Kebetulan antara Presiden Amerika Abraham Lincoln dan John F. Kennedy dianggap paling menakjubkan. Lincoln menjadi presiden pada 1860 dan Kennedy pada 1960. Kedua-duanya kehilangan anak dan isteri ketika tinggal di White House, ditembak pada hari Jumaat oleh penembak dari selatan dan digantikan oleh orang bernama Johnson. Lincoln ditembak di Ford Theater manakala Kennedy di dalam kereta Ford. Seminggu sebelum ditembak, Lincoln bersama rakannya di Monroe, Maryland. Kennedy pula bersama rakannya, Marily Monroe.
Sepasang kembar, Jim Lewis dan Jim Springer terpisah selepas lahir. Mereka dijadikan anak angkat oleh keluarga berlainan dan dinamakan James sehingga besar tetapi tidak kenal antara satu sama lain. Kedua-duanya menjalani latihan askar, berkebolehan dalam mekanikal dan pertukangan serta masing-masing mengahwini wanita bernama Linda. Kedua-dua mempunyai anak lelaki yang diberi nama James Alan dan James Allan. Kedua-duanya bercerai dan berkahwin dengan wanita lain bernama Betty. Mereka berdua juga mempunyai anjing dinamakan Toy.
Pada 1953, pemberita televisyen Irv Kupcinet berada di London dan menginap di hotel Savoy. Dia menemui barangan tertinggal yang dimiliki oleh lelaki bernama Harry Hannin. Kebetulan Hannin, seorang bintang bola keranjang ialah rakan baik Kupcinet. Tetapi dua hari selepas itu, Kupcinet menerima surat dari Hannin yang mengatakan ketika dia menginap di Hotel Meurice, Paris, dia telah menemui tali leher yang mempunyai nama Kupcinet.
Pada 1979, sebuah majalah Jerman mengadakan pertandingan menulis. Pembaca perlu menghantar kisah benar yang luar biasa. Walter Kellner dari Munich memenangi pertandingan itu dengan kisah ketika menerbangkan Cessna 41 antara Sardinia dan Sicily, dia telah mengalami masalah enjin, terpaksa mendarat di atas air dan kemudian diselamatkan. Seorang lelaki Austria, juga bernama Walter Kellner telah menghantar bantahan kepada majalah itu dan mengatakan cerita itu ialah plagiat dari kisah benarnya. Apabila disiasat, didapati kisah kedua-dua mereka memang serupa walaupun terdapat banyak persamaan.
Pada 1899, seorang lelaki terbunuh akibat dipanah petir di belakang rumahnya di Taranto, Itali. 30 tahun kemudian, anaknya terbunuh di tempat sama akibat panahan petir. Pada 8 Oktober 1949, Rolla Primarda, anak mangsa kedua (dan cucu mangsa pertama) juga terbunuh di tempat yang sama akibat panahan petir juga.
Seorang wanita Jerman telah mengambil gambar anak lelakinya pada 1914 dan menghantar filemnya untuk dicuci di sebuah kedai di Strasbourg. Setelah Perang Dunia I berlaku, dia berpindah ke Frankfurt dan tidak sempat mengambil gambar yang dicuci. 2 tahun kemudian dia membeli plat filem di Frankfurt untuk mengambil gambar anak perempuannya. Setelah dicuci dia mendapati gambar anak perempuannya bertindih dengan gambar anak lelakinya sebelum ini. Setelah diperiksa, plat filemnya yang asal tidak pernah dicuci dan dilabel sebagai tidak digunakan dan dijual kepadanya semula.
Kebetulan Diraja terjadi apabila King Umberto I telah pergi ke sebuah restoren dan mendapati pemilik restoren itu bukan sahaja seiras malah mempunyai banyak persamaan dengannya. Kedua-duanya lahir pada 14 Mac 1844, di bandar yang sama dan mengahwini wanita bernama Margherita. Lelaki itu membukan restoren pada hari King Umberto menjadi raja Itali. Pada 29 Julai 1900, lelaki itu mati dalam kejadian tembak. Kebetulan ketika diberitahu berita ini kepada King Umberto I, seorang pemberontak telah menembak mati raja tersebut.
Pada abad ke-19, penulis Egdar Allan Poe menulis buku mengisahkan empat orang yang terlibat dalam kejadian kapal karam dan menyelamatkan diri menggunakan bot. Mereka terperangkap beberapa hari sebelum membunuh dan memakan pekerja kabin bernama Richard Parker. Beberapa tahun kemudian, sebuah bot ditemui dengan 4 orang di dalamnya. 3 orang masih hidup dan mereka telah membunuh dan memakan mangsa ke-4. Lelaki itu bernama Richard Parker dan seorang pekerja kabin.
Pada 2002, seorang lelaki dilanggar oleh sebuah lori ketika menunggang basikal di Raahe, utara Finland. Sejam kemudian, kembarnya mengalami kemalangan di jalan raya yang sama, 1.5km dari kejadian pertama.
Pada 1920an, ketika novelis Anne Parrish berada di sebuah kedai buku lama di Paris, dia menemui buku kegemarannya ketika kecil – Jack Frost and Other Stories. Dia mengambil buku itu dan memberitahu suaminya bahawa buku itulah yang menjadi kegemarannya sewaktu kecil. Apabila dibuka, dia mendapati tulisan yang berada di helaian muka suratnya ialah, “Anne Parrish, 209 N. Weber Street, Colorado Springs.” Ia merupakan buku Anne waktu kecil.
Pada 26 November 1911, 3 orang lelaki telah digantung di Greenberry Hill di London selepas didapati membunuh Sir Edmund Berry Godfrey. Ketiga-tiga mereka bernama Robert Green, Henry Berry dan Lawrence Hill (Green, Berry dan Hill).
Jean Marie Dubbary, lelaki Perancis digantung pada 13 Februari 1746 kerana membunuh ayahnya sendiri. 100 tahun kemudian pada tarikh sama, seorang lelaki Perancis bernama Jean Marie Dubbary telah digantung. Juga kerana membunuh ayahnya.
Akhbar di Oregon mahu mengeluarkan set nombor loteri yang pernah menang tetapi telah mengeluarkan keputusan loteri bagi negeri Virginia, 6-8-5-5. Dalam cabutan loteri Oregon seterusnya, nombor yang sama telah memenangi hadiah utama.
Pada 1930, sebuah keretapi telah tergelincir di New York dan gambar yang dikeluarkan akhbar jelas menunjukkan nombor ‘932’ pada satu gerabak. Ramai yang mengambil nombor itu dalam loteri Manhattan dan 1000 orang telah memenangi loteri tersebut.
.
Pada 1898, Morgan Robertson telah menulis sebuah cerita tentang sebuah kapal bernama Titan yang tenggelam di Utara Atlantik setelah berlanggar dengan aisberg. Pada 14 April 1912 pula, kapal terbesar Titanic tenggelam di Utara Atlantik setelah melanggar aisberg.
* Selamat berhibur membaca pasal kebetulan yang sangat menarik tertarik bagi aku.. Terima kasih juga kerana sudi berkongsi ilmu kebetulan..:)
SUMBER : http://simfonikasih.net/?p=435
16 comments:
Entri yang menarik..Begitulah kehidupan Murni... Banyak kebetulan berlaku. Fiza pun pernah gak hadapi... Tapi kebetulannya taklah luar biasa spt mereka2 ini... suatu ketika dulu 17/7 nenek fiza meninggal... pada hari yang sama Fiza dapt tawaran masuk U dan 17/7 jugk besday hubby fiza...
best n teruja sangat baca =)
rajin tui kutu , kutu tau tak malam td bee mimpi yang bee terjumpa buku tebal dan besar ,semunya tentang fakta mcm kutu nih hakhak!!
Kebetulan kekadang kebetulan..macam2 kebetulan kat dunia nie...kebetulan plak jumpa kutu....haha banyak kebetulan daaaa.....anyway nice info kutu..rajin cari fakta..bagus2 bulan depan naik gaji k!!!
menarik..buang juga teruja tengok..
Kebetulan psl kembar JAMES tu plg syok! byk sgt kebetulan mcm pakat pula. huhhuuhhuu.
akak suka yg kisah kembar terpisah tu... byk sgt yg sama.
byknya kebetulan dlm hidup ni kan
Huu mengagumkan. Pasal Titanic tu pun lagi mengagumkan.
susah nak cakap.. kebetulan dan keajaiban kot..
berdebar baca entry ni... byk kebetulan yg bila difikir2 misteri pula, tapi kuasa Allah, Dialah yg mnentukan sgalanya..
menarik betol la crite nie sampai terlupa nak pegi toilet melepas hajat .. hahakz !
paling tertarik pasal 3 lelaki digantung di Greenberry Hill pd 26 November 1911 .. dya lahir 26 November 1988 . Hope ta ade yang berlaku .. huhuhu ~
ni betui kebetulan yang menakjubkan~
paling menakjubkan..kisah kembar..eventho dorang terpisah..tp semua nya ttg life dorang sama..sampai kan nama anjing pun sama.naluri org kembar kot ;p
salam..
kebetulan yg sangat mengejutkan...
masa baca mula² teringat kisah titanic yg kebetulan sama dgn sebuah kisah novel..rupanya ada tulis kat bwh sekali..best best..ada yg dah penah baca dan ada yg belum..
Post a Comment