440mg sodium. |
MITOS | Coklat menyebabkan kerosakan gigi dan jerawat. |
FAKTA | Kajian telah mendapati bahawa satu daripada bahan yang terdapat dalam serbuk koko menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak gigi. Coklat juga bukanlah penyebab jerawat. Sebenarnya, faktor pemakanan tidak mempunyai kesan atau bukan merupakan punca langsung terhadap jerawat tetapi ia adalah keadaan kulit yang disebabkan oleh aliran keluar minyak yang berlebihan. |
MITOS | Kafein dalam coklat menyebabkan kanak-kanak terangsang dan menyebabkan mereka terlalu aktif. |
FAKTA | Satu auns coklat = 5 milligrams. Satu cawan kopi = 93 dan 153 milligrams dan bagi teh pula ia bergantung kepada berapa lama ia dibuat, mengandungi antara 28 dan 44 milligram kafein secawan. Ada juga minuman ringan yang mengandungi antara 32-65 milligrams bagi satu tin seberat 12 auns. Anda terpaksa memakan banyak bar coklat (lebih kurang 50 - 1.5 auns bar coklat) barulah anda boleh menyalahkan coklat kalau anda tidak nyenyak tidur. |
MITOS | Memakan coklat adalah penyebab utama kegemukan kanak-kanak. |
FAKTA | Kajian menunjukkan kanak-kanak obes mengambil gula yang kurang tetapi lebih kepada lemak dan protein. |
Seperti yang aku selalu kata, makan apa sekalipun jangan berlebihan. Begitu juga coklat. Selagi diambil dalam kuantiti yang sesuai, keenakan coklat akan memberi nikmat yang tak terkata. Sedap hingga menjilat jari!!
22 comments:
as long x berlebihan..insya Allah ok je..sama gak cam makan2 kan..
yang pentng..chii rasa weeeeeeeeeee..kalo mkn coklat..eheheh
dulu chii pernah berangan nak keje kat kilang coklat cadbury..sure leh mkn hari2..ehehe..sambil packing..tgn satu lgik masuk kan dlm mulut..ahahah :p
ayung nih, klu bab cokelat...fakta & mitos tepaksa tolak tepi, hehe:)
salam petang muni~ mommy tak bap[e minat cokolat..tapi lemak2 ni begitu manja dgn mommy...
sila belikan saya CADBURY. asalkan coklat.err..sedapnya kek coklat!*tetiba!
akhir2 ni selera terhadap coklat menurun..
tp kalau dulu hari2 kena makan 1 bar cadbury kecik tu..
ishh kak.. tolak tepi je semua tue..
janji sedap.. haha
kek coklat, milo, ais blended chocolate... fuihhhhhhh hehehe
sebab tu akak suka coklat...ha..ha..
adus mommy lavender..komen dia tak bleh blah..hahaha..apepun coklet memang peberet den..
@chii
tingginya imaginasi chii.hehe
@AYuNG
kena la amik tau.coklat tu byk khasiat.mitos tak amik tau pun takpa..
@mommylavender
slm..tu sbb lain kot mommy..hehe
@Wan Hafisah Collection's
emm sedap..kek coklat pun suka jugak..:)
Mak Munah suka makan dark cokelat...
@diana
eh peliknya..coklat makanan kesukaan seluruh dunia tau..
@nuruljannah sukhri
uii setiap hari..dasyattt..:)
@Qamarul
kenapa pulak nak tolak..entri nie bgtau tentang kebaikan coklat la dik..
@Liza @ Adzriel AB
tau dah..akk mesti suka..hehe
@Atiey
kehkeh..mommy2..mummy yg nie minat pulak cekelat..
Dark cekelat lah paling bagus..Ahaksss, fiza pun ada gak wat entri pasal cokelat. tapi fiza mmg suka sesangat psl cokelat.sodap..
@Fizalinolie
tak kesah la coklat apa pun suka jer..:)
cokelat memang bagus tapi banyak cokelat campo2 tu tak bagus...
@puanbee
ye ke bee?klu coklat sedap bantai jer..hehe
Post a Comment