Pixajoy

Tuesday, April 05, 2011

Home » Tempat Paling Menyeramkan Di Dunia

Tempat Paling Menyeramkan Di Dunia



Jom kenali antara tempat-tempat paling menyeramkan didunia :


Walachia, Transylvania, Land of Dracula, Romania

Kisah lagenda Dracula yang dihasilkan oleh Bram Stoker diadaptasi dari kisah benar Vlad the Impaler yang juga dikenali sebagai Vlad Dracula/Vlad III. Sejak kecil dia telah menjadi tebusan Turki kerana tekanan politik ke atas bapanya, Vlad II. Setelah menawan semula Walachia, kebencian Vlad masih berterusan terhadap Empayar Turki. 

Semasa pemerintahannya, Vlad gemar mengenakan hukuman kejam kepada pesalah walaupun kesalahan yang dilakukan sangat kecil. Dia juga mempunyai tabiat meminum darah manusia terutama musuh-musuhnya. Semasa askar Turki menyerang Walachia, Vlad telah menyula lebih 20,000 askar Turki. Kekejaman yang dilakukan Vlad menyebabkan seluruh kawasan Transylvania seperti disumpah dan pengunjung luar pasti akan merasai ‘cold spot’ ketika berada di sini. Istana Vlad tetap dibuka kepada pelawat tetapi tidak ramai yang sanggup menghabiskan lawatan mereka.
pict-31
pict-61

Unit 731 Experimentation Camp, Harbin, Manchuria, China

Dipanggil Auschwitz Asia, ia mempunyai sejarah kekejaman Unit 731 yang telah mengakibatkan kematian 3,000 banduan. Lebih 250,000 penduduk China melalui eksperimen senjata biologi. Antara eksperimen yang dilakukan ke atas banduan ialah dicacatkan tanpa bius untuk mengkaji proses kehilangan darah dan menjadi sasaran bahan letupan dan senjata. 
Sebahagian kompleks Unit 731 masih lagi wujud iaitu bangunan eksperimen penyejukan dan kawasan tempat banduan dijadikan sasaran bahan letupan. Aktiviti paranormal telah berlaku sejak kem ini dikosongkan dan kebanyakan berlaku di rumah penyimpanan mayat seperti cahaya hantu, kemunculan lembaga misteri yang merayau-rayau di kawasan penyejukan, suara misteri dan bayangan ganjil muncul dalam gambar yang diambil di situ. 
Semasa pengambaran dokumentari oleh BBC, krew pengambaran sering kali mengalami masalah dengan lampu dan bateri mereka. Ramai yang menganggap sejak kisah Unit 731 tersebar, roh mangsa yang terkorban semakin aktif dan inginkan pembelaan sewajarnya.
pict-76
pict-92 

Ladang Myrtles, Louisiana, Amerika

Kediaman ini dibina oleh Jeneral David Bradford pada 1796. Selepas kematiannya, anak dan menantunya, Clark dan Sara Woodruff, mengambil alih kediaman ini. Pembunuhan dan kematian misteri bermula apabila pembantu rumah mereka, Chloe, cuba membunuh seluruh ahli keluarga ini akibat dendam. Chloe kemudian dibunuh oleh pembantu rumah yang lain kerana tidak mahu mereka dikaitkan dengan pembunuhan itu. Sejak itu, kematian demi kematian berlaku dan kediaman ini kerap kali bertukar tangan. 
Rumah ini dikatakan dibina di atas perkuburan kaum India kerana lembaga wanita memakai sari kerap dilihat melayang di tepi tingkap. Piano yang terletak di tingkat atas sering memainkan melodi yang sama dan bunyi pelik kedengaran di sekeliling rumah ini. Bayang dua orang kanak-kanak juga ada kala muncul di dalam cermin dan kisah paling terkenal ialah kemunculan lembaga seakan-akan Chleo dalam gambar yang diambil. Dikatakan roh pembantu rumah ini paling kerap dilihat kerana dia masih berdendam dengan keluarga Woodruff.
pict-113
pict-131

Waverly Hills Sanatorium, Kentucky, USA

Hospital ini dibuka pada 1910 sebagai bangunan dua tingkat bagi menempatkan pesakit batuk kering. Tetapi wabak yang merebak menyebabkan bangunan lima tingkat dibina bagi menampung jumlah pesakit yang bertambah. Kematian yang berlaku setiap hari memaksa pihak pengurusan menggunakan satu saluran bagi memindahkan mayat pesakit yang dikenali sebagai ‘The Death Tunnel’. Dikatakan seramai 64,000 pesakit mati di sini. 
Hospital yang telah terbiar ini menjadi tumpuan ritual pemujaan syaitan. Antara aktiviti paranormal yang berlaku ialah hantu wanita tua yang berlari-lari di pintu utama sambil meminta pertolongan, budak perempuan tanpa mata, pintu yang dihempas dan kepala tanpa badan yang melayang-layang di bilik 502. Dipercayai juga dua orang jururawat pernah membunuh diri di bilik ini akibat masalah peribadi.
pict-151
pict-16 

Tower Of London, Britain.

Tower of London yang juga dikenali sebagai White Tower dibina sebagai kubu, istana dan penjara bagi golongan diraja. Terdapat ruang penyeksaan yang menggunakan pelbagai cara seperti ‘Scavenger’s daughter’ dan ‘The Rack’. Selain golongan atasan, penentang agama, aktivis politik dan penentang golongan yang lebih berkuasa juga menjadi tahanan dan diseksa di sini. 
Dengan pelbagai penyeksaan, kematian dan ketidakadilan yang telah berlaku, menara ini terus dianggap berhantu oleh rakyat Britain. Roh yang tidak aman, jeritan ketakutan, kesakitan dan bayangan golongan diraja yang dihukum mati sering dilihat dan didengar di sini. Bayangan yang kerap dilihat ialah Ann Boleyn, permaisuri King Henry VIII. Dikatakan rohnya tidak tenang kerana dia dihukum akibat difitnah.
pict-192

pict-221

Sila pastikan tingkap bilik anda tertutup sekarang. Kalau tak pergi jenguk apa ada disebalik langsir. Takut tak? kehkeh..




17 comments:

kay_are said... Best Blogger Tips

adekah vlad tu raje bersiung?? =PTapi part hospital tu, adekah cite kingdom hospital diadaptasi dari hospital tu? Sampai sekarang masih seram ke? Kne suruh seekers g sane r camtu.. huu

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Huhu... Tower Of London, Britain dan Ladang Myrtles, Louisiana, Amerika...menakutkan lah... Dapat dibayangkan kalau fiza berada di sana pasti menangis... =(

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Huhu... Tower Of London, Britain dan Ladang Myrtles, Louisiana, Amerika...menakutkan lah... Dapat dibayangkan kalau fiza berada di sana pasti menangis... =(

Unknown said... Best Blogger Tips

ishk..xpe la..even klo ada org cabar soh g situ pun..chii x kn kesana...tgk je da seram

solomolo said... Best Blogger Tips

ngeri scary marry...


sape nak menang ipad 2 ??? > http://solomolo.blogspot.com/2011/04/sape-nak-menang-ipad-2.html

mommylavender said... Best Blogger Tips

salam malam muni~ pe ke he nya..wat entry seram2 ni..aduiiii

puanbee said... Best Blogger Tips

eh kutu kebetulan ler bee pun cerita kisah serammmm......zassss

Atiey said... Best Blogger Tips

seramnye Atot nak tidur..huhu

Anonymous said... Best Blogger Tips

Eeee, seram lagi Hantu Kak Limah. Hahaha. Tapi seriuslah seram juga kalau duduk tempat tu sorang diri. Kalau dekat Singapore Changi Hospital.. Kalau dekat Malaysia lagi banyak tempat ada. Salah satunya dulu cell akhir penjara yang nak kena hukuman gantung. KAt penjara pudu tu.

Woofer Storm said... Best Blogger Tips

takutnya...napa la baca entry ni time2 macam ni..4pagi seram ea??ehheeee

KizZ said... Best Blogger Tips

Wah....very very nice info lah....seram pun ada rasa...huish...

Bunga said... Best Blogger Tips

ok..nyesal baca..mesti malam ni susah nak tido..haha..

shereena said... Best Blogger Tips

cm best je tmpat2 2..hoho..

Wan Collection's said... Best Blogger Tips

Tower of London mmg nampak ngeri.

Taknak bacalah! Takut!!

Jom menderma disini..

http://akusertajiwabisnesku.blogspot.com/2011/04/hulurkan-tangan-ringankan-beban.html

Rina AVAIL a.k.a cik betty said... Best Blogger Tips

nasib ah tak baca malam²..huhu

bila blog bercerita said... Best Blogger Tips

weee....leka bce entry niyh.....kije pon xbganjak...hahahah

lalink7 said... Best Blogger Tips

tmpat macam ni la yg teringin nak pergi..hahaha gile kan?