Pixajoy

Saturday, April 02, 2011

Home » Fakta menarik tentang manusia

Fakta menarik tentang manusia


Antara fakta-fakta yang menarik sempat aku kongsi dengan korang pasal manusia adalah :
  • Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam. 
  • Berat otak manusia hanya dua peratus daripada berat badan tetapi ia menggunakan 25 peratus oksijen yang disedut semasa berehat atau tidur. Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir, selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.
  • Badan akan kehilangan haba sehingga 23 kali lebih lama dalam air berbanding udara dalam suhu yang sama.
  •  Kulit yang menyaluti seluruh badan manusia dianggarkan berukuran 18.5 meter persegi. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah. 
  • Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.
  • Hidung dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.
  • Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman. 
  • Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km.  
  • Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter. Setiap hari jantung manusia mengepam darah seperti melakukan kerja mengangkat satu tan barang ke tingkat lima.
  • Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.  Manakala jika dileraikan panjangnya boleh menjangkau sehingga empat atau lima kali ganda ketinggian orang itu. 

  • Purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap. Secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan. Air liur manusia juga dikatakan sangat mujarab untuk mengubati luka di kulit atau terbakar. 
  • Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi. 
  • Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan. Sebanyak 64 otot digunakan untuk memasamkan muka tetapi hanya 18 otot digunakan untuk senyum.
  • Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.
  • Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung. 
  • Semasa tidur, satu perempat daripada tenaga badan pergi ke otak kerana keaktifan 10,000,000,000 sel saraf perlu dipelihara.

Betapa setiap organ tubuh manusia mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Bersyukur dan jagalah dengan baik agar setiap fungsi tubuh dapat berjalan lancar..Ok lastly..Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini... 

Pertama - belajar daripada pengalaman sendiri. mereka ini dikatakan bijak dan berpengalaman. 
Kedua - belajar daripada pengalaman orang lain, mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan dalam hidup. 
Ketiga - tidak belajar daripada pengalaman sendiri mahupun orang lain, mereka inilah yang hanyut dengan kebodohan sendiri. 

Korang berada dalam kategori mana?Sila jawab..hehe..



SUMBER : http://0307mckk.tripod.com/id4.html

20 comments:

Atiey said... Best Blogger Tips

Manusia tuhan bagi bernafas pun kekadang tak bersyukur..mummy katogeri manusia yang no 4..hihihi

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Atiey

apakah yg no 4?

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Amboi... Sejak bila ni Muni jadi pengkaji badan manusia. Hehehe. Betapa indahnya kan... Ciptaan Allah. Alamak! Fiza takde kategori manusia kat no2 tu... Hehehe, saya pun sama macam Atiey.. No 4. hihihihi.

CHE ROSSLI said... Best Blogger Tips

articel terbaik dari puan kutu.. mengyedarkan ambe. semua tentang manusia tu adalah nikmat allah.. sama2 kita jaga dan mengunakan nikmat allah untuk kebaikan.peace

mommylavender said... Best Blogger Tips

salam sabtu muni~ mommy selalu diserang tindakan otak luar kawal...

Granny Hani said... Best Blogger Tips

fakta menarik.

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@AL-QASSAM

tq..yup kadang2 manusia lupa hendak bersyukur..:)

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@mommylavender

ehh kena berubat nie mommy..hahaha

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@hani@debumelukut

tq..:)

Atiey said... Best Blogger Tips

manusia no 4 adalh.......manusia paling ayu..huhu..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Atiey

wah nak jugak kategori no 4 tu.hehe

Wan Collection's said... Best Blogger Tips

saya belajar dr pengalaman sendiri, sebab pengalaman sendiri lebih berkesan supaya saya beringat.

klu cedok pengalaman org, tak terkena sendiri mmg tak tau nak beringat!

mykhalis said... Best Blogger Tips

akhirnya dah tau cara untuk wat kopi panas percuma..hehe

Cik Yana said... Best Blogger Tips

Kategori campur semua boleh? hehehe~ menarik fakta ni. Cik Yana suka gile kumpul fakta-fakta yang camni. Pastu cite kat kawan-kawan. Hehehe~

Entry terkini: Tiket Percuma Untuk Peminat Justin Bieber :)

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Wan Hafisah Collection's

sy bel;ajar dr pengalaman sendiri dan pengalaman org lain.pengalaman org lain bkankah buat kita lebih berhati2 dan alert supaya perkara buruk yg sama tak berlaku pd kita.klu berlaku sudah tentu kita tau serba sedikit tentang cara hendak menanganinya kan..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@mykhalis

adoi sanggupkah?

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Cik Yana

boleh jer..tp klu bley yg ketiga tu jgn amal..haha..

puanbee said... Best Blogger Tips

haa bee pom no 4 keh keh keh

Unknown said... Best Blogger Tips

utk jenis manusia.chii yg no 1 ngan 2..alhamdulillah...ehehe

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@chii

Alhamdulillah..sejuk perut mak mengandungkan chii..:)