Dah breakfast ke korang semua? Aku makan kuih jer, beli lepas hantar Aiman sekolah tadi. Oh yer si comel Ammar sedang tidur. Datang-datang tadi berak, pastu terus mandikan dan bagi makan bubur. Ummi Ammar mintak tolong jagakan Ammar. Mommy yang ngasuh Ammar tu kena jaga ayah beliau yang sakit kat hospital. Seminggu mommy takde. Kesian Ammar..
Makhluk paling seksi tengah tidur.. |
En suami yang semangat nak mengecat dapur tu pun sambung tidur balik tak kalah Ammar. Emm..ekceli bukan la satu rumah kena cat balik, kalau semua maunya pengsan. Dapur tu terpaksa dicat sebab ada kisahnya..Nak tau apa? Tak nak tau pun aku nak cerita jugak.hehe..
Kejadian berlaku kira-kira dua tahun lalu saat aku tengah kerja. Time tu aku shift petang, Aiman pula di rumah pengasuh. Untuk pengetahuan korang, masa tu en suami dah balik kerja. Pastu beliau tengok air masak tak ada..Kerana kerajinan melampau yang tak pernah2, en suami masak air pastu biarkan atas dapur.
Nak dijadikan cerita, beliau tertidur kerana penat. Kerja memang macam kuli batak seminggu sehari pun takde cuti. Nak cuti, cuti sendiri, tapi memang tak ada gaji..Malamnya kerja lagi, tidur memang tak ingat dunia la sampai tak sedar air dah masak. Cerek tu pulak tak bunyi macam yang korang punya..Memang dasyat tidur sampai tiga empat jam jugak aku rasa. Gila ah air mendidih sampai kering, bocor abes cerek. Getah yang menyambungkan tong gas pun terbakar, nasib baik tong gas tak meletup.
Asap berkepul2 ke depan mencari ruang untuk keluar sebab pintu dapur tertutup. Yang peliknya en suami boleh tak sedarkan diri. Kalau orang lain mesti dah sesak nafas kerana asap. Mungkin terlalu penat..Lagipun en suami memang selalu tidur mati. Pelik aku..Nasib jugak Aiman takde, Kalau tak mau jadi korang minyak anak aku..
Bila sedar, habis hitam ruang dapur sampai ke ruang tamu. Lantai pun hitam, sofa pun hitam, barang2 rumah habis kotor dek asap..Nak marah pun tak guna sebab benda dah berlaku. Lagipun aku jenis yang tak suka nak bising-bising. Kalau en suami, aku buat salah sikit, time tu jugak p report bagitau abah.hehe..Bila aku tanya cakap ngan abah tak? beliau sengih jer. Lambat ke tak mesti cerita jugak sebab beliau sangat rapat dengan abahnya. Semua benda nak cerita kat abah. Untungnya bila susah, abah hulur duit.kahkah..
Tapi yang teruknya aku la sebab nk mop lantai segala. Mujur sofa boleh tanggalkan kain pastu basuh..Memang mental jugak tambah2 lantai bilik putih pulak tu warnanya..Aiman masa tu tengah aktif berjalan..Memang hitam la kaki si kecik tu, jenuh tonyoh (sental)..
Yang kelakarnya hidung En suami siap bersarang dan hitam kerana asap. Boleh tak sedar, memang penat betullah kot. Bila mandi siap sabun hidung, tu pun tak hilang..Korang pernah sabun hidung?haha aku tak pernah..Kalau cuci dengan pencuci muka ada la..
Esoknya en suami terus beli thermal pot elektrik dan dapur gas baru. Fobia punya pasal tak perlu susah payah masak air lagi... Niat tu baik nak tolong isteri masak air, tapi lain pulak jadi..Sampai sekarang nak pindah baru kalut nak cat..Begitulah kisahnya..
Ok pengajaran daripada cerita nie, berhati-hati dalam setiap tindakan. Kerana sedikit je kita lalai dan cuai, mungkin akan mengundah padah....Lagi satu pesan aku, kalau boleh setiap kali korang keluar rumah, pastikan kepala gas di cabut. Ada orang ambil mudah, semua tu untuk keselamatan kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya..
22 comments:
sy penah juga..masak air guna cerek besar takda bunyik..tertido..nasib husband balik..tp cerek mmg teruk hitam..tp takdala teruk smpi cam rumah puan kutu..nih smpi kes hidung pun hitam heh memang tido mati la tu..huhu..bahayanya yer..nasib tak pape..rumah je cedera..
bab bgini yang takut ni sis..ermm seram sejuk dibuatnya.
*fobia ngan api..ermm
Seramnya sis. Nasib baik tiada kemalangan jiwa berlaku. Sama-samalah kita mengambil pengajaran.
Huh... Nasib baik takde papa... Alhamdulillah. Tapi yang kelakarnya hubby Muni siap sabun hidung lagi. Fiza tak penah buat. Heeeeeeeeeeeee. Cuci ngan pencuci muka adalah. Kihkih.
pernah jeram air..n leh lak p ambik adik..alhamdulillah xterbakar dapur..
Bahaya tu murni!!!!
jangan msk air guna gas lg!
Ya Allah dasyatnya..anah penah gak kn..tp xde la smpai berasap cam tu, cm air tu skit je lg nk kering..fobia smpai 2 hari xbuat stok air masak
mummy pulak pernah panaskan minyak dalm kuali pastu pi masuk jamban melepas..hah ko terbakarlah ape lagi nasib tak marak jer...masa tu danny baru 4bulan...sampai rini fobia nak gi jamban kalau ngah masak..so wanita semua jgn rajin sangt nak masak kalu dh nyanyuk hahaaha
@Rina AVAIL a.k.a cik betty
itu la sebab lama sgt..tu smp cerek bocor.dapur gas pun terbakar.rosak terus!
@Woofer Storm
nie bkn fobia dgn api,fobia dengan cerek air.kehkeh..
@Awan Biru
betulawan.hati2 dlm setiap tindakan..:)
@Fizalinolie
haha tu yg kelakarnya..siap hidung tu hitam macam cerobong asap pun tak sedar
@bunga
lain kali hati2 tau bunga
@Wan Hafisah Collection's
dh dua taun tak guna gas dh.pkai letrik jer
@Anah
itu la lebih baik jgn msk air pkai gas lg..
@Atiey
kutu prnah msk nsik pastu dok sibuk on9 chat.last2 hangit nasik.kiki..
bahayanya..nasib baik x berlaku pape...
Ish ish bahaya tu. Nasib baik tak berlaku apa-apa. Kalau tak lagi laa bahana. Ambil pengajaran dengan apa yang berlaku ni.
wah teruk nya murni ...nanti try carik paip gas yang mahal sikit tu yg ada funtion bila paip tu terbakar di hujung nyer terus gas stop sendiri bee pun ada jugak cam tu dulu teralik org kata nasib paip gas tu funsi mcm tu , ...kalau tk naya ler..
@Miss Tira
itu la tira..nasib getah yg smbung kt tong gas tu terbakar secara safety..klu tak mau meletup tong gas..
@puanbee
woo ada ekk yg lagu tu?
adoi...si comel pulak yg dah terlelap keletihan. mandur tu.
Post a Comment