Pixajoy

Saturday, November 05, 2011

Home » Aidiladha Fi Baiti Jannati

Aidiladha Fi Baiti Jannati



Salam Aidiladha,


Alhamdulillah masih diberi peluang untuk merayakan Hari Raya Korban tahun ini. Esok buat pertama kali kami akan beraya di rumah sendiri, fi baiti jannati. Buat teman-teman yang pulang ke kampung, semoga selamat perjalanan dan beroleh keberkatan beraya bersama keluarga. 


Intro kedengaran begitu serius sekali.haha..Ok dipendekkan cerita, aku kena bertugas malam nie, Raya kedua pun kerja. Tak ada cuti. Berkorban untuk negara. kehkeh...Alhamdulillah habis kerja pagi esok, dapatlah beraya. Raya kedua pula, petang baru masuk kerja semula. Mengikut plan asal, abah dan mak nak balik beraya di Johor. So aku dan en suami ambil keputusan nak balik Penang. Last minit Pak Ngah dari Johor bagitau anak dia iaitu sepupu en suami akan melangsungkan perkahwinan dua minggu lagi. Ubah plan la..Kami balik Johor sama-sama nanti.


Abah dan mak akan beraya rumah aku. Aku tengah menunggu mertua datang membawa ketupat, rendang, nasi himpit dan kuah kacang daging mak yang sangat mabeles sehingga meleleh air liurku macam baby kempunan tak dapat makanan yang di idamkan masa dalam perut.haha..Serius kuah kacang mak terbaik, lapaq nie! Mak dan abah pesan tak payah buat apa-apa. Bertuahnya menantu.muahahaha..




Di kesempatan yang ada, aku dan keluarga ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA buat semua. Mohon maaf andai ada tersalah kata, terlanjur bicara, terkomen bisa, terlazer tak kena, melalut ntah apa-apa dan melukakan hati korang semua sepanjang perkenalan di alam maya..Jemput datang rumah beraya! Lepas raya, ramai-ramai kita update entri resepi masakan daging.hoho...





17 comments:

Fizalinolie said... Best Blogger Tips

Wah! Muni bestnyer mak mertua bawak makanan. Terliuq baca. Hehe... Apa2 pun Muni dikesempatan ini juga Fiza ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha dan mohon maaf seandainya Fiza pernah terkasar bahasa, tersalah kata sepanjang kita berkenalan di dunia blog :)

QASEHNYA RANIA said... Best Blogger Tips

hai...salam perkenalan..cik su follow..i'm new blogger..please support me...ngeh3

Zefa NorAsmara said... Best Blogger Tips

Salam aidiladha buat PK sekeluarga.. tahunni kami raya haji di ganu kita.. :D

ladyzamea said... Best Blogger Tips

bestnya dapat beraya ramai2..
lg best dapat makan sedap2..

kita pun nak ucap selamat hari raya aidiladha....heeee

Gen2Merah said... Best Blogger Tips

salam aidil fitri ye...

Wanie said... Best Blogger Tips

raya johor la ni ye? mintak maaf jugak kalau ade tersalah komen ke terkasar komen eh..selamat berhari raya :) boleh bawak balik apom balik johor nanti..hehe

Daddylicious said... Best Blogger Tips

sedap2 makanan ...terliur je laa...hehe

chii said... Best Blogger Tips

selamat hari raya muni.

bagusnya dpt mertua cmtu..siap kasi pesanan penaja lagi..eheheh

mama fieda said... Best Blogger Tips

SALAM AIDIL ADHA PUAN KUTU...

alif ismail said... Best Blogger Tips

salam aidiladha juga buat ak kutu sekeluarga...

jaga makan tu ye kak nanti keracunan pulak musim2 kenduri nih..hehehe..

NzA said... Best Blogger Tips

Selamat Hari Raya PK....

SYaMiLa said... Best Blogger Tips

salam aidiladha puan kutu & family...

Wanie said... Best Blogger Tips

hahaha..tu la wanie konpius jap..cakap raya kedua masuk keje, tapi tu ckp nak balik johor..rupenye nanti eh..keke

puanbee said... Best Blogger Tips

selamat hari raya kutu , mahap zahir dan batin ..memang bertuah lah ko , mak mentua bawak semua , aku masak sendiri keting ketong kat dapur sesorang hu3

psst : tadi makan sup daging , sampai la ni ada daging celah gigi .. hahah

Hanie_Dew said... Best Blogger Tips

suka sgt pix lembu yang rela tu.

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

slmat hari raya gak... mintak maap jugak yer kalu ada tersilap bahas spnjang kenai.. cewah.. hahha

xdapat nk uptae entry masak daging sebab xmasak pun... huawaaaaaaaaa.. dahla xda idea nk buat entry apa blik dr raya ni..

gambo raya skeping pun x amik.. adusss...

mmg blurrr tahap gaban la skrg ni.. hihii

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

ni mmg menantu bertuah punye menantu ni , siap dipesan xyah masak..fuh... :p

kuah kcg mak hanie pun terbaek...dpt le merasa=barang sepinggan di pagi rAYA tu... ;)