Pixajoy

Saturday, November 12, 2011

Home » Panduan Mendidik Anak

Panduan Mendidik Anak



Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”



Kita sering mendengar, anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Ini artikel menarik untuk perkongsian bersama tentang panduan mendidik anak.



  • Ini kebanyakan orang susah nak praktikkan, termasuk aku.hehe. Lepas nie kena cuba. Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita untuk memukul anak kerana anak akan bertambah degil serta nakal. Jangan pukul anak dari lutut keatas tetapi rotan/pukul di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan rangsangan ke bahagian otak. Fakta yang aku baca dalam Majalah Pa&Ma, anak dibawah umur 7 tahun akan membesar sebagai seorang yang degil jika selalu dipukul.
  • Beri nama yang mempunyai maksud yang baik dan muliakanlah hidup anak dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak malu dan merasa rendah diri. Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan. Dari ceramah apa kata ustaz yang aku dengar juga mengatakan kalau boleh jangan panggil anak dengan panggilan abang, adik, along dan sebagainya, sebaiknya panggil anak dengan nama penuh mereka.
  • Berikan anak pelukan setiap hari..Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Alhamdulillah ini memang aku praktikkan dalam keluarga. Aiman pun suka sekali peluk ibu dan abahnya setiap hari.
  • Pandanglah anak dengan pandangan kasih sayang. Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Hadiah memang jarang beri Aiman, yang lain tu memang selalulah.
  • Jangan mengharapkan anak yang belum matang melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan. Mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
  • Janganlah mengeluh dalam membesarkan dan mendidik anak-anak. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. 
  • Dengar cerita mereka. Tenangkan anak setiap kali mereka memerlukannya. Tunjukkan kepada anak bagaimana cara untuk menenangkan diri.
  • Anak-anak yang datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain. Cuba buat sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan mereka belajar menghargai.
  • Kemungkinan anak untuk menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan ibu bapa mengajar mereka lebih daripada sekali.
  • Luangkanlah masa bersama anak diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa pentingnya kehadiran mereka dalam hidup kita.
  • Ini aku praktikkan. Jangan biarkan anak-anak tidur tanpa ciuman selamat malam. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
  • Hargailah permainan kesayangan anak. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan kita. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
  • Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
  • Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja.keke. Tapi dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang kita pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak pula mula sibuk mendengar tangisan cucu kita.


Tanya diri kita, adakah aku ibu bapa yang baik? Semoga artikel ini dapat memberi panduan untuk kita cuba memperbaiki segala kelemahan sebagai seorang ibu atau bapa. 






14 comments:

fieda said... Best Blogger Tips

nice info.
mmg nak praktikkan tp kadangkala terlupe yg no 1 tu.huhu

Ym.Bundle said... Best Blogger Tips

belum ada anak lagi ni..haihh..

MulutPayau said... Best Blogger Tips

terima kasih atas info yg berguna....

Ibu Yusuf Maryam said... Best Blogger Tips

Ada beberapa point yg kena batang hidung ibu Yusuf dan Maryam... :-(
Apapun semoga kita sama2 kearah penambahbaikan.. :D

kpah k-poh Sharifahnor said... Best Blogger Tips

Alhamdulillah...semuanya kpah praktikkan...
yg no 1 tu..masa anak2 kecik dulu..yg mana buat salah tu..kena cubit celah paha..hmmmm
yg nak cium masa masuk tidur tu..masa anak2 di bwh 10 tahun,mrk masih mau dicium sblm tidur..bila dah besar2 ni..mrk hanya ucap slmt mlm jer...
satu lagi yg kpah buat masa anak2 di bawah 10 tahun,ialah bila mrk nak makan nasik..kpah suapkan.
Alhamdulillah....

LYAfrina said... Best Blogger Tips

ILMU Y SGT2 BHARGA NI.. INSYALLAH..AKAN CBA AMALKANNYA...

wan syamilah said... Best Blogger Tips

bagus info ni...

bab dgr mimpi ngeri tu kan yg kelakar...hari tu ira bgn kul 3 pagi....pastu gtaw...ummi, adik mimpi ada hantu ambik kuku adik...dia wat lari...ummi dh la penakut...lagi la seram sejuk nk pi toilet...sbb ira nk kencing....huhuhu

kak sya siap tanya lagi masa kt dapur....adik...hantu ada lagi tak...(dlm hati tuhan saje yg tahu...takuttttt..he3)...nasib baik ira cakap...hantu dh lari la ummi....selamat....hahaha

Daddylicious said... Best Blogger Tips

Ini sebenarnnya yang harus jadi amalan hidup selamanya...insyaallah berbaloi!

LadyBird said... Best Blogger Tips

teringin nak mempraktikkannya.. tp pada siapa ya.. sob3x..

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

info yg bagus.. mmg sy sntiasa praktikkan benda ni..

Jue said... Best Blogger Tips

Wp aku lom kawen lg tp aku slalu risau kekalau suatu hr nanti aku da kawen dan ada anak, xtau aku mampu x jaga dan didik anak aku

Unknown said... Best Blogger Tips

dah byk kali baca nih, kali ni baca lagi utk refreshment...


dulu fikri memang selalu kena rotan, kalo tak dibetis, kena tibai tapak kaki... ;)

NzA said... Best Blogger Tips

trkdg akak ni cpt juga naik hangin trutama dgn farouk tu.....hu.hu.hu...

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

bile muhasabah diri mcm ni..rase nk nangis jer... sy ni anak ramai sikit kan...adakalanya xmampu nk layan yg terbaik utk sume..slalu gak angin sbb ank tgh nakal2 tp nakal depa takle extreme sgt.. sy ni yg cepat stress ... kne bace bende ni slalu...