Selamat bercuti panjang buat anak-anak dan adik-adik yang bersekolah. Sepanjang cuti persekolahan pasti meriah rumah dengan gelagat anak-anak yang sedang membesar. Mental jadinya bila perangai anak sudah mengatasi tingkat kesabaran kita.hehe..Semua ibu bapa inginkan anak yang mempunyai perilaku yang baik. Kita selalu mendengar peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu kemahiran sosial si kecil perlu dilatih dan dididik dari peringkat permulaan lagi.
Minta maaf
Jika anak melakukan kesalahan, ajar dia untuk mengucapkan kata maaf. Kalau Aiman, bila dia buat salah ayat yang akan keluar dari mulut adalah, "ampun abah.." "ampun ibu.." sambil bersalaman. Kemudian lepas kiss dapatlah ceramah free..hehe.
Tolong dan Terima Kasih
Sebelum anak pandai bercakap, galakkan dia untuk belajar mengucapkan kata 'minta tolong' dan 'terima kasih'. Lakukan dalam apa jua aktiviti seharian bersamanya dan jangan lupa untuk mengingatkannya jika dia lupa mengucapkan tolong atau terima kasih. Pasal terima kasih Aiman memang dah terbiasa ucapkan even minta tolong ambilkan air atau sediakan makanan untuk dia. Bab perkataan minta tolong tu kena improve lagi. Kadang-kadang dia jerit jer minta sesuatu. Lebih-lebih lagi kalau lapar.haha...
Menghormati perasaan orang lain
Ini selalu terjadi pada kebanyakan ibu bapa. Bayangkan anak kita berkata kuat "Gemuknya orang tu..". Ungkapan tu selalunya membuat kita berasa malu dan terkejut. Aku selalu berdepan dengan situasi macam nie masa Aiman kecik. Untuk mengajar cara menghormati perasaan orang lain, bantu anak untuk dia belajar memahami emosinya sendiri. Contohnya jika dia marah orang mengatakannya nakal katakan juga begitulah perasaan orang jika dia melakukan perkara yang sama.
Bersalam
Tidak sukar mengajar anak menghulurkan tangan untuk bersalam. Jika kita sentiasa menyuruhnya melakukan perkara yang sama, mesti dia akan terbiasa. Ini kebanyakan daripada kita dah terapkan pada anak sejak kecil kan?
Jangan ganggu
Ini selalu juga berlaku. Bila aku bercakap ditelefon atau bersembang dengan en suami, Aiman akan menganggu perbualan. Time tu jugaklah nak bertanya dan nak cerita itu ini. Jika berlaku begini, cuba katakan "ibu nak bercakap, jangan ganggu sehingga ibu habis cakap". Walau bagaimanapun jangan anggap anak akan duduk diam lebih dari 5 minit. Cuba tamatkan perbualan secepat mungkin dan kemudian kata "Terima Kasih sebab tak kacau ibu, sekarang Aiman nak tanya apa?"
Tidak terlalu agresif
Anak yang agresif perlu dilatih supaya konsisten dalam semua keadaan dan tidak meragam tanpa sebab. Ajar dia untuk diam seketika contohnya bila kita bertandang kerumah saudara. Berikan kata-kata pujian jika dia menunjukkan perangai yang baik. Bab nie serah kat en suami, abah Aiman jeling jer. Aiman faham dah.haha...
Itu sajalah kot aku nak kongsi, korang ada apa-apa nak tambah?
8 comments:
Ibu Yusuf tumpang baca, tambah ilmu keibubapaan... :D
byk tips kat sini.suka :P
anyway, ena dtg nak jemput puan kutu jawab soalan kat blog ena tu. dpt hadiah free. suma akan dpt.asalkan meh jawab soalan. :P
seronok baca tip2 ni...
ilmu berguna bila saya ada anak nanti2... hehhe
setiap hari cikgu melayan lebih kurg 150 org murid (minimun 3 kelas sehari)dgn pelbagai ragam n brlainan latarbelakang...hu.hu.hu.......
same mcm alisha.. setiap kali org bersembang.. sibuk nk bersembang jugak...
tu yg hari2 kne tel opah dia.. sbb nk suh lyn alisha bersembang.. hihii
alisha ni byk mulut.. suka pok pek pok pek... peramah terlebih.. cm ibu dia gak.. hihii
bagusnya tips ni...insya Allah..leh di amalkan..
cam anak buah chi...slalunya kalo nak suruh salam...dia xkan paham..tp kalo kata amin..baru dia paham..eheh
bagus info ni kutu , memang lah jadi ibu bapa macam2 ilmu kita kena ajarkan pada anak2
Post a Comment