Bukan sekadar jajan, kuaci bunga matahari rupanya ada kebaikan. Sejak dua menjak nie suka pulak aku makan kuaci. Kalau jalan jauh, ralit betul makan kuaci dalam kereta. Tadi pagi ada beli sebungkus lagi. Esok malam nak bertolak ke Sungai Petani bolehlah makan. Beli siap-siap sebab kalau kat stesen minyak harganya gila mahai. Jimat sungguh!
Kuaci berasal daripada biji tanaman bunga matahari. Tanaman yang berasal dari Mexico dan Peru ini kemudian meluas sejak tahun 1700 ke banyak negara dan dikomersilkan secara besar-besaran di Jerman, Perancis, Rumania, Bulgaria, Rusia, Hongaria dan Amerika Syarikat.
Kuaci bunga matahari bukan sahaja enak malah merupakan salah satu sumber vitamin E yang sangat baik. 60 gram bunga matahari tanpa kulit cukup untuk memenuhi keperluan tubuh bagi mendapat vitamin E setiap hari. Jom tengok kebaikan Vitamin E yang terkandung dalam kuaci :
- Vitamin E penting untuk meregangkan, menghaluskan dan membuat kulit menjadi lebih muda dan cantik.
- Vitamin E ialah anti oksidan dan sangat penting kepada tubuh. Ia meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dan membaiki struktur DNA yang rosak.
- Dapat mengurangi gejala penyakit Athma atau lelah, osteoarthritis dan rematik.
- Dapat mengurangi risiko penyakit kanser usus besar, menurunkan gejala rasa panas bagi wanita monopaus, dan mengurangi komplikasi penyakit diabetes.
- Membantu memerangi kadar kolestrol jahat (LDL) yang tinggi dalam darah.
Biji bunga matahari sangat baik bagi ibu hamil kerana kaya dengan folat. Selain itu ia juga kaya dengan berbagai mineral seperti magnesium, selenium, tembaga, zinc, kalsium, dan zat besi. Banyak juga kebaikan kuaci bunga matahari nie yer..
SUMBER :
11 comments:
sekarang ni kuaci mcm2 jenis kat pasaran..pembungkusan pun pelik2 dan bertulisan cina..kita nak beli pun rasa was2..mana la tau kot2 dlm tu di campur ngan alkohol..
memang suka makan kuaci ni... tapi pernah dengar kabar angin dulu, kuaci ni dicampur ngan arak... tol ke?
teringat masa tingkatan satu masa sekolah asrama kat perak... siap borong kuaci yang satu paket seposen... abes bersepah kat longkang sekolanh ngan kulit kuaci... last2 pengetua haramkan kitorang makan kuaci...
teringat masa tingkatan satu masa sekolah asrama kat perak... siap borong kuaci yang satu paket seposen... abes bersepah kat longkang sekolanh ngan kulit kuaci... last2 pengetua haramkan kitorang makan kuaci...
ila tak suka kuaci..rasa mcm tak berbaloi je makan..leceh..hehehe
sy memang suka koci.. tp yg cover merah tu setengah tak sedap..
kalo chii..mkn ni..x ingt org lain da..sensorang pun x cukup..eheh..mmg ralit..lagik2 yg manis..
kalo rasa malas..chii beli yg da siap kopek..masuk mulut terus..lg sennag :p
Tira pun suka makan kuaci juga. Huhu. Tapi ada negara tak jual kuaci macam Singapore sebab orang suka buang kulitnya bersepah-sepah.
koci ni tak boleh makan sikit sebab kalau dah start leka dok ulit ulit. selagi tak habis selagi tu tak berenti kadang2 sampai melecet2 hujung lidah sebab nak kopek
kakchik pun suka makan kuaci .. nak pulak yg belang tu. hihi
oh sy suka makan kuaci tapi kwn2 salu ckp tu mknn hamster kekekekeke
Post a Comment