Pixajoy

Thursday, December 15, 2011

Home » Titi

Titi



Ini bukanlah titi yang digunakan untuk menyeberang sungai, tapi ini perkataan yang dicipta oleh si chubby sejak dia mula pandai bercakap. Sampai sekarang perkataan ini telah sebati dalam diri Aiman.


Ini rahsia keluarga tahu.haha. Tengok dulu gambar Aiman 1 Tahun 4 bulan. Masa ni berisi sikit badan dia. Muka baru bangun tidur. Sekarang lagi la berisi.haha. Tapi dulu Aiman kering, gambar yang ni kira gambar dia berisi sikitlah. 




Yang sebelah Aiman tu la titi. Dah faham belum? Bukan sekadar beruk, apa saja spesis patung dan teddy bear semua Aiman panggil titi. Hari tu aku dengar Aiman marah-marah adik, "adik cepat la ambik titi tu. Cepat ambik!". Adik buat muka blur, masih tak menurut apa yang Aiman suruh. Memang patut pun adik tak ambik. Aiman budget macam adik tahu titi tu apa.kahkah...


Ada perkataan yang selalu kita guna hanya kita yang faham maksudnya. Kira macam perkataan rahsia. Korang faham maksud aku? Dulu masa aku kenal en suami, beliau suka guna perkataan seketoek. Tahu tak apa tu seketoek? Itu perkataan rahsia famili en suami.haha pelik tak? Kalau nak tau apa tu seketoek kena belanja aku choki-choki dulu.ahaks...


* Korang ada perkataan rahsia? Sapa ada memang tintong!hehe..











16 comments:

Ce'gu JAERA said... Best Blogger Tips

saya ada perkataan rahsia... 'menggombal'... ehehe.. nak tahu apa maksudnya,--- kena belanja saya choki2 juga... ehehehe

fieda said... Best Blogger Tips

seketoek tu sikit toek la kan...

hyz said... Best Blogger Tips

beza memang berbeza aiman dulu n skg. skg lagik kiut miut kowt.... taapi maaf, abg ensem x larat nak dukong.. haha

Unknown said... Best Blogger Tips

rasanya tiada perkataan rahsia.. ;)

comel lah panggil semua tu 'titi'..

premium beautiful said... Best Blogger Tips

So sweet.. :D

Juliet_iRa~" said... Best Blogger Tips

comelnya laa..hee

nak titi aiman boleh x kak??;p

Tengku Puteri said... Best Blogger Tips

comelnya aiman! heeee.. titi ye aiman...

tunz said... Best Blogger Tips

comeinya aiman masa tecik2....mcm mama jugak tpi mama comel banyak..hahaha...

Unknown said... Best Blogger Tips

Kiranya dari kecil dah berisi. Awan dari kecil memang kering.

Awan selalu sebut "guanomu". Maksud dia pun Awan tak tahu.

Sis, cahaya memang laju sebab ia bergerak dalam gelombang yang lurus. Dalam entri itu, ia dikhaskan untuk pergerakan cahaya daripada teras ke permukaan. Apa-apa pun cahaya memang laju. Maaf di atas kekeliruan yang timbul.

Choki-choki sedap.Awan selalu kena ejek jika makan depan orang tapi bila Awan bagi, mereka mahu pula.

Munn Jaafar said... Best Blogger Tips

seketoek tu apa?? seketul ke??

heeee mcm best je topic ni,boleh buat entry ni gak nnti...hahahha

dzuandiey said... Best Blogger Tips

adeh..mcm2 perkataan rhsia noo..haha..seketoek...toek tau la.. :-)

Chekgu Azrine said... Best Blogger Tips

sweet je dia panggil titi.. tak penah ada perkataan rahsia la plak.. hehehe

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

seketoek tu secoek ke..? hihii

nape muka aiman time ni lain yer.. tak nampak cam muka aiman pulak..

Pia said... Best Blogger Tips

"eh,aiman nmpak lain ms kecik...Anak2 akak semua ada word yg bunyi pelik diorang reka sdri ms kecik...ank kedua akk suka terbalik-terbalikkn word,cth cikap(kicap),jagah(gajah),gajung(jagung)..Tp lelama dah ok....ank ke 4 pulak,kak cik..dia sebut tomato...meto-meto...sampailah dia pandai ckp baru tukar...kelakar kan.."

Izan Ishak said... Best Blogger Tips

takde perkataan rahsia...

seketoek tu cam secoet ke? hahaha

Unknown said... Best Blogger Tips

perkataan rahsia?? hurmm.kena pk jap..heheh...