Pixajoy

Saturday, April 16, 2011

Home » Fakta Tentang Mata

Fakta Tentang Mata



Mata merupakan anugerah terindah dari Allah. Tanpa mata kita tak mungkin dapat melihat segala keindahan dimuka bumi ini. Betapa ajaibnya kuasa mata sehingga kita juga sering mengatakan matalah puncanya cinta berputik. Kalau tak masakan ada  kata-kata dari matalah turun ke hati.



Malam nie aku nak share beberapa fakta tentang mata : 


Mata Akan Berair Ketika Kering

Ini adalah salah satu fakta aneh tentang mata. Air mata kita terdiri dari 3 komponen yang berbeza iaitu air, lendir dan lemak. Jika ketiga-tiga komponen ini tidak keluar dalam jumlah yang tepat, maka mata akan menjadi kering. 


Diabetes Diketahui Pertama Kali Dengan Melakukan Pemeriksaan Mata

Orang yang menderita diabetes sering mengalami gejala-bebas, yang bererti mereka sering tidak tahu bahawa mereka menderita diabetes. Jenis diabetes ini biasanya dapat diketahui dengan pemeriksaan mata. Ini dapat dilihat sekiranya berlaku perdarahan kecil dari pembuluh darah yang bocor di belakang mata kita. 



Setiap Orang Akan Mengalami Katarak Mata Ketika  Tua

Kita tidak menyedari bahawa katarak mata merupakan suatu perkara normal ketika usia tua dan setiap orang akan mengalaminya pada saat tertentu pada usia tuanya. 
Kita dijamin akan pertama kali memiliki katarak mata rata-rata pada usia sekitar usia 70 tahun dan 80 tahun. 


Mata Kita Berkedip Sekitar 15.000 Kali Setiap Hari

Berkedip merupakan fungsi mata yang tidak hanya berkedip secara otomatik, tetapi dipaksa untuk berkedip bila diperlukan. Mata berkedip kira-kira 15.000 kali  sehari. Berkedip adalah fungsi yang sangat penting kerana membantu menghilangkan kotoran pada permukaan mata. Air mata juga membantu menyihatkan mata kita dengan oksigen dan juga memiliki sifat anti-bakteria penting. 



Mata Berkembang Sepenuhnya Pada Umur 7 tahun

Pada usia 7 tahun mata telah sepenuhnya berkembang, dan secara fisiologinya memiliki bentuk yang sama dengan mata orang dewasa. Hal ini dapat dijadikan alasan yang penting untuk menyembuhkan “mata malas” (suatu keadaan dimana ketajaman penglihatan tidak optimal) sebelum mencapai umur 7 tahun. Semakin awal “mata malas” didiagnosis maka semakin besar kesempatan untuk menyembuhkannya, karana mata masih berkembang dan masih boleh berubah. Setelah usia 7 tahun, tidak ada rawatan yang mampu mengubah penglihatan mata.



Lensa Di Mata Kita Lebih Cepat Dari Lensa Kamera

Tepat di belakang pupil mata kita terdapat lensa mata yang fungsinya untuk fokus pada objek yang sedang kita lihat. Cuba korang luangkan waktu sebentar untuk melirik sekeliling dan cuba korang fikir berapa jarak antara korang dan benda di sekeliling. Setiap kali korang melakukan ini, lensa mata mengubah fokusnya tanpa disedari. Bandingkan dengan lensa kamera yang memerlukan waktu beberapa detik antara jarak satu sama lain. Ajaibnya  lensa mata kita boleh secepat itu, dan boleh terus berubah-ubah setiap saat.



Semua Orang Memerlukan Kacamata Untuk Membaca Ketika Usia Makin Tua

99% penduduk dunia akan memerlukan kacamata untuk membaca pada usia antara 43-50 tahun. Ini kerana perlahan-lahan mata mulai kehilangan kemampuan untuk fokus seiring bertambahnya usia. Ketika kita melihat benda-benda di sekitar kita, lensa kita berubah dari bentuk flat ke bentuk yang lebih bulat, dan kita akan kehilangan kemampuan ini ketika makin tua. Ketika berumur sekitar 45 tahun, kita akan mulai melihat hal-hal yang lebih jauh dari kita untuk membuat lensa mata kita tetap fokus.







               

16 comments:

Unknown said... Best Blogger Tips

sebab tu pentingnya kita kena jaga mata..jgn sampai salah satu pancaindera kita ilang sebab terlalu asyik nak cantik.. :)

Atiey said... Best Blogger Tips

tulah sbb selalu tgk lappy power mummy mkin brtmbh...

halila Ibrahim said... Best Blogger Tips

ooo.. banyak nye kita dok kedip2 mata.. tapi kita perasan pun kan..

yuyu jannah said... Best Blogger Tips

kena makan carrot byk2 mulai skrg., sbb hari2 duk mengadap pc je..jaga mata

Rina AVAIL a.k.a cik betty said... Best Blogger Tips

hidung dan telinga akan membesar tp mata x membesar..betui ke dak ek puan kutu?

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@chii
betul chii,tp kerana selalu mengadap pc n lappy pun bley buat kita rabun..tu tak dpt la nk tolon..cmna nk bw kan?huhu..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Atiey
emm nk wat cmna mummy..blog punya pasal!

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@halila Ibrahim
itulah..stat esok cuba kira.kihkih

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@mommie yuyu
iyolah yuyu..:)

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Rina AVAIL a.k.a cik betty
eh tnya kite pulak..cik betty la bg jawapannya.huhu

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said... Best Blogger Tips

mata akan kering bile berair...hehehe kalau nagis sampai kering mate cm ne lak ek :)

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Huhu... Fiza muda lagi dah pakai kaca mata. Naik lagi power dia sekarnag. Maybe kuat sangat mengadap laptop kot.

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@topimagine
kering la tu.hehe

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Fizalinolie
woo..muni pun dah macam rabun rasanya..kadang2 nmpk sesutu benda tu macam kabur.tak suka!

Anonymous said... Best Blogger Tips

Fata menarik ni. Tak tahu pula air mata kita terdiri dari lendir, air dan lemak. Wow, lemak ye. Huhu.

P/s: Maaf lambat komen sebab busy sikit.

jebengotai said... Best Blogger Tips

pada cahaya baik..mata mempunyai iso 1..manakala waktu gelap iso mata lebih teruk dari kamera digital.. :)