Hari nie sangat meroyan dengan fakta menarik. Jom kita lihat pula fakta-fakta menarik tentang negara :
Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud 'tidak'.
Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.
Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.
Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun dikatakan paling panjang di dunia kerana berukuran 124 meter dan 4 meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah daripada membuat terowong bawah laut.
Sungai Huang Ho di Utara China di gelar sebagai Sungai Derita kerana kerap meragut ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun.
Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di bawah paras beku pernah dicatitkan.
Seoul adalah ibu negeri Korea. Dalam bahasa ibundanya, Seoul bermakna `ibu negara'.
Taj Mahal yang terletak di Agra, Uttar Pradesh, India adalah sebuah monumen tinggalan Kerajaan Moghul. Pembinaan Taj Mahal yang mengambil
masa sehingga dua puluh tahun itu berjaya disiapkan pada 1653 dan melibatkan ribuan tenaga buruh.
Gurun Sahara, padang pasir terbesar di dunia yang terletak di utara Afrika berusia 2.5 juta tahun dan mempunyai keluasan 5,632,690 kilometer (3.5 juta batu) persegi. Wanita-wanita dari keturunan Pigmy di Lembah Congo amat takut jika suami mereka terpikat dengan wanita lain. Bagi mengelakkan suami digoda oleh wanita lain, setiap isteri bertindak mengawal suami mereka dengan mengukir nama mereka di dahi suami masing-masing.
Apa pula fakta menarik tentang Malaysia? Orang Malaysia lebih banyak mati kerana makan bukan kerana tak makan. Ini fakta ker?huhu..
SUMBER : http://0307mckk.tripod.com/id4.html
14 comments:
orang malaysia suka buat kerja last minit..fakta tau ! tk percaya sila buat analisis sendiri
RIni Puan rajin berfakta...hehe....apekata kita panggil prof kutu..kira naik pangkatlah?hikhikhik
hohohhh... bayangkan nama kita diukir di hai suami... ekkekeke...
Wah! hari ini kita baca pasal fakta yer. Hehehe. Hurmmm, thanks for d info yer dear. Banyak gak saya tak tahu sebelum ni.. Huhu.
@Puanbee
waa..gud info..:)
@Atiey
hari nie meroyan sket..teruja sgt ngan fakta yg ditemui..hehe
@kakyong
comfirm laki tak crik len dah..:)
@Fizalinolie
sharing is caring dear..:)
hik hik..menarikk..
fakta ttg malaysia yer..
org malaysia ramah² tp kat jalanraya bertukar ganas..
tak tahu jaga kebersihan kut (malu weh tgk sungai kat m'sia)
org m'sia byk mati sebab mkn...heheh..
ni mmg xnafi..org m.sia sgt kaya ngan makanan..tayah tgk jauh2..umah chii sendiri..byk sgt mknanan..sampai tatau da nk mkn pe..ngan buah2an lgik..
bila chii kata byknya makanan..mak kata * korang beruntung dpt mkn byk..tgk negara luar sana kebulur..tu pun xmo mkn :p
bgus fakta ni kak..
*sy selalu je rasa nak pengsan kalau tak makan..ehheeee
@Rina AVAIL a.k.a cik betty
bab pengotor tu setuju..;)
@chii
fakta yg malaysia tu sy yg tambah.bkn fakta ekk..:)
@Woofer Storm
untung la pengsan.huhu..
Post a Comment