Ada begitu banyak keajaiban yang tersimpan dalam tubuh manusia. Kuku pada jari korang tetap tumbuh meskipun sudah dipotong berulangkali, rambut akan sentiasa memanjang dan air mata akan tumpah waktu korang menangis merupakan contoh-contoh keajaiban.
Bila bercakap pasal tubuh, ilmu pengetahuan seolah tak pernah berhenti untuk bereksplorasi dan hasilnya selalu saja ada penemuan baru yang mampu membuat kita kagum. Pernahkah korang terfikir yang tubuh kita sebenarnya mempunyai banyak lagi keajaiban yang kita tidak pernah ambil tahu? Ini fakta yang aku jumpa:
Tubuh mampu menghasilkan aspirin sendiri
Makan buah dan sayur boleh membantu tubuh untuk menghasilkan ubat penahan sakit sendiri. Penemuan Journal of Agriculture and Food Chemistry mengatakan peserta yang mendapat benzoic acid, salah satu zat yang terkandung dalam buah dan sayur mampu menghasilkan komponen penting penyusun aspirin yang berguna untuk mencegah radangan juga mampu menghilangkan rasa sakit.
Tubuh manusia lebih tinggi waktu pagi
Pada wktu pagi tubuh manusia rata-rata lebih tinggi setengah inci daripada malam. Ini kerana kelebihan cairan dalam tubuh yang ada di antara tulang belakang, yang biasanya 'terisi' selagi kita tidur. Walaupun hari lewat, waktu tubuh korang melakukan aktiviti, cairan di kawasan tulang belakang ini merembes keluar sehingga tubuh jadi menyusut dan lebih pendek.
Tubuh bersinar di dalam gelap
Ini terungkap jika menggunakan kamera ultra sensitif. Tubuh manusia ternyata mampu memancarkan sejumlah sinar kecil tapi sayangnya ia terlalu lemah untuk di lihat dengan mata kasar.
Tidur siang sebenarnya menguntungkan
Tidur siang selama 20 minit boleh meningkatkan kondisi waspada seseorang, meningkatkan mood, dan pastinya meningkatkan produktiviti. Selain itu, jantung juga ikut mendapatkan keuntungan bila tidur siang. Dalam sebuah kajian yang dilakukan selama enam tahun terhadap lelaki dewasa Yunani menemui mereka yang tidur siang sekurang-kurangnya 3 kali seminggu memiliki risiko 37% serangan jantung yang lebih rendah. (aku tidur lebih dari 20 minit camna tu?)
Ejakulasi boleh menyebabkan suami bersin
Beberapa lelaki mengalami kesakitan, pening, atau bersin ketika mereka mengalami ejakulasi. Peningkatan aktivit saraf semasa orgasme itulah yang dikatakan menjadi penyebab timbulnya sakit kepala sedangkan penyebab bersin sendiri adalah kerana otak sebagai pusat orgasme merangsang tubuh untuk memberi reaksi menguap dan bersin.
Setiap lidah manusia memiliki 'cetakan' yang berbeza
Lidah manusia ada uniknya kerana boleh dijulurkan keluar, melindungi mulut dari tertelan sesuatu benda, dan tak boleh ditiru cetakan struktur permukaannya. Tekstur geometri yang ada di permukaan lidah berbeza pada setiap orang sehingga boleh dipakai untuk mengenal identiti seseorang.
Kaki merupakan 'pelabuhan' organ-organ penting
Kulit di telapak tangan dan kaki memiliki ketebalan lebih kurang 4 milimeter dan kulit kaki merupakan kulit yang paling tebal dari seluruh kulit di tubuh manusia. Selain itu, ada banyak kelenjar dari berbagai organ penting yang terletak pada kaki. Ahli refleksolgi dengan mudahnya dapat mengetahui penyakit apa yang dihidapi dengan melihat kaki korang.
SUMBER : http://metrotvnews.com/index.php/metromain/news/2010/05/08/17307/19-Fakta-Ajaib-tentang-Tubuh/
6 comments:
manusia ciptaan yang paling mulia disisi Tuhan..dan Allah ciptakan manusia penuh dengan keajaiban......dan kita sendiri yak ni manusia menkaji setiap kejadian yang berlaku keatas diri kita..maka terbitlah fakta yang kutu postkan ini..hehe cam propesor plak heeheh
kalau tidur siang2 berjam-jam...hehehe
sebaik2 ciptaan..ada lah manusia..tp berapa ramai manusia yg betul2 menghargai apa yang dia ada :)
alamek..chii slalu tdo siang lebih dr 20 minit..err..adakah elok utk kesihatn? or memudaratkan :p
akak di tag kt sini.. hikhik
http://annikabubble.blogspot.com/2011/04/giveaway-ujang9897.html
Tira tertarik berkenaan tubuh manusia bercahaya waktu gelap. Wow, tak kisahlah tak boleh lihat dengan mata kasar tapi fakta itu mengagumkan.
Betul kata Mummy tu... Manusia adalah ciptaan Allah yang penuh dengan keajaiban. Cuma kita sebagai manusia terutama hari ini tidak lagi menghargai ciptaan Tuhan. Malah ada yang tidak tahu bersyukur dgn kurniaan Allah. Tak kurang juga yang syok sendiri menjadi hakim tak bertauliah menghakimi paras rupa orang lain. Subhanallah. Inikah kebahagian yang dicari... Huhu.
Post a Comment