Pixajoy

Tuesday, April 12, 2011

Home » Perancangan Keluarga : Vasektomi

Perancangan Keluarga : Vasektomi



Membelek majalah Harmoni dipejabat malam tadi membuatkan aku tertarik pada perkataan Vasektomi. Selama nie kita hanya mesra dengan kaedah perancangan keluarga yang selalunya dilakukan oleh kaum wanita. Tak perlu aku sebutkan kerana rata-rata sudah sedia arif kan? 


Aku pernah dengar bahawa lelaki juga boleh melakukan perancangan keluarga cuma tidak tahu secara detail apakah kaedahnya. Rupa-rupanya kaum lelaki boleh melakukan Vasektomi. Bagi korang yang juga tidak mesra dengan istilah ini, aku nak share sedikit info, sharing is caring kan? 


Vasektomi adalah satu kaedah melibatkan proses memotong atau mengikat vas deferens (saluran sperma). Ia lazimnya dilakukan melalui pembedahan kecil yang bertujuan menghalang sperma yang dihasilkan oleh testis daripada keluar. Ia sekaligus mengelakkan kehamilan. Vasektomi terbahagi kepada dua iaitu : 


Vasektomi Kekal 

  • Caranya dengan memotong saluran sperma yang juga dikenali sebagai kontrasepsi kekal.
  • Tahap keberkesanan 100%
  • Tidak boleh menghamilkan lagi isteri kerana saluran sperma sudah dibuang

Vasektomi Kaedah Ikat

  • Dilakukan tanpa pembedahan, saluran sperma di ikat dan bersifat sementara.
  • Boleh dilepas semula bila merancang untuk mendapatkan anak.
  • Jarang dilakukan kerana keberkesanannya tidak seperti vasektomi kekal.



Akan tetapi prosuder keduanya tidak serta merta efektif selepas pembedahan. Suami boleh menghamilkan isteri terutamanya dalam tempoh tiga bulan selepas bedah. Kaedah perancangan keluarga lain digalakkan ketika ini.


Sperma di hasilkan oleh testis setiap hari. Sperma tidak selalu dikeluarkan, tidak seperti sel telur yang dikeluarkan secara berkala setiap pusingan haid bagi wanita. Pada yang menjalani vasektomi, sperma tetap dihasilkan oleh testis namun tidak akan masuk ke vesikula seminalis kerana saluran telah diputuskan. Suami masih boleh mengalami ereksi namun tidak ada sperma yang keluar kecuali air mani sahaja. Ia langsung tidak mengganggu hubungan intim.


So, kaum Adam seantero dunia, adakah anda sanggup?kehkeh..




*vesikula seminalis - pasangan kelenjar yg terletak dibahagian belakang bawah kantung alat sulit lelaki. Sperma yang dihasilkan oleh testis setiap hari akan masuk kedalamnya.







15 comments:

halila Ibrahim said... Best Blogger Tips

emmm ... lelaki selalunya bukan mau pun buat2 benda2 cam ni.. waima kalau suruh telan pil perancang pun rasanya tak mampu la depa nk telan setiap malam.. saya pakai IUCD dah 4tahun..senang.. tak yah pikir2..

Wan Collection's said... Best Blogger Tips

Ops, pakai IUCD lagi okeh kot. cuma ngeri bygkan benda alah tu msk dlm badan,..

nmpknya nk kena apply benda2 mcm ni lmbt lagila..hehhehe:)

kak gojes said... Best Blogger Tips

ha ah..betul kata puan halila..eheheh..mau ker? soalnya mau ker kaum adam ni

Atiey said... Best Blogger Tips

Huh kalau nak rancang camtuh kompen laki aku takkan buat..hehe mumy rancang jugak skrg ni tapi secara normallah.takder pun potong or ikat ker or anytg.......hehe kira cam hati2 dijalan rayalah..hehehe n selalu doa jgn terbabas..n terlalu asyik kakaaakah..

Atiey said... Best Blogger Tips

Huh kalau nak rancang camtuh kompen laki aku takkan buat..hehe mumy rancang jugak skrg ni tapi secara normallah.takder pun potong or ikat ker or anytg.......hehe kira cam hati2 dijalan rayalah..hehehe n selalu doa jgn terbabas..n terlalu asyik kakaaakah..

yuyu jannah said... Best Blogger Tips

aduhai.. mcm teruk sgt pulak kekdah ni mommie.. sian pulak, mana tau len kali teringin nak tambah lagi..kang naya..

puanbee said... Best Blogger Tips

mana ada lelaki nk buat nih baaa

Unknown said... Best Blogger Tips

takde nyer suami yg sanggup tu...hehehe

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said... Best Blogger Tips

hehehe.. xsakit ke cm tu.. melecehkan lelaki jerk... bek pompuan yang wat sume perancangan ni kn :)

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Vasektomi... Hurmmm, perkataan baru Fiza tahu dari Muni. Thanks dear. Tapi kan Fiza setuju gak ngan Halila, rata2 lelaki kurang gemar untuk membuat rawatan sebegini.

Anonymous said... Best Blogger Tips

Erk. Haha. Selalunya benda ni dilakukan pada haiwan je. Manusia mana yang nak mandul. Hahaha.

P/s: Maaf lambat BW sebab sibuk sikit :)

mommylavender said... Best Blogger Tips

haha~ lelaki nak bt semua ni???? bertuah sgt la muni oiiiii~

Sofya said... Best Blogger Tips

rasanya kalau tanya org laki.. meski kata kenapa plak depa nak susah2.. pompuan aja lah yang buat..

Unknown said... Best Blogger Tips

perancang?? errr..chii masih x leh nak merancang..tp dlm kepala..da mcm2 plan utk masa depan..ehehe

Unknown said... Best Blogger Tips

susah nak jumpa suami yg sanggup berkorban mcm ni sekali...