Pixajoy

Saturday, November 05, 2011

Home » Puisi Tentang Hujan

Puisi Tentang Hujan



Hujan rintik-rintik air bergelora
Emak bagi duit adik pergi sekolah 
3 tambah 3 adik jawab 6,
cikgu right, adik pun pulang..

Tiba-tiba terasa begitu menggamit memori bila aku baca entri Lalu Hujan Pun Turun. Aku pun nak berpuisi jugak. Layan...




Dulu, 
Bila dia datang, 
Rintiknya bisa jadi mainan, 
Lebatnya bisa menggembirakan
Mencurah seperti air terjun
Dari corong bumbung jiran
Bila cecair jernih mengalir ke tubuh
Kesejukan jasad kecil dan kurusku
Betapa
Memori daun pisang pun
Tidak seindah 
Kenangan bermain hujan
Waktu aku kecil



Kini
Bila dia datang
Kerana kerakusan manusia
Kerana kemajuan dunia
Yang tinggal cuma toksik
Kenangan telah pergi
Air yang sama mencurah lagi
Bila cecair jernih mengalir ke tubuh
Mengigil jasadku dalam selimut
Betapa
Menjadi tetamu panadol pun
Tak mampu merawat
Ketika aku demam

Hari ini
Kain baju basah-basahan
Begitu juga 
Toto kesayangan
Yang banyak kegunaan
Yang membuat tidurku nyaman
Ku sangka panasnya 
Sempat ke petang
Rupanya mentari 
Tak mampu bertahan
Bila petang
Turunlah hujan



Aku fahami
Itulah kenikmatan 
Bila hujan
Rahmat Tuhan
Syukran Jazilan
Ya Rahim
Ya Rahman








6 comments:

Wan85 said... Best Blogger Tips

http://wanwidget.com
hujan lebat yg mendamaikan dikala aku sedang tidur, hehe

NzA said... Best Blogger Tips

baik puisi di atas tu mengamit memori.....

Hujan ttp indah bagi akak...entah tak tau kenapa setiap kali hujan hati rasa tenang n damai n akak sanggup berjam2 menatap hujan turun dr pintu....

Fizalinolie said... Best Blogger Tips

Huh! Bila baca puisi Muni teringat zaman kecil2 dulu betapa bestnya mandi hujan. Memori indah yang pasti tak dapat dilupakan :)

Gen2Merah said... Best Blogger Tips

kenangan zaman kenak2 dulu memang indah kan.. memori terjatuh di dalam longkang saat bermain hujan sungguh manis bila diingat kembali... hihihi

Bersua kembali. Maaf lama tak jejak kembali di sini. Salam ceria dan selamat menyambut Hari

Raya Eidul Adha.

Selamat berkorban di jalan yang di redhai oleh

Allah swt.

Ikhlas
~Gen2Merah~

si robot comel said... Best Blogger Tips

Suka bau selepas hujan,nyaman sahaja

mykarya said... Best Blogger Tips

puisi yang sempoi...i like!