Pixajoy

Thursday, November 17, 2011

Home » Tips Mengatasi Anak Nakal

Tips Mengatasi Anak Nakal



Petang nie entri berilmiah pulak. Gigih aku buat banyak post hari nie kan? Gila bosan duduk rumah. Sapa suruh dok setting kepala hotak yang cuti masih panjang. haha..Kembali ke tajuk utama.. 


Anak yang cerdas, lincah, lasak dan nakal tidak akan pernah duduk diam walau seminit. Ekceli aku memang suka budak yang begini, bukankah anak yang cerdik selalu aktif dan berfikir secara kreatif? Kalau diam jer..mandom orang utara kata.. Tapi kerenah anak yang nakal kadang-kadang buat kita geram dan hilang sabar. Selain daripada doa, ada pelbagai cara yang kita boleh cuba lakukan untuk mendidik anak yang nakal.


Ini bukan nakal yer korang!


Aku nak share sedikit tips mengatasi anak nakal yang aku dapat dari Majalah Pa&Ma.


Denda
Untuk memberi pengajaran kepada anak, tak salah kalau menggunakan sedikit denda apabila anak melakukan kesalahan seperti menyebut perkataan yang tidak baik. Ini supaya dia tidak akan mengulanginya.


Teladan
Jangan sesekali memukul anak dalam keadaan marah sebaliknya berikan nasihat supaya dia tidak melakukan perkara yang dilarang. Pada masa yang sama kita sebagai ibu dan bapa perlu menunjukkan sikap yang baik dihadapannya.


Buat peraturan
Cuba buat peraturan untuk anak mendisiplinkan anak. Contohnya buat peraturan dalam bentuk lukisan menunjukkan barang permainan di masukkan kedalam bakul. Dengan cara ini anak akan terdidik untuk mengemas barang mainannya selepas bermain. 


Beri Masa
Anak tidak akan berubah sekelip mata. Jangan mendesak dan beri masa untuk dia berubah.Jika dia masih nakal, keluarkannya dari aktiviti keluarga untuk tempoh tertentu. Kemudian jelaskan kenapa kita berbuat begitu dan katakan bahawa kita berharap supaya dia berubah.


Kenal Erti Persahabatan
Biar anak bermain dengan kawan-kawannya, malah yang lebih tua dari usianya. Melalui kawan dia akan belajar erti kesetiaan, menghadapi masalah bersama dan mengatasi konflik. Beri tanggapan positif tentang masalah yang mungkin dihadapi oleh anak dengan kawannya. Contohnya bila dia mengeluh tentang kawan yang tidak disukai, penting untuk kita untuk tidak memberi penilaian terhadap kawan-kawannya. Jangan lupa memberi nasihat supaya dia menjadi seorang kawan yang setia dan baik.













12 comments:

Daddy Cool said... Best Blogger Tips

Terima kasih ke atas entry ilmiah nih...sesama la kita berkongsi idea untuk mendidik anak dengan lebih sempurna...

MulutPayau said... Best Blogger Tips

Terima kasih atas perkongsian tips yg berguna....mendidik anak memerlukan kesabaran yg cukup tnggi...

Cik Gee said... Best Blogger Tips

rasanya denda dan ganjaran tu lebih berkesan la kan... hehe.. selalu wat camtu dgn anak sedara... <3

Gen2Merah said... Best Blogger Tips

kalau kat sekolah kami guru2 akan pening kepeningan nak handle murid yang nakal2 ni.. tips dan panduan di atas tu memang sesuia utk rujukan guru2.. thanx for sharing

fieda said... Best Blogger Tips

bagus sgt2 info ni..anak2 zaman it ni terlebih aktif...sbb tu jadi nakal..

nurbeena said... Best Blogger Tips

Terima kasih berkongsi info yang berguna ini. Terutama tips yg ke 3 dan 5 tu.

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

aduss xtahan tgk gambar budak nakal tu... ahahhahah

Cho Zila said... Best Blogger Tips

betoiler tu denda memang kena ada gak kot idak diaorang lemak.. tapi yang penting teladantulah yang penting sebab diaorang akan ikut punya... kalu dah kitapun kalau bagi barang kat diaorang main campakjer pasati diaorangpun main campakjer kat kita .. ingatkan betoi sebab ibu dia buat . lepaihtu kita marah kat diaorang sebab kurang sopan,.,, tapi kita buat dulu.. teladan memang perkara utama....

So Shy Lady said... Best Blogger Tips

mmng kna byk sabar n msti tau byk pkara psl psikologi anak2 kan

Wanie said... Best Blogger Tips

kalau mandom pun riso jugak..baik nakal kan kak, cuma kena pandai kawal diorang..huhu

NzA said... Best Blogger Tips

mendidik anak kena byk brsabar n lain anak lain cara n pendekatannya..tips yg baik utk dijadikan panduan....

chii said... Best Blogger Tips

aduhaii..kalo chii ar kan..slalunya chii gigit je..ahaha..lagik2 kalo si model WW...geram seh :p