Pixajoy

Saturday, November 19, 2011

Home » Bagaimana Aku Blogwalking

Bagaimana Aku Blogwalking


Ini bukan tips blogging ke apa. Entri nie agak panjang, tangan aku rasa nak menaip ja tanpa berhenti. Rasa suka boleh baca, setakat nak jeling tajuk pun aku dahulukan dengan ucapan terima kasih. Aku cuma nak dedahkan rahsia cara aku BW. Rahsia konon, budget macam aku popular sangat.kahkah... 


Setiap blogger ada cara tersendiri untuk menjadikan blognya dikenali. Salah satu cara paling femes adalah jalan kaki dari blog ke blog. Kalau malas nak berjalan memang trafik blog ang tak geraklah. Kalau tak kisah pasal trafik sekalipun, mesti ada walau secubit rasa seronok bila tulisan kita di hargai. Lainlah ang dah femes seantero dunia maya, ang tak BW pun orang tetap datang puji-puji kata ang lawa, entri korek hidung pun orang kata ang sweet. 


Even blogger femes atau perasan femes trafik setinggi menara Aloq Setaq pun BW kan? Gila apa buat blog nak syok sendiri taip entri budget ada orang datang baca tulisan ang kalau ang berlagak alam tak mau BW. Itu akulah time mula-mula buat blog, tapi bukan sombong, sebenarnya jahil blogging.haha...


Aku cerita pasal sekarang. Perkara pertama yang akan aku buat bila buka blog adalah tengok komen, pastu publish. Terima kasih pada korang yang selalu jenguk-jenguk entri aku lepas tu tinggalkan komen. Aku sangat hargainya walaupun kadang-kadang aku tau ada yang tak baca pun terus serbu komen tanpa pakai helmet. Dari cara komen aku dah tau dia baca ke tak entri aku. Memang kantoi. keke.. 


Lepas tu aku akan cuba menaip entri kemudian publish. 95% entri aku adalah segar dari ladang. Aku jarang buat entri autopublish. Itu sebab aku publish entri tak kira masa. Mana sempat jer aku tonyoh. Kebanyakan entri aku, aku akan ambil masa yang agak lama untuk publish. Aku selalu pastikan post yang aku buat aku kaitkan dengan kehidupan harian aku even entri ilmiah sekalipun. Walaupun entri ceduk dari pelbagai sumber, aku akan cuba pastikan aku ubah mengikut ayat aku. Maknanya bukan 100% aku copypaste.


Aduh melalut pasal entri bagai. Terus ke isu BW, lepas dah publish komen, aku akan pastikan nama asing yang tak selalu komen entri aku, aku dahulukan. Bukan apa eksited jugak nak tau siapakah gerangannya yang sudi komen buat pertama kali. Lepas tu baru aku ziarah orang yang dah komen entri aku dari entri lepas. Kalau link tak jumpa tu maaflah aku takkan pulun cari siapa beliau. Selalunya ada la dua tiga orang ja, kebanyakan yang komen adalah pembaca setia blog aku.haha setia ke?


Yang setia mesti ada dekat bloglist. Kalau nampak entri baru je aku akan segera pergi terjah blog mereka. Satu kelebihan buat korang yang berada di bloglist, setiap kali aku bukak blog aku akan pastikan aku habis baca semua entri terkini yang dipublish tanpa tinggal satu pun. Selalunya memang macam tu. So pada korang yang nak exchange link, sila inform aku. Aku pun boleh taruk korang dekat bloglist Lawa-lawa or Macho-Macho supaya korang pun dapat kelebihan ni.


Aku sangat pentingkan komunikasi dua hala. Maksudnya siapa yang datang blog aku dan komen, Insyaallah aku akan cuba pergi komen blog beliau. Tak cepat pun, kalau ada hal lambat sekalipun aku kan pergi komen. Kalau dah banyak kali aku je dok komen beliau tak datang blog aku, tu maknanya komunikasi sehala je. Selalunya takkan bertahan lama. Kalau ada kat bloglist sampai masa aku akan remove.


Berbeza dengan dulu, sekarang aku dah tak BW pakai dashboard. Tahu sebabnya? Aku tanya aku jawablah sendiri boleh?, sebab sekarang aku tak sempat nak BW banyak blog. Dulu aku banyak habiskan masa BW time kerja sebab kat tempat kerja lama ada streamyx. Nak harapkan kura-kura berukband nie, kat rumah banyak kerja lain perlu dibereskan. Sibuklah mana nak kerja, mana nak urus rumahtangga, mana nak perah otak buat entri.haha..


Aku akui sekarang aku selalu abaikan orang yang datang follow. Sory to say, pada yang dok jerit sampai hilang suara kat shoutbox tu, kalau sempat jer aku pergi terjah. Memang banyak yang terlepas macam tu je. Yang suruh follow me back tu memang tak layanlah. Bukan kejam tapi kalau korang nak aku jadi pembaca setia tulisan korang, sila komen entri aku. Paksa nie.haha. Kesimpulannya, cara aku BW, bloglist dan komen. Komunikasi dua hala tu penting!


Terima kasih pada sahabat blogger yang sangat peka dengan entri Comeback. Bukan aku tak nak share tragedi Isnin di bulan November tu, tapi biarlah jadi pengajaran untuk aku simpan. Lagipun tak semua benda kita boleh kongsi dengan semua orang. Aku terharu ramai yang perasan kehilangan aku hari tu. For ur info, kt Sg Petani ni aku memang tak ada kawan. Kawan opis pun tak serumpun jer aku tengok. Perbezaan umur yang sangat ketara mungkin juga faktor. Layan jer la semua peel, janji tak ganggu hidup aku. haha. Korang jer la kawan maya yang jauh di mata dekat di entri, lebih bermakna dari dunia realiti. Sila terharu!


Kan betul entri nie panjang. Sekian.


* Trafik aku bukan tinggi pun, komen pun tak banyak. Mungkin cara aku BW nie salah pada mata korang. Tapi itu jer aku termampu buat.









18 comments:

Kak Aya said... Best Blogger Tips

1. cara kak aya pun hampir sama mcm puan kutu - tengok komen dan publish, buat entry dan blogwalking.

2.blogwalking ke blog pengomen dan yg ada pada bloglist.

3. kak aya pun jarang skrg ni nak terjah blog2 yang ada pada dashboard, tambah2 pc ni mmg nyawa2 ikan.

4. Apa pun , kak aya percaya blog puan kutu jauh lebih tinggi kedudukannya dr blog kak aya, entry byk merapu dan kerap copypaste hu hu

sekiannnn.

kpah k-poh Sharifahnor said... Best Blogger Tips

entry tu di baca..tapi kdg2 tak tau nak bagi komen apa...hmmmm

Hazmin Hamudin said... Best Blogger Tips

pertama kali menerjah komen ke blog puan kutu...hehe...kalau pertama kali kena terjah balik kan.. :p

Wanie said... Best Blogger Tips

hahaha..terus serbu komen tanpa pakai helmet <-- kadang2 ade buat gak :D

cara kita blogwalking same kak..yg dtg komen didahulukan..tapi klu ikut komen je mmg trafik tak tinggi pon..itu je yg termampu..huhu

sedih je ayat, kat sungai petani xde kawan..wanie prg SP gak..jom berkawan jom..hehe

hyz said... Best Blogger Tips

cara kita sama je pn kutu oi..... adakah kita sehati sejiwa? keh3...

NzA said... Best Blogger Tips

akak pn lebih kurg mcm PK, kalau org jengah akak cuba sedaya upaya jengah blk ttp kalau org bo layan akak lagi bo bo bo layan....hi.hi.hi....

fieda said... Best Blogger Tips

dari a sampai z kita baca tau...hihi

cara kita bw pun hampir sama..saya dulukan org yg komen entry saya..pastu saya akan bw berpandukan bloglist..mna blogger yg dtg tinggalkan kt shoutbox kalau ada masa terlebih baru saya gi jenguk..kalau saya perasan ada blogger baru dtg komen entry lebih dari 3 kali terus saya akan masukkan dlm bloglist..
skrg ni dashboard wat hal mmg susah nak bw..

puanbee said... Best Blogger Tips

komunikasi 2 hala lagi bagus kutu ..

dan semua yg kutu buat dalam entri atas bee buat hehe .. dashboard sekarang bee tk boleh tengok , kenapa entah tak faham betul , itu yg buatkan bee rasa nak buang je button follower tu , tapi tu lah nanti org hilang jejak pula ..

apa pun keputusan dah keluar ..

http://puanbee.com/keputusan-giveaway-herba-maharani-puanbee-dan-ayujamal-giveaway-close/

Unknown said... Best Blogger Tips

hi puan kutu.. sy pun suka BW.. seronok dapat berkenalan dgn rakan blogger yg bru.. salam perkenalan puan kutu..:)

Munn Jaafar said... Best Blogger Tips

akak, cara2 kitablogwalk ada bau2 bacang...hehe

Ibu Yusuf Maryam said... Best Blogger Tips

Pembaca setia dtg komen ni.. tp tertinggal keretapi sikit, harini bz (konon).. :D

Anonymous said... Best Blogger Tips

http://wanwidget.com/
oleh itu puan kutu kena lah letak saya dibloglist pastu mai la singgah blog saya, hehe

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

terharu giler ni.. adusss ni nk nangis ni.. hihii

dan2 sy g check dkt bloglist.. muahahaa

haah betoi tu.. kalu komunikasi sehala, 2 3 kali komen lps tu sy terus blah la.. cm xsyok lak..

Unknown said... Best Blogger Tips

Berguna buat blogger picisan macam Awan. Tapikan, ada juga kita sudah penat-penat bw, komen setiap entri pada blog tersebut, tapi blog kita tetap sepi. Last-last tinggallah entri tu kesepian.

anggunpesona said... Best Blogger Tips

Akak ni lagi teruk, menulis entry pun jarang, BW lagilah jarang. Apa2 pun akak suka baca cerita PK dan salin resepi yg ada. hihihi. tq.

Unknown said... Best Blogger Tips

chii berjaya abihkan baca n3 walaupun panjang..ehehe

ehem..munii..chii pembaca setia blog muni kn..:p

chii pun sama cam muni gak..slalunya akan terjah org2 yg baru..pastu bila da masuk semua blog yg kasi komen..baru chii reply komen..kalo x..takut ada yg terlepas pandang plak..

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

moga2 komunikasi 2 hala ni bertahan la ye murni ... sy pun cube sedaya upaya balas komen n bace entri mereka2 yg slalu komen2 blog kitew ..

BW tu mmg sy xberapa sempat,cover yg slalu mai je lah ...

farra said... Best Blogger Tips

wahh. saya suke info puan kutu. hihi.