Pixajoy

Tuesday, November 22, 2011

Home » Fakta Pelik Tentang Rambut

Fakta Pelik Tentang Rambut



Budak yang sedang membesar macam Aiman nie banyak betul soalannya. Semalam Aiman ada tanya aku satu soalan. Nampak senang tapi agak mencabar minda. Memang aku fail kalau soalan berbentuk sains macam ni,


Aiman : Ibu..Kenapa rambut kita hitam?
Aku : Nanti ibu google..




Sebenarnya aku pun tak jumpa jawapan untuk soalan si chubby. Kalau jawapan merapu aku expert la.haha. Terlanjur Aiman bertanya soalan yang macam tu, aku ada jumpa tiga Fakta Pelik tentang Rambut.



Rambut boleh membersihkan tumpahan minyak pada air.
Ketika tumpahan minyak Cosco Busan terjadi pada tahun 2007 di Teluk San Francisco, sekumpulan relawan menggunakan tikar yang diperbuat daripada rambut manusia untuk membersihkan pantai. Hal ini tidak menghairankan kerana rambut boleh menyerap minyak dan air, serta boleh menyerap seperti spongebob.haha span la..Tapi aku tetap rasa pelik, macam tak ada teknologi lain jer!

Asid amino rambut manusia boleh digunakan dalam industri kicap
Internet Journal of Toxicology melaporkan Hongshuai Soy Sauce iaitu perusahaan kicap di China memasarkan produk yang menggunakan bioteknologi terbaru dengan harga lebih murah. So produk mereka menjadi femes. Ye la sapa tak mau beli benda yang murah kan? Walau bagaimanapun, siasatan media mengatakan perusahaan tersebut tidak menggunakan asid amino yang berasal dari gandum, tetapi asid amino berasal dari rambut manusia, yang dikumpulkan dari salon dan kedai potong rambut. Gilanya..

Orang berambut merah dianggap alien
Ada sebuah teori konspirasi yang menyatakan orang berambut merah adalah alien-manusia hibrida. Ini memang kedengaran gila, tapi orang yang memiliki rambut merah memang memiliki perbezaan struktur secara biologi. Doktor dikatakan perlu membuat persiapan khusus untuk menjalankan proses bersalin bagi wanita berambut merah. Hal ini karana darah dari wanita berambut merah lebih sukar membeku, sehingga boleh mengalami pendarahan dalam jangka masa agak lama. Selain itu, orang berambut merah memiliki jumlah rambut paling sedikit, sekitar 90 000 helai, dibandingkan dengan rambut perang atau coklat yang mencapai 140 000 helai. Rambut hitam?

Rambut yang hitam itu kurniaan ilahi. Kalau tak hitam dianggap alien la Aiman.kehkeh.. Apa jawapan yang releven? Kalau budak kecik tanya soalan macam tu, apa jawapan korang?









10 comments:

Miss Red said... Best Blogger Tips

comel la jawapan kakak kat aiman ...wow...new info..(^_^) tq..buat research...

padin said... Best Blogger Tips

hohoh, payah nak jawab soalan2 budak kecik nih, klu di jawab main2 kang, sampai bila2 dia ingat jawapan tu.. klu bagi jawapan sebenar, takut nanti tak cukup masa plak nak jawab soalan berkait, adehh layankan aje kih3

Gen2Merah said... Best Blogger Tips

ooo macam tu ya... Haaa, ini renungan buat semua para wanita yang suka mewarna rambut jadi merah... hati2... syukurlah rambut hitam legam..

hyz said... Best Blogger Tips

pasal rambut serap minyak tu tau... sebab kalau tumpahan minyak kapal2 kat laut, mmg diaorg guna rambut.... ce ckp, pasal aiman tu pandai2 la pn kutu kelentong.. kan pn kutu expert bab2 kelentong ni? hahah

NzA said... Best Blogger Tips

artikal ke 2 yg xtahan tu...geli jerrr....

budak2 mmg mcm2 soalan yg mrk tnya n ada kalanya buat kita trkedu...kelmarin farouk boleh tanya : Ibu kondom tu apa??????hu.hu.hu...trperanjat beruk ibu..katanya dia trbaca kt paper....

Daddylicious said... Best Blogger Tips

kalau rambut dah hilang ...macam mana ...hehe

Awan Biru said... Best Blogger Tips

Warna rambut adalah pigmentasi folikel rambut sesuai dengan kehadiran dua jenis melanin; eumelanin dan pheomelanin. Sama seperti kulit kita, jika jumlah melanin banyak, ia akan berwarna gelap dan begitulah sebaliknya. Rasanya, susah untuk kanak-kanak hendak faham.

Wanie said... Best Blogger Tips

hahahaha..internet di hujun jari katekan, 'nanti ibu google'

dah ramai jawab tu, tapi kalau explain ikut saintifik term mane budak2 nak paham kan..

akak cakap je rambut tu hitam sebab rambut akak hitam, ikut mak bapak :D

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

aik.. yeke rambut blh serap minyak.. ni yg nk wat eksperimen ni.. hihii

LadyBird said... Best Blogger Tips

banyak kelebihan org berambut hitam ni kan.. syukur sgt2..

tp dlm hati teringin nak rambut warna perang ke.. merah ke.. pink ke.. :D..