Pixajoy

Monday, November 07, 2011

Home » Makanan Raya Punya Cerita

Makanan Raya Punya Cerita



Salam Aidiladha,


Mak dan abah dah balik Alor Setar tadi. Dua hari bermalam kat rumah aku. Pagi nie aku buat sarapan Koteaw Goreng. Ketupat Rendang Daging dan Nasi Himpit Kuah Kacang Daging masih lagi berbaki. Mak masak sampai dua kilo daging, yang nak makan cuma 4 orang. Tiga hari pun tak habislah. Mujur Kek Lapis Asam Manis yang mak buat baru aruah jer.


Semalam balik kerja terus ke dapur masak nasi. Masak ringkas Sotong Goreng Kunyit dengan Sambal Ikan Bilis dan Tempe. Balik solat Hari Raya kami dah lunch.haha..Lepas tu bersiap untuk balik beraya Di Penang. Lebih daripada lima buah rumah kami singgah. Dari sedara mara, jiran tetangga dan kawan-kawan. Kuih muih time Raya Haji tak semeriah mana. Tak jumpa samperit macam kat rumah Wanie. Kalau ada pun cuma Kacang dan Kerepek. 


Ketupat adalah hidangan wajib di kebanyakan rumah. Orang Penang selalunya buat Ketupat dengan Kuah Kari (gulai daging atau ayam). Aruah mak aku dulu setiap kali raya mesti buat ketupat daun pisang dan kuah daging ayam. Aku lagi suka ketupat daun pisang pasal wangi dan lembut. Mungkin juga sebab ketupat daun pisang nie aku tak reti nak anyam daun palas. Tapi aku lagi teruk, bukan sekadar tak tau anyam, nak buat ketupat pun aku tak tau.muahaha..


Nasi Himpit Kuah Kacang ada juga dirumah sepupu aku. Dekat rumah kawan baik aku, mak dia masak Nasi Minyak Daging Masak Hitam dan Ayam Masak Merah. Jiran aku buat Laksa, Mee Kari dan Mihun goreng. Aku tak makan sebab dah kekenyangan. Aku cuma makan Laksa orang kampung dekat rumah Makcik aku.


Sepanjang hari kami beraya sedar-sedar sampai rumah dah malam pun. Aku saja jer bold makanan tu semua untuk bagitau yang segala mak nenek dah merodok masuk dalam perut hingga hari nie aku cirit-birit.haha. Ini fakta, 80% raya yang disambut menunjukkan aku mesti kena cirit birit. Penangan melantak tak ingat.kehkeh..



* Selamat berkorban ditempat korang. Jangan kecewa kerana entri nie tak ada gambar makanan.haha...













11 comments:

nasyabella said... Best Blogger Tips

Perghh,sedap nye -,-

chii said... Best Blogger Tips

tu yg kecewa.ingtkan ada pic nasi minyak daging masak itam...1st time dengar...yg lain2 tu..da biasa sgt

Dalila Hamid said... Best Blogger Tips

salam aidiladha......

MulutPayau said... Best Blogger Tips

hahahhaa...dik..tu laa, makan bnyak sangat sampai cirit-birit...

halila Ibrahim said... Best Blogger Tips

la... kak pun pi penang semalam ...

Memang la selalu lepas raya org akan sakit perut sebab banyak sangat benda di telan masa hari raya ,,, hehe

Wanie said... Best Blogger Tips

hahaha..akak,kalau dah makan macam2 macam ni x cirit tak sah la :P

nak rase samperit meh la..umah dah dekat kan :)

Zefa NorAsmara said... Best Blogger Tips

Waaa.. bestnya dia beraya. Kita duk rumah je (PIL).. makan daging, daging, daging.. hahaha.. :D

SYaMiLa said... Best Blogger Tips

menu yg plg sedap adalah sotong goreng kunyit n sambal ikan bilis....kak sya mmg mkn bertambah la jawabnyer...yg lain2 tu biasa je...he3

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

banyaknya rumah yg muni g raya.. nasib baik makanan lain2.. hihii

2la.. yg rumah saya g pun majoriti nasi impit kuah kacang la.. menu tu mesti ada termasuk rumah sendiri.. hahhah

NzA said... Best Blogger Tips

raya sakan PK....

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

ala siannye melanatak sampai cirit2..hehehe ... biase le tu...makan2 raya ni mesti terlebey sikit dr biase kan... :p