Pixajoy

Friday, December 30, 2011

Home » Tips Minggu Pertama Ke Sekolah

Tips Minggu Pertama Ke Sekolah

Aiman bergambar kenangan bersama cikgu sebelum pindah



Bukan sahaja anak, ibu bapa turut sama berasa debarannya menanti hari pertama anaknya ke sekolah. Semarakkan rasa kekuatan dalam diri anak dan selami emosinya supaya hari pertama ke sekolah meninggalkan kenangan manis buat mereka. Aiman juga akan ke tadika Selasa ini. Aku pun teruja nak tengok macam mana reaksi dia di sekolah baru, bersama cikgu baru dan kawan-kawan baru. Untuk tips hari pertama ke sekolah boleh KLIK SINI


Minggu pertama persekolahan juga penting buat anak untuk dia membiasakan diri dengan dunia baru. Ini sedikit tips buat perkongsian bersama :

  • Tidak perlu meninggalkan anak ke sekolah secara paksa apabila dia belum bersedia. Elakkan cara-cara yang menciptakan fobia anak terhadap sekolah. Walaupun tak membuatkan Aiman fobia, aku fail bab ni, selalu aku tergesa-gesa sebab takut Aiman nak ikut balik rumah.haha..
  • Benarkan anak membawa sesuatu barang kecil miliknya dari rumah. Contohnya mainan kesayangan atau gambar kita yang boleh membantunya gembira. Mainan kecik memang aku bagi Aiman bawak, janji nak ke tadika sudah.
  • Sediakan alat tulis. Anak akan teruja dengan alat tulis yang menarik dan berwarna warni. Dengan cara ini anak akan bertambah semangat untuk ke sekolah. Aku dah belikan pencil b0x Ultraman (superhero kesukaan) untuk Aiman.
  • Ambil gambar. Anak akan rasa istimewa pada hari pertamanya jika kita mengambil gambar dengan uniform tadika baru. Ini sudah semestinya, foto akan menjadi kenangan paling berharga buat Aiman bila dia besar nanti.
  • Menyebut nama kawan sekolahnya yang hebat di sekolah. Jangan bandingkan anak dengan kawannya tetapi biarkan dia membesar dan bangga dengan dirinya sendiri.  Aku selalu guna nama Syasya masa di Johor dulu. Aku katakan pada Aiman yang syasya bangun awal dan rajin ke sekolah.
  • Membelikan segala keperluan anak. Kita tak perlu mengikut kemahuannya yang ingin membeli mainan atau makanan yang tidak sihat. Anak mesti belajar bersabar kalau kemahuannya tidak diikuti. Bab ni bagi dekat en suami, Aiman mesti ikut punya perintah ayahnda!kehkeh..

Minggu pertama sekolah sangat penting bukan merujuk kepada penyesuaian diri semata-mata tetapi menjadi penentu kepada persepsi anak. Jadikan persekolahan satu pengalaman yang menyeronokkan. Peluk dan berikan ciuman. Anak akan berasa lebih bersemangat! Selamat memulakan persekolahan buat anak-anak dan adik-adik semua. Belajar rajin-rajin ok!










18 comments:

Nur Farah said... Best Blogger Tips

yang part amik gambar tuh.. dari minggu lepas adik2 da buat.. heksited kemain.. uhuhu..

Cikrosecute said... Best Blogger Tips

Betul tue Puan Kutu hihihi

Ibu Yusuf Maryam said... Best Blogger Tips

Maryam dulu masa mula2 sekolah nangis tau.. mula2 guna kaedah pujuk2.. pastu guna kaedah tinggal je.. kaedah memang berkesan.. 2-3 minit je pastu okeyla tu.. hahaha..

nurpiska said... Best Blogger Tips

hehe seronoknye ade anak :)

Asrul "iLham" Sany said... Best Blogger Tips

mak seorang makhluk yg awesome :D

Unknown said... Best Blogger Tips

Tq for the tips...berguna ni utk anak nak g sekolah nnt...tp xtaula nak haantar ke tak next year... sb next year anak sy baru 3thn...erm...

Munn Jaafar said... Best Blogger Tips

nasihat ni sy akan baca blk bile dah smpai masa ye...skrg amatlah tak sesuweiiii hehehe

moral of story, twruskan berblog smpai bila2 =P

LadyBird said... Best Blogger Tips

smg aiman mampu menyesuaikan diri nanti :)

dan x nangis2 :D

dalila said... Best Blogger Tips

seronoknya ada anak......... :(

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku memang akan buat blog ni rujukan masa hadapan sebab aku ni fail bab nak sabar ngan budak budak. bygkan aku ada anak nnt. ee...tak dpt bayangkan. hahahaha..

bertuah aiman dpt ibu smart cenggini. aiman pun tak takut gi sekolah lagi. ibu nak balik?? >> aiman tak kisah...hhiihihihi

Jue said... Best Blogger Tips

Dlm byk2 tips ko kasi tu, yg plg aku suke bab create another kids yg x exist utk jd good example sbb dulu mummy aku wat camtu hihi
Cute la Aiman tu!kalau aku jd cikgu dia, mmg aku kiss2 pp dia yg comel.tu haha
Happy New YEar gak beb! =)

Unknown said... Best Blogger Tips

fikri dulu masa tadika 5 tahun, memang menangis jugak..

la ni dah 6 tahun, dah nampak lebih berdikari.. tp tu lah, dok request ibu antor hari2.. dah la dia sek kat tempat opah & atoknya..

NzA said... Best Blogger Tips

dalam2 ramai2 anak akak, farouk yg pernah buat hal masa 1st dy ke pra sk..ada ke patut dia nangis melalak2 + meraung2....akak tinggalkan je dia dgn cikgu...esoknya dh ok..malah over lak dia......he.he.he....

~Sal Ismail~ said... Best Blogger Tips

mcm2 ragam pastinya di hari pertama persekolahan~ ^^

Juliet_iRa~" said... Best Blogger Tips

tgk berita tv3 aritu, mcm2 bdk tu ckp ayah dia sogokkan nak beli laptop la apa la kalo g sekolah..

payah la kalo kecik2 dah ajar camtu..

kan kak?

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

hahahaaa kelakar lah muni ni.. takut aiman ikut balik umah lak... hihii... tp rasanya aiman ok je... aiman kan budak pandai!

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

alhmdllh sume tips tu dah amalkn ;)

malu le kalo xamal lg..anak dah 3 bersekolah ! hikss ~

happy schooling aiman ;) oo..minat otomen ye...

Mail Order Pharmacy said... Best Blogger Tips

hahahaaa kelakar lah muni ni.. takut aiman ikut balik umah lak... hihii.