Pixajoy

Friday, November 25, 2011

Home » River Crossing

River Crossing



Salam bahagia. 


Baru berkesempatan untuk mencoret sesuatu di sini. Sibuk menguruskan aktiviti harian. Terlanjur ada yang bertanya mengenai entry Wordless Wednesday : Main Air, aku nak cerita sikit pengalaman aku bermain air. Ekceli gambar tersebut adalah salah satu outdoor activities semasa aku berkursus dekat Rompin Beach Resort tahun lalu. Pengembaraan bermula di Hutan Endau Rompin. Semua peserta kursus bergerak secara berkumpulan untuk jungle tracking. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam. 


Pada yang tak kuat stamina tu, mengah jugaklah..Aku maintain jer.huhu..Tapi yang merimaskan aku, kasut sukan aku hampir tercabut. Nak lekang tapak. Biasalah kasut murah.hehe..Habis aktiviti aku campak terus kasut tu dalam tong sampah. Rugi wey masuk hutan pakai kasut lawa dan mahal. Ekceli nak habaq aku tak ada duit nak beli kasut.haha..Teringat cerita kelakar waktu kursus di Kulai, kasut aku tercabut tapak waktu bersenam. Tengah-tengah orang ramai. Malu gila. Bimbang sejarah mungkin berulang.kahkah..Ok lari tajuk..


Dalam perjalanan banyak juga tumbuhan semulajadi yang kami jumpa. Aku nak cerita aku pun tak tau nama saintifiknya..Yang aku ingat, depa tunjuk ranting pokok yang boleh keluarkan air. Lebih kurang macam cara nak dapatkan air kalau sesat dalam hutan. Itu saja aplikasi yang aku tau.hehe..Dipendekkan cerita, selepas aktiviti jungle tracking, rupanya kami didera lagi untuk bermain air, iaitu acara river crossing. 


Masing-masing sudah menunjukkan muka cuak bila nampak tali yang panjang bakal dilepasi dalam kedalaman air yang memang tak dapat nak jejak kaki. Aku rasa sedikit gementar tapi eksited gila nak buat aktiviti tu. Gambar yang korang tengok dalam entry WW tu adalah acara water confidence. Kami diconduct untuk membiasakan diri dengan air sebelum acara river crossing. 


Before main air posing dulu..Abaikan abang over excited kat belakang tu ya.hoho..

Sebelum turun kami disuruh pegang tangan antara satu sama lain hingga kedalam air, cuak jugaklah bila terasa diri terapung, berangan sekejap jadi duyung. Dasar tak reti berenang!hehe..Kaki kami disuruh depa kedepan dan kebelakang. Memang best..Jakun gila first time katakan..

Water confident. 
Sudah mampu tersengih..Dah confident dah nie.
Minah tudung putih tu memang kecoh. Rimas aku.haha...

Lepas acara water confidence, tunggu giliran untuk river crossing. Sayangnya tak ada gambar aku masa river cross tu. Mula-mula tu janggal jugak, dah lama tu makin laju aku..Pendek kata aktiviti nie memang best. Cuma penat sikit sebab guna tenaga yang banyak untuk pegang tali dan menerapungkan diri di air. Tangan aku nie tak kuat. Sebenarnya manja!haha..

Ada yang tanya aku yang mana satu? Yang paling manis sekali tu..Cer teka..haha..

* Buat yang tak sabar menantikan mini novella aku, sabar ya..Part 4 tak siap lagi, semalam tak ada mood nak menulis. (budget macam ramai jer yang baca.kehkeh..)



                                                


8 comments:

azam said... Best Blogger Tips

syok ni main air...hehehe

hyz said... Best Blogger Tips

hok aloh... diaorg x tau ke yang mana pn kutu? yang tudung paling menyerlahlah kan? merah.... kah3... tapi mmg besh wat xtvt mcm ni... sy suke giler kalo masuk2 hutan n terjun2 sungai ni...

Daddy Cool said... Best Blogger Tips

Sangat best bermain air!@!!!!

Gen2Merah said... Best Blogger Tips

wahhhhh, saya pun nak join laaa... kali terkhir saya ikut aktiviti macam ni masa Bina Insan Guru tahun 2008.. seronok...

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

ranting pokok apa yg ada air tu?.. saya pun suka aktiviti gini walaupun saya sbnarnya tak pandai berenang.. hahhaha

P/s : muni yang tudung warna merah.. hihii

Wanie said... Best Blogger Tips

dah agak g kursus..hehe..wanie penah sekali mase plkn buat macam akak ni..name die water confident eh?tak ingat sudah..

puanbee said... Best Blogger Tips

water confident tu bee lulus dengan cermerlang , walo tk de pelampung tu tp leh juga terapung , percaya tak ?

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

bestnyer...ala2 berendam dlm ayor berjemaah gitu..hehe

kenal dah mana kutu..yg sweet2 tu .. ;)