Pixajoy

Monday, April 25, 2011

Home » Malang Tak Berbau

Malang Tak Berbau





Kepala pusing tapi masih ada hati nak update blog. Mata mengantuk dan selalunya petang macam nie adalah waktu enak untuk buat taik mata. Dah lama rasanya tak blogwalking. Untuk kedengaran agak poyo aku nak bagitau yang aku terpaksa korbankan sedikit masa tidur aku untuk melawat dan qado entri korang.hoho


Aku dapat cuti sakit dua hari kerana tak dapat menjalankan tugas dengan sempurna. Aku pernah bagitau dalam entri nie yang aku tak pernah ambik MC sepanjang perkhidmatan. Today aku dah buat rekod baru. Sila teruja oh Malaysia Book Of Record untuk senaraikan aku sebagai pekerja cemerlang, gemilang, terbilang dan temberang.haha.. Serius ok aku tak pernah cuti sakit. Kerja macam aku kalau demam ke tempang boleh lagi bertugas. Kalau dah suara pun tak keluar macam mana nak bercakap? MC la jawapannya..


Sudah-sudah tak habis-habis mau mengomel yer si Puan Kutu jejari becok. Eh bukan mulut ker becok? Dengan seriusnya kita kembali ke tajuk entri. Malang Tak berbau? Korang tau apa definasinya? Betul..ia membawa maksud kecelakaan yang terjadi dengan tiba-tiba. (sendiri tanya sendiri jawab) Eceh! berperibahasa segala petang-petang isnin nie kan.


Kisah berlaku pada anak kepada anak saudara bapak mertua aku, seorang kanak-kanak perempuan comel berumur hampir tiga tahun. Aku namakan beliau sebagai Fatihah (bukan nama sebenar sebab aku dah lupa namanya, hentam sajalah!) Mungkin kelalaian si ibu sedikit sebanyak menyumbang kepada kecelakaan itu. Di pendekkan cerita Fatihah tersimbah minyak panas yang hampir meragut nyawanya.


Selepas menaip entri nie, aku terus pergi ke kedai untuk makan ais kacang. Lepas mengisi perut dengan bihun sup, aku, en suami, aiman, mak dan abah singgah kerumah Fatihah. Adik Fatihah baru saja dilahirkan dan masih dalam pantang. Aku namakan sebagai lawatan two in one. Sebelum pergi aku siap pesan pada Aiman supaya jangan cabul mulut bila melihat keadaan Fatihah. Budak-budak kan mana beralas cakapnya. Pantang di lihat benda pelik pasti di komen.


Keseronakan untuk melawat baby terus pudar sebaik saja mata aku tertangkap tubuh kecik Fatihah. Timbul rasa kesian dan sayu. Betapa seksa dan azabnya tubuh secomel itu Ya Allah. Kepala Fatihah dibalut kain khas oleh pihak hospital. Kami hanya dapat melihat sebelah mata dan mulut yang sudah hilang kecomelannya..Badan Fatihah habis merah kerana kulit tubuh diambil untuk menampal bahagian yang terkena minyak panas. 


Kanak-kanak bernama Fatihah itu kelihatan takut pada kami. Mungkin hilang keyakinan diri selain masih fobia dengan kejadian tersebut. Kesian yang amat sangat apabila membayangkan hari-hari yang bakal Fatihah lalui. Kecatatan itu kekal buat selama-lamanya. Bagaimana kehidupan Fatihah bila besar nanti? Bagaimana Fatihah hendak melalui semua itu? Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. 


Menurut mak, Fatihah petah bercakap, tapi sekarang hanya mahu duduk rapat dengan ibunya. Fatihah ditimpa celaka Januari lepas. Seminggu selepas kejadian, Fatihah tenat sehingga pihak hospital meminta keluarga adakan bacaan Yassin. Tapi ternyata umur Fatihah masih panjang. Walaupun tubuh gebu itu sudah tidak seperti dulu, Fatihah kena teruskan hidup. Fatihah perlu kuat sayang..


Beginilah kehidupan...Apa pun kita perlu beringat sebelum kena kerana malang itu sesungguhnya tidak berbau.








7 comments:

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Siannya Muni dengan Fatihah... Pasti masih terasa kesakitan tu. Ya Allah! Siannya.. Minyak panas lagi tu. Fiza doakan semoga dia cepat sembuh dan terus tabah menghadapi kehidupan yang mendatang.

Anonymous said... Best Blogger Tips

Ya Allah. Sedihnya dengan berita ni. Semoga beliau tabah menghadapi segala yang berlaku. Semoga beliau cepat sembuh dan mendapat semangat yang baru.

halila Ibrahim said... Best Blogger Tips

laaa.. kesianya .. cam na bleh tersiram.. takut jugak ni..

solomolo said... Best Blogger Tips

semoga Fatihah cepat sembuh dan kembali seperti sebelum nie... buat keluarga Fatihah, semoga kalian tabah...

Unknown said... Best Blogger Tips

salam malam muni~alahai kesian nya....semoga ibubapa fatihah tabah ...

cik azeya said... Best Blogger Tips

wuuu sakitnya kena minyak panas. :( sedih. harap2 beliau cepat sihat puan kutu.

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said... Best Blogger Tips

akhirnye akak MC gak kan.... hehe.. cian beliau kan.. hope beliau cepat sembuh n akak kena selalu bagi semangat kn :)