Pixajoy

Wednesday, April 27, 2011

Home » Kisah Cincin Batu Yang Misteri

Kisah Cincin Batu Yang Misteri



Selamat pagi korang. Harapan aku korang sihat semua. Aku jer yang tak berapa sihat. Suara sudah mula ok, batuk pulak menyerang. Tapi sakit itu penghapus dosa kecil kan..Korang dah baca entri Khalis yang INIAku jugak ada cerita mengenai ini. Berkenaan cincin misteri.




Pelbagai cerita yang kita dengar pasal cincin. Ramai orang percaya dalam batu-batu perhiasan atau permata terdapat "penghuni ghaib" yang membuat batu itu bertuah. Ada juga yang percaya sesiapa yang memiliki cincin batu dan mengamalkan  ilmu yang diperturunkan, setiap musibah boleh diatasi dan segala hajat akan makbul.

Entahlah...aku bukan arif bab itu semua. Yang aku tahu, kebanyakan orang alim pasti ada batu cincin yang menghiasi jemari mereka. Aku tak pasti tujuan apakah, mungkin sekadar perhiasan. Tapi aku pernah dengar yang cincin akan "berisi" kalau kita mengamalkan segala suruhan Allah. 

Aruah pak aku dulunya ada jugak cincin. Yang warna hijau tu zamrud ekk, yelah rasanya. Aruah ada dua cincin batu. Lagi satu tu aku tak pasti batu apa. Selepas aruah meninggal, en suami beria nakkan cincin aruah pak. Abang aku pun bagi. En suami pakai cincin aruah lepas tu malamnya beliau diganggu. Pembetulan, bukan diganggu tapi en suami nampak lembaga hitam. Tak tahulah apa, cuma en suami merasakan yang lembaga hitam itu ada kaitan dengan cincin aruah pak.

Setelah di selidik rupanya aruah pak cuma pakai cincin zamrud saja. Menurut abang aku, aruah pak jumpa cincin yang satu lagi tu, tapi aruah sekadar simpan, memang tak pernah pakai. Lepas tu en suami terus tanggal cincin tersebut. Aku pun tak pasti sama ada cincin tersebut betul-betul ada "penghuni ghaib"nya. Itu saja cerita aku.

Aku tertarik pada kata-kata Khalis, " Berhati-hatilah kalau membeli barang terpakai seperti baju bundle, keris, cincin atau apa sahaja. Kalau kita tak pasti berhati-hati. "sesuatu" ini kalau masuk kedalam tubuh kita sukar untuk dikeluarkan kembali. 

Aku percaya apa yang Khalis kata kerana hal seperti ini sudah banyak berlaku. Bukan bermakna aku percaya kepada perkara tahyul tapi benda ghaib nie wujud, jadi berhati-hatilah...




23 comments:

halila Ibrahim said... Best Blogger Tips

selalunya kan orang pesan la kan kalau jumpa barang2 mas ka duit2 ka kat sungai ka laut ka jangan ambik pasai .. orang buang benda2 halus kot barang2 tu... dulu kat kg saya .. depa p memancing jumpa rantai.. balik2 umah benda tu ikut balik ... jenuh jugak tengok depa p berubat nak buang.. ni betul2..ni..

puanbee said... Best Blogger Tips

hurm kan org dulu2 byk amalan , tok wan bee pakai batu delima merah dan batu satu lagi dikatakan di buat menggunakan air ludah semasa bertapa , dan satu lagi batu yg di ambil dr mulut ular ..ta tahu nk percaya ke tak ..tok wan cerita aku layan jer..hehehe tapi yg best batu dia yang 3 nih berapa kali hilang org masuk rumah curi tapi stil dapat balik ke tokwan bee ....wallahualam

safurara said... Best Blogger Tips

eeeiii takutnya.tu sbb saye tak suke bli2 brg2 yg nmpak pelik ni.takut.

rafina mimi abdullah said... Best Blogger Tips

x boleh percaya la benda2 tu semua..nanti syirik..

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said... Best Blogger Tips

cantik batu cincin tuh, mcm batu caves. ahahah... diaglog sepah rajalawak, heheh :P


Jangan terkejut Bumblebee bertukar jadi Vivabee cik bunga, hahah

Wan Collection's said... Best Blogger Tips

Sungguh! Benda2 mcm ni terutama cincin mmg harus berjaga2. elakkan dr benda2 tak elok dtg dan ssh dikeluarkn nti!

Rina AVAIL a.k.a cik betty said... Best Blogger Tips

emmm betul..nenek suami sy penah pakai cucuk sanggul yg arwah suami dia jumpa..lps pakai dia kena sakit teruk..ada org kt cucuk sanggul tu kepunyaan cina mati dibunuh..entah ya entah tidak wallahualam..

Unknown said... Best Blogger Tips

hurm...x pernah plak terdgr citer pasal ni...hurm..kena hati2 la ye..lg plak wat masa ni chii mmg lum ada lagi cincin batu..

tp mcm pak ngah chii.slalu dpt batu dari gunung..mmg lawa..tp nk dptkan kn tu pun..kena ada masa2 nya gak..ada yg kata dari puteri gunung ledang..ntah la..WA...

Atiey said... Best Blogger Tips

memang pun..brg2 mcm ni mungkin byk kenganan zamn lampau yg tidak ketahui kewujudannya..

mummy sempat curik tulang singgah blog yang mummy sempat terjah hehe...hope dpt terjah semua blog kengkawan...

nice n3

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said... Best Blogger Tips

huhuu.. kuat gak aura cicncin ne ek... biasanye barang2 cm ne memang ada penunggu nye kan... seram gak :)

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@halila Ibrahim
klu kt laut tu memang selalunya benda tak elok kan..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@puanbee
woo macamtu ceritanya..itu laorgdulu memang byk amalan.smpskang masih ramai yg percaya akan batu cincin kononnya bawa tuah la apa la..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@rara pinkmafia
hehe jgn beli!

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Mrs.Yie
syirik klu kita percaya yg cincin tu membawa tuah,boleh makbulkan hajat.tp klu percaya yg cincin ada penunggu.sy cuma percaya yg benda ghaib tu wujud,yg lain wallahualam

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@♥.::cintabunga™blogspot::.♥
kihkih..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Achahani
yup sy juga percaya itu.hehe

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Rina AVAIL a.k.a cik betty
org yg mengalaminya mesti percaya kan..sy juga percaya sbb en suami sendiri alaminya..en suami kata mungkin benda hitam tu toyol.tp memang benda tak elok.cincin tu dah buang dh..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@chii
pakngah chii memang peminat kumpul batu ekk?

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Atiey
hehe curik tulang!emm tu la sbbnya..lg2 klu barang2 antik kan..org dulu2 kan suka bela hantu raya.haha..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine
emm cincin tu takde ape pun.tp mungkin org yg mengamalkannya bawak ajaran slh..tu jer..

Unknown said... Best Blogger Tips

mommy tak de pengalaman gitu..tapi betul pesan orang2 dulu...brg pelik lau jumpa usah la di ambil...tapi lau kuat ilmu di dada..sila la cuba.

mykhalis said... Best Blogger Tips

memang kita kena berhati2..mujurlah khalis bukan peminat barangan terpka cam cincin nie semua

Unknown said... Best Blogger Tips

Cincin hijau dalam gambar tu.. Cincin firus atau omputih pggl turquoise.