Pixajoy

Sunday, November 27, 2011

Home » Pantun Tahun Baru

Pantun Tahun Baru



Salam Maal Hijrah 1433H buat semua,


Doaku Ya Allah, Hadirkanlah sekeping hati yang sentiasa mencintai-Mu mengatasi segalanya. Anugerahkanlah aku kesabaran untuk sentiasa mengingati-Mu. Jadikanlah aku  seorang wanita solehah yang sentiasa membuat kebaikan dan Kurniakanlah kebahagiaan kepada aku dan keluargaku sepanjang tahun.

Jauhkan diri dari Rib'a
Doakan rezeki semakin mencurah
Awal Muharam kini tiba
Tahun Baru kalender Hijrah

Jangan dilupa untuk mengaji
Al-quran pahala mesti di buru
Akhlak peribadi lebih terpuji
Bahagia kita ditahun baru


Amal yang soleh bekalan dibawa
Bila jasad terkujur sudah 
Rela berkorban harta dan Nyawa
Demi menegakkan Islam yang Indah

Diberi tangungjawab kena Amanah
Jangan Kita Asyik Membuta
Dari Kota Mekah Ke Madinah
Mengingati Penghijrahan Nabi kita

Cuba atasi rasa marah
Tidak molek kalau berang
Ucapan Salam Maal Hijrah
Sahabat blogger yang tersayang






7 comments:

Daddylicious said... Best Blogger Tips

nice sekali...;)

Ms Fai said... Best Blogger Tips

puan kutu, fai minta izin copy doa untuk amalan peribadi ;)

Ym.Bundle [Blog.Sampah] said... Best Blogger Tips

aminn..semoga sentiasa dberkati Allah swt..

Wanie said... Best Blogger Tips

salam maal hijrah..nak berpantun sangat la tak reti..same2 la kite berhijrah..semoga diberkati :)

kakyong said... Best Blogger Tips

amboi.. puan kutu bersajak puisi pulak..

cantik lah poster maal hijrah tu... masjid mana tu yer..??

puanbee said... Best Blogger Tips

salam maal hijrah kutu ..

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

slm maal hijrah jugak utk muni..