Akrit Jaswal
Lahir pada 23 April 1993, tercatat sebagai mahasiswa dan doktor India termuda dalam sejarah. Menurut ibunya, kejeniusan Askrit sudah terlihat sejak masih bayi. Beliau sudah dapat berjalan di saat bayi-bayi lainnya masih pada tahap merangkak. Dapat berbicara pada usia 10 bulan, dan di usia 5 tahun sudah membaca buku karangan William Shakespeare.
Pada usia 7 tahun, beliau melakukan operasi pembedahan pertama pada seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun. Askrit mempelajari kemampuan tersebut dari seorang doktor bedah secara langsung dan pada usia 11 tahun diterima sebagai mahasiswa di Punjab University.
Wolfgang Amadeus Mozart
Mozart (27 Januari 1756 - 5 Desember 1791) adalah komposer dan pemain piano yang hebat. Mozart tidak hanya salah satu komposer terhebat dalam sejarah, tetapi juga merupakan salah seorang kanak-kanak jenius paling ternama dalam sejarah.
Mozart mulai belajar piano pada usia 4 tahun, mengarang lagu pertamanya pada usia 5 tahun dan pada usia 8 tahun, Mozart telah mengarang simponinya yang pertama. Mozart ketika kecil, merupakan seorang selebriti, kerana pada usia yang masih kecil beliau sudah mengelilingi Eropah memainkan karya-karyanya di hadapan keluarga diraja dan orang-orang berpengaruh.
Namun Mozart tidak panjang umur kerana telah meninggal dunia pada usia 35 tahun. Sepanjang hidupnya, Mozart telah mengarang sekitar 600 komposisi untuk simponi, opera, piano, orkestra, dan lain-lain.
William James Sidis
William James Sidis (1 April 1898 - 17 Juli 1944) manusia terjenius yang pernah ada dengan perkiraan IQ 250-300. Sebagai perbandingan, untuk dianggap jenius korang hanya memerlukan IQ diatas 136 dan rata-rata IQ orang biasa adalah 85-115.
Sidis dapat membaca pada usia 18 bulan. Menulis 4 buku dan dapat berbicara dalam 8 bahasa yang berbeza (Latin, Yunani, Perancis, Russia, Jerman, Ibrani, Turki dan Armenia) pada usia 8 tahun. Pada tahun 1909 Sidis mencatatkan rekod sebagai mahasiswa termuda di Harvard University, disaat beliau masih berusia 11 tahun. Beliau mendapat gelaran cum laude Bachelor of Arts (BA) Matematik pada usia 16 tahun.
H.P Lovecraft
H.P Lovecraft (20 Ogos 1890 - 15 Mac 1937) adalah salah seorang penulis horor yang paling berpengaruh di abad 20. Howard Philips Lovecraft belajar membaca pada usia 2 tahun dan mula menulis puisi yang rumit pada umur 6 tahun.
Minat Lovecraft terhadap sastera adalah kerana datuknya memberikan karya klasik seperti The Arabian Night dan The Iliad and The Odissey untuk beliau baca. Datuknya juga yang menumbuhkan minat Lovecraft pada cerita gothic horror kerana menceritakan cerita-cerita seram karangannya sendiri.
Di masa kecilnya, Lovecraft adalah anak yang lemah dan sering jatuh sakit. Kedua orang tuanya mempunyai masalah dengan kejiwaan. Ayahnya menderita sakit mental disebabkan penyakit sipilis dan meninggal di rumah sakit jiwa. Ibunya pula menderita depresi kronik dan secara rutin juga mengambil arsenik untuk mengubati penyakit sipilisnya. Mungkin kerana latar belakang masa kecilnya yang kelam itu, maka cerita horor yang dikarangnya sangat gelap, penuh fantasi, aneh dan kelam.
Okita Soji
Okita Soji yang hidup di Jepun pada periode tahun 1800an adalah kanak-kanak jenius kerana kemampuan fiziknya dalam bertarung. Beliau mula mempelajari teknik tingkat tinggi dalam pertarungan dengan menggunakan pedang pada usia 9 tahun.
Ketika berusia 12 tahun, Beliau mengalahkan seorang Master Swordsman dalam sebuah pertarungan. Pada usia 18 tahun pula beliau menjadi Master Swordsman dan menjadi salah seorang anggota pertama Shinsegumi , iaitu polis khas di Kyoto, Jepun.
Kim Ung-Yong
Kim Ung-Yong (lahir 7 Mac 1963) mungkin merupakan seorang yang superjenius, tercatat dalam catatan rasmi Guinness Book of Record sebagai manusia dengan IQ tertinggi ketika ini, iaitu 210.
Kim mulai menempuhi pendidikan di Universiti jurusan Fizik ketika usianya masih 3 tahun, malah dapat membaca dan menulis dalam 4 bahasa (Inggeris, Korea, Jepun dan Jerman). Di usia 4tahun, beliau menunjukkan kemampuannya menyelesaikan soalan kalkulus integral dan differential yang sangat kompleks pada suatu acara TV di Jepun. Beliau juga menunjukkan kemahirannya dalam menguasai 4 bahasa dan menulis puisi.
Pada usia 7 tahun, Kim diundang ke Amerika oleh NASA, mendapat gelaran professor PhD dalam bidang Fizik di Colorado State University sebelum berusia 16 tahun. Semasa kuliah beliau juga bekerja sebagai researcher di Nasa dan melanjutkan pekerjaan tersebut sampai pada tahun 1978 ketika dia memutuskan untuk kembali ke Korea.
Gregory Smith
Gregory Smith lahir pada tahun 1990, dapat membaca ketika berusia 2 tahun dan mula kuliah pada usia 10 tahun. Gregory Smith menarik perhatian media dengan membentuk sebuah komuniti yang membela kepentingan hak kanak-kanak dan keamanan dunia.
Beliau mendirikan International Youth Advocates, memberikan perkhidmatan sebagai jurucakap beberapa lembaga antarabangsa yang peduli terhadap hak kanak-kanak. Pada usianya yang masih muda, beliau telah bertemu beberapa ketua negara di seluruh dunia, di antaranya Bill Clinton (Amerika Serikat), Mikhail Gorbachev (Russia), dan dicalonkankan sebagai pemenang Nobel Perdamaian pada tahun 2002.
Pablo Picasso
Pablo Picasso (25 Oktober 1881 - 8 April 1973), juga merupakan salah seorang kanak-kanak jenius. Uniknya, nama beliau adalah antara terpanjang di dunia, iaitu Pablo Diego José Francisco de Paula Juan Nepomuceno María de los Remedios Cipriano de la Santísima Trinidad Martyr Patricio Clito Ruíz y Picasso.
Picasso telah membuat karya seni selama 91 tahun hidupnya. Minatnya terhadap proses pembuatan lukisan adalah ketika masih belum bercakap. Menurut ibunya, kata pertama yang dapat diucapkan ketika beliau masih bayi adalah kata “piz, piz” yang merupakan kependekan dari kata “lapiz” , dalam bahasa Sepanyol bererti pensil.
Pada usia 7 tahun, Picasso mendapat pendidikan formal dalam bidang artistik dan seni lukis dari ayahnya, dan sejak itu pula karya-karya masterpiece Picasso dimulakan. Ayah Picasso, Ruiz adalah merupakan gurunya juga, baru mula menyedari bakat luar biasa anaknya ketika Picasso berumur 13 tahun. Melihat teknik melukis Picasso, Ruiz menyedari bahawa kemampuan anaknya sudah jauh lebih dari dirinya. Sejak itu Ruiz bersumpah untuk tidak melukis lagi.
Emm hebat betul 8 manusia di atas. Tiba-tiba teringat si genius Sufiah yang dulu pernah menggemparkan Malaysia. Lepas tu ada pulak cerita panas tentang beliau. Entah apa ceritanya sekarang ekk..
SUMBER : http://www.fcukz.co.cc/2010/12/kisah-8-kanak-kanak-jenius.html
15 comments:
Menarik... Ramai gak ek kisah org genius termasuklah citer genius Sufiah. Apalah jadi dgn dia sekarang kan...
Errr, tak adil. Adi Putra patut ada sekali dalam senarai ini. Huhuhu.
woo..mmg bijak..nak jadi cam diornag la..hhehehe..
semua dari-NYA..cayokkk2..
yg chii kagum..yg no 1..bergelar doktor di usia muda..di saat ramai yg seusia dia sibuk ngan bermain..dia da pun diterima masuk di punjab universiti
hui dasyat sunguh ;ah depa nih..
eh kenapa nama mummy tak termasuk senarai genius ek??eekeke..muni lupa ker?oooo......hehe selalu makan kismis pun leh jadi genius jugak per...
Apa yang membezakan kita dan mereka? Keluarga? genetik? atau diri sendiri? Mungkin jawapannya tak semudah A,B,C.. huhuhu
Wanbu (17 May), juga merupakan seorang kanak genius. Pakar dlm bidang pemakanan. Kini digelar "eaterman" kerna suka makan haha.... :P
npe kitew xde lam snarai eyk...??
hahahahahahah~
tibatiba khalis rasa nak balik rumah dan anak ajar sayf may son yg baru 29 hari cara menyelesaikan rubiks cube..
wow!
diharap tidak menjadi spt Sufiah :)
salam malam muni~ pandai2nya...yg atas sekali tu..dah la emcemmm bijak pulak...
genius habis dorang ni.. hebat2.. peliknye einstein x masuk dalam kategori ni.. huu
aduhai kagum sungguh..anugerah Tuhan pd mereka..
insan2 hebat..
Post a Comment