Pixajoy

Friday, November 04, 2011

Home » Putih Itu Cantik?

Putih Itu Cantik?

Apa produk minah nie pakai ekk?
Jangan terpedaya dengan iklan produk mencerahkan kulit


Kecantikan seorang wanita tidak hanya diukur pada kecerahan dan kecantikan kulit serta mekap yang tebal, tetapi keperibadian mulia. Tapi sebagai wanita, tak dapat dinafikan, aku juga ingin kulit muka yang cantik dan bersih. Mujurlah kulit aku tak banyak masalah. Cuma kulit aku cepat gelap kalau di sambar panas matahari. Walaupun dah cukup bersih dan putih (perasan pulak), tetap tak pernah puas.haha..Korang pun macam tu kan? Baik mengaku...

Pernah tak korang melihat seorang yang kulit mukanya tampak putih, tapi jika dibandingkan dengan warna tangan dan badannya jauh berbeza? Mesti selalu kan? Jika aku pandang dari sudut positif, mereka bukan tidak yakin dengan diri sendiri, tapi mentaliti kita selalu mengatakan yang putih itu sesuatu yang cantik. Jadi setiap wanita berlumba-lumba mahu memutihkan kulit muka sampai kadang-kadang tanpa mereka sedar bahan didalam komestik sebenarnya sangat bahaya. Ramai juga yang tahu, tapi keghairahan untuk kelihatan cantik mengatasi segalanya. 

Kenapa warna kulit kita berbeza-beza? Warna kulit ditentukan oleh penghasilan melanin pada lapisan sel bawah kulit. Lebih banyak melanin dihasilkan, kulit akan menjadi lebih gelap. Melanin adalah daya pertahanan semula jadi untuk kulit terhadap sinar ultra lembayung dalam cahaya matahari. Tanpa melanin, kulit kita sebenarnya lemah dan perlu dilindungi daripada cahaya matahari bagi mengelak kemungkinan mendapat kanser kulit. Malangnya, ramai tidak sedar hakikat ini dan ingin membuang bahan berkenaan supaya tampak lebih cantik. Nak jadi putihlah tu kan..

Lebih cepat sesuatu produk itu mampu mencerahkan kulit, bermakna kepekatan bahan pemutih dalam produk itu lebih tinggi. Antara bahan aktif berbahaya dalam produk kecantikan ialah :

  • Hidrokuinon Menghentikan penghasilan melanin. Apabila menggunakan produk mengandungi bahan ini, kulit muka menjadi kemerahan, rasa pedih dan terbakar apabila terkena cahaya matahari terik. Penggunaan berterusan menyebabkan warna kulit tidak sekata dan bertompok hitam. Hidrokuinon juga boleh meresap ke dalam sel dan memasuki aliran darah. Pengumpulan hidrokuinon dalam badan boleh menjejaskan pendengaran dan menyebabkan pelbagai masalah lain seperti menggigil, mual, muntah, sakit kepala, sukar bernafas, sawan dan mungkin koma.

  • Trietinon — Kulit menggelupas, kering, sensitif pada cahaya matahari dan banyak jeragat.

  • Raksa — Kesannya sama seperti hidrokuinon. Pengumpulannya dalam badan boleh menyebabkan seseorang mengalami pelbagai masalah, antaranya muntah, cirit-birit, keracunan hati dan buah pinggang serta gangguan saraf.


  • Walaupun produk kecantikan yang kita pakai tidak ada bahan bahaya seperti diatas, tetapi tetap ada bahan kimianya kan? Lepas nie kena rajin merawat kulit cara tradisonallah nampaknya.haha..Memang cantik itu subjektif, kalau wanita berkulit putih, dia tetap dikategorikan cantik. Bagi aku kalau lelaki berkulit cerah tak macho pulak.muahaha..
    Malam nie Anugerah Skrin. Tak sabar nak tengok muka artis yang putih melepak dek mekap....:)


    * Jangan terlalu ghairah nak putih sampai merosakkan kulit.(Peringatan untuk diri sendiri juga)




    SUMBER : http://intim.wordpress.com/2007/06/21/kosmetik-rosak-muka/










    9 comments:

    ladyzamea said... Best Blogger Tips

    kalau nak ikutkan hati tu,
    lady nak kulit putih,licin,gebu...
    tp apakan daya...terimalah seadanya..janji berkulit..heee

    chii said... Best Blogger Tips

    kalo putih sgt pun..nnt senang nampak kesan..slalunya org berkulit putih ni sgt alergik...

    org putih pun xnak putih sgt..dorang lg suka warna kulit org asia =)

    chii dlm proses nak 'bersihkan' muka dari bekas2 jerawat yg ada..

    Wanie said... Best Blogger Tips

    wanie tak terpike pun nak putih ke ape..syukur dengan warne kulit yang ade =)

    *nak cuci muka muka pn malas, nk tempek krim lagi la..hehehe

    Izan Ishak said... Best Blogger Tips

    syukurlah dgn kulit wajah yg tak bermasalah. tak putih pun takpe...gebus adalah...hehe

    NzA said... Best Blogger Tips

    hitam itu menawan....

    Nani said... Best Blogger Tips

    yeah! dah mmg setiap wanita nk kn kecantikan kn.. tk kesahla dari segi ap pon..

    Nani kuit sawo matang, tpi Nani syukor! tkdelah smpai nk pegi buat bende2 yg merapu sngt tuk cantikkan muka ni. =]

    Zefa NorAsmara said... Best Blogger Tips

    Maryam kata ibu dia putih.. hehe.. tp tak sebenarnya.. tgh2 aje.. tak la putih, tidak juga gelap.. :D

    Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

    alhmdllh dah putih natural ... opss perasan lak kan :p

    janji kulit xbermasalah pun dah memadai tp manusiamana pernah puas..betul tak? yg pnting..hati mau bersihh...

    izwanyusof said... Best Blogger Tips

    yang putih2 ni memang menarik perhatian.. hehe..
    tapi yang natural tu lagi cantik dah.. diri sebenar,lagi senang.. :D