Pixajoy

Saturday, November 19, 2011

Home » Kaya Chocholate Rice Crepe

Kaya Chocholate Rice Crepe



Tengahari tadi aku masak nasi goreng je. Tinggal berdua dengan si chubby mulalah fikir benda yang simple untuk mengikat perut. Malas punya pasal.haha...Petangnya aku buat benda yang tertera seperti ditajuk entri. Tajuk sakan gempak nampak western sangat. Lebih kurang macam lempeng je pun!haha..


Tadi lepas masak, aku nak tangkap gambar Kaya Chocolate Rice Crepe, rupanya bateri kamera habis. Handphone kamera dua-dua en suami bawak pergi kerja. Aku dok mention macam aku ada usb.kahkah..Tak sempat beli lagi. So jangan marah, aku sajikan gambar kidnap dari en google. Lebih kurang ja rupa, cuma cuba bayangkan aku buat tadi nipis lagi dan tak hangit. Atas dia aku sapu kaya dan chocolate rice. Try imagine now!




Sebab Kaya Chocolate Rice Crepe aku nie sedap sangat, aku nak jugak share cara buat walaupun tanpa gambar sebenar. 


Resepi Kaya Chocholate Rice Crepe


Bahan-Bahan


1) Untuk Tepung
  • 2 cawan tepung serbaguna (aku guna tepung gandum n serbuk bikarbonat)
  • 1 cawan susu segar
  • 3 biji telur 
  • 6 sudu mentega dicairkan
  • 4 sudu besar gula
  • Sedikit garam

    2) Untuk Topping
    • Kaya ( aku guna yg dalam tin punya )
    • Chocolate Rice

    Caranya masukkan telur ke dalam mangkuk dan pukul hingga kembang. Kemudian masukkan susu dan mentega. Masukkan campuran tepung, garam dan gula kemudian kacau hingga sebati. Panaskan kuali leper dengan sedikit mentega pastu goreng macam buat lempeng. Lepas masak sapu kaya kemudian tabur chocolate rice. Sedia untuk makan dengan pelahapnya!


    Topping tu ikut suka korang nak letak apa. Jem boleh, buah boleh, sayur boleh, sosej, daging, ayam, sos, mayones,tuna semua pun boleh ikut kreativiti. Kat rumah aku cuma ada kaya. Belasah jer la..Sebenarnya kaya dengan chocolate rice tak sedap pun.haha..Aiman makan satu jer pastu dia pesan ibu jangan letak apa-apa. Makan macam tu saja anak-anak kecil mesti suka! Kalau buat topping macam pizza mesti best. Korang cubalah!






    14 comments:

    msredcheesecake said... Best Blogger Tips

    Senang je... Topping tu kena letak banyak2 tu... Hheee...

    Zefa NorAsmara said... Best Blogger Tips

    Tiba2 rasa nak makan lempeng kelapa la pulak..

    Wanie said... Best Blogger Tips

    sesuai la buat brealfast kan kak..ala2 lempeng ke ni..name bukan men panjang..hehe

    nurpiska said... Best Blogger Tips

    confom esok nak buat:)

    puanbee said... Best Blogger Tips

    wa sedap nih , macam sama je menu kita , tengah hari nasi goreng , malam cekodok bawang hehe

    NzA said... Best Blogger Tips

    cicah sambal tumis pn sodap...hi.hi.hi..

    Juliet_iRa~" said... Best Blogger Tips

    ala2 pancake la ek kak?heee

    sedap juga..waaaaa lm xmkn lempeng..huuu

    MulutPayau said... Best Blogger Tips

    fuhhhh...sedapnya...macam lempeng jugakkan......nnti nak cuba buat jugaklah....

    Anonymous said... Best Blogger Tips

    Ya, mungkin karena itu

    Cuda Fuad said... Best Blogger Tips

    mkn panas2 sedap ni...lempeng cara moden...kat tempat saya, kami panggey "peknga"..sebelah utara... ;p

    L said... Best Blogger Tips

    waaa.. sedap eeeh. kene bg resepi ni kat bkl is3 L nieh.. huhu

    jom bacer kejap..=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/11/belajar-dari-alam.html

    IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

    perghhh sy dpt bygkan dgn topping yg lazat tu.. hihii

    nk sikit blh? mai anto kt amanjaya.. hehee

    anggunpesona said... Best Blogger Tips

    Wah glamornya name kuih ni. tentu sedap . Nyesal lak kalu tak cuba. tq.

    chii said... Best Blogger Tips

    time baca tajuk..chii terbayangkan cam kek coklat..adeih..skrg ni pantang nampak coklat :p

    hurm..mkn time panas2..mmg best kan..;g plak skrg ni musim sejuk..mmg lapa je la gamaknya