Pixajoy

Saturday, November 26, 2011

Home » CINTA MISAE DAN SHIN CHAN ( Part 5)

CINTA MISAE DAN SHIN CHAN ( Part 5)

Ilustrasi dari Puanbee.com


Mukaku merah padam, pipiku blushing setelah mendengar ayat jiwang dari Kimi. Terasa seperti ada air peluh bakal menitik dari dahi mulusku. Otakku jadi tak center. Melayang di awangan rasanya. Apa gila sungguh mamat perasan ni nak ber I love u pulak dengan aku? Baru sekali belanja minum dah over. Dia ingat cinta boleh dibeli dengan muka dia yang hensem tu? Tolong sikit. Aku sudah ada Aril. Aril? Entahlah..Lebih cocok mengatakan aku sudah ada Shin Chan barangkali. Shin Chan..apa hang sudah mandrem? Gila bayang sudah.

“Hang gila..Aku dah ada boyfriend!” aku menyinga berdiri seperti orang kurang waras tapi mencuba semahunya merendahkan nada suara takut terkejut pula orang sekeliling.

“Plz..beri saya peluang..”Kimi tetap dengan rayuannya..

“Tapi kenapa aku? Kenapa sekarang? Dah tak ada orang lain dah hang nak ayat? Pergi ayat minah free hair tadi tu! Peluang apa? Hang ingat semua perempuan hang boleh dapat? Hang ingat aku akan termakan dengan kata-kata penipu hang tu? Entah-entah semua perempuan hang ayat” lancar sekali ayat-ayat yang keluar dari bibirku. Seperti dialog telenovela. Telenovela versi utara barangkali.

“Kalau awak tak suka saya, jangan tuduh saya macam-macam”

Ermm..aku menelan air liur..

“Saya betul suka awak..” Wajah Kimi meraih simpati. Dari sinar matanya timbul pula rasa kasihan. Kimi menundukkan muka. Menyelindungkan kesedihan disebalik wajah kacaknya. 


Aku masih lagi berdiri, memandang tepat ke arah Kimi. Kemarahan aku semakin reda. Entah apa yang merasuk hingga pelbagai tomahan aku lemparkan buat jejaka wajah kacukan itu.

“Ok sory..Aku tak suka hang keluarkan ayat tanpa berfikir. Terlajak perahu boleh diundur..Terlajak kata lu fikirlah sendiri” sempat lagi aku meminjam kata-kata Nabil Raja Lawak dalam keadaan genting seperti ini. 


Kimi dari tadi menjamah raut wajah aku. Aku perasan itu. Bila mendengar pengakuanku, Kimi panggung kepalanya.

“Awak ni lawak..comel..” entah apa yang kelakar aku pun tak tau.

“Saya takkan menyesal. Bukan sekadar terlajak perahu, kalau karam dilautan sekalipun saya sanggup. Kalau awak sudi berkawan dengan saya dengan lebih rapat, kita sama-sama tarik perahu yang terlajak tu yer.”

Aduh buat lawak pulak mamat ni. Entah dari mana dia belajar buat peribahasa sendiri. Kembang kempis juga hidung separa mancung milikku dengan pujian Kimi. Dari tadi kata comel. Aku tau la aku comel. Tak payah nak puji-puji..

“Boleh..tapi ada syaratnya”

“Hoi..bercerekarama hangpa kat sini noo..”Aya menyergah dari belakang, datang bersama-sama Iza dan Balkis.

“OK girls..saya balik bilik dulu..” Kimi terus minta diri sebelum sempat aku bentangkan syarat-syaratnya.

“Bye Lisa..See u tomorrow”. 


Tidak sempat memberi reaksi terhadap kata-kata Kimi, dia telah berlalu meninggalkan kami. Kimi mengenyit matanya yang menggoda lalu meninggalkan aku yang terpinga-pinga.

“Wah Kimi hensem tu nak cucuk jarum. Satgi hang kena jarum dia sakit Lisa, hehe.." Iza menyengih menampakkan gigi. 

“Aku tak campuq..”Balkis yang dari tadi diam mengeluarkan butir kata macam mengelak sesuatu.

“Eh bukan hang rapat dengan Kimi tu ka?” Aya menjerat Balkis.

“Mana ada..Dah..jom balik. Aku nak kemas barang. Ada sikit lagi.” Balkis mengelak lagi.

“ Jom balik..” Lisa berjalan mengekori Aya, Iza dan Balkis. 

Dada yang dari tadi bergerak laju sudah kembali normal. Otak aku pula ligat memproses data kenapa tiba-tiba Kimi boleh bertindak seberani itu? Nak simpan aku selamanya? Aku cuba mentasirkan ayat jiwang Kimi dalam bahasa ibunda. Ingat aku barang apa nak simpan-simpan? 




--------------------------------------------------------------------------------





Aku balik kebilik segera mengambil tuala dan bersedia untuk kebilik air menyucikan diri. Selesai mandi aku solat. Aku mengemas-ngemas baju masuk kedalam beg. Buku-buku aku susun kedalam kotak untuk dibawa ke stor simpanan universiti. 

Cuti semester kali ini aku tidak meminta tolong abang Lan mengambilku seperti selalu. Setiap cuti semester, bilik kolej mesti dikosongkan. Sudah dua tahun aku menyusahkan Abang Lan. Kali ini aku mahu berdikari. Lagipun semua barang-barang  disimpan di bilik stor yang disediakan pihak universiti. Mama dan abah seperti selalu terlalu sibuk dengan hal masing-masing. Urusan aku semua mereka serahkan kepada Abang Lan.

Berkali-kali Abang Lan kata mahu menjemputku dari kolej, tapi aku tolak. Aku faham Abang Lan juga sibuk. Akhirnya Abang Lan mengalah dengan kedegilanku. Lagipun rumah Mak tok bukannya jauh. 

Sunyi rasanya bila keseorangan begini. Aya, Iza dan Balkis sudah balik ke Pendang petang itu juga. Aku terpaksa menunggu sehingga keesokkan pagi kerana tidak mahu kalut. 

Beep..Beep..

“Hai mama..macam mana paper tadi? Rasa macam dah bertahun tak msg kesayangan Shin Chan ni. Sihat? Tengah buat apa?”

“Merajuk lagi..” Aku membalas ringkas.

“Mama suka sangat merajuk. Sini Shin Chan pujuk..Aku malas nak kacau hang studi..tak balik kampung?”

“Sibuklah..”

“Jangan la macam ni sayang..”

“Shin Chan penipu!”

Bukan tipu..tapi aku ada masalah hari tu, nanti dulu mama, buat masa sekarang aku tak nak fikir lagi benda tu. Nanti bertambah..tambah..tambah sakit kepala aku. Nanti aku ceritakan dekat ang ekk..walaupun penting ke tak, aku tetap nak share dengan ang..tapi belum masanya lagi. Aku akan tunjukkan diri aku nanti. Shin Chan promise mama.. janji..” panjang sekali penjelasan Shin Chan kali ini. Lisa jadi serba salah.

Aku mendiamkan diri. Cuba hendak membalas mesej Shin Chan tapi seakan tidak ada ayat yang sesuai untuk aku taip. Entah apalah masalah yang menimpa Shin Chan. 


Mungkin aku seorang saja yang memendam rasa. Aku tidak faham apakah ini hanya perasaan sayang sebagai seorang sahabat atau lebih daripada itu.

Plz forgive me sayang..”  Adrenalinku bergerak laju. Sayang lagi. Ini yang aku lemah.

Sayang konon! Buktikan sayang tu tengok!” 

“Ok mama sayang. Shin Chan cium ekk…Muaaahhh..sayang mama tau!”

“Kahkah..oklah aku maafkan. Tapi jangan buat lagi ok?”

“Terima kasih mama..misae memang baik. Sweet..Tu pasal aku sayang sangat dekat ang tu..:)”

Shin Chan kembali menceriakan hidup Misae..


--------------------------------------------------------------------------------- 



Bilik kolej kebanyakkan sudah kosong. Cuma ada beberapa bilik masih berpenghuni. Sudah tentu masih ada paper yang belum dihabiskan. Pagi ini aku bangun awal terus mandi dan bersiap-siap untuk balik kampung. Gembira rasa hati dapat bercuti dengan Maktok kesayanganku. Aku membayangkan kerinduan untuk tidur sebantal dengan Maktok, makan coq udang tersedap di dunia, dapat peluk Maktok setiap hari, dapat menyakat Maktok dan dapat mencium bau tengik ketiak Maktok. Hoorey! 

Selesai bersiap, aku berjalan kaki perlahan-lahan menuju ke pintu utama universiti..

Beep..beep..

“Hati-hati yer misae. Shin Chan sayang mama..”

Misae menguntum senyum..Sengihannya kian melebar. Termakan dengan mesej sayang dari Shin Chan. Selebar jalan tar universiti aku senyum. Lebih lebar dari itu, ya aku pasti!

Langkah demi langkah aku atur dengan menggalas beg besar dibahu. Aku mengelap muka yang belum berpeluh dengan lengan baju. Jauh juga nak berjalan dari kolej kepintu utama. Kan bagus kalau jalan ni berbumbung, ada escalator lagi. Aku tersenyum-senyum sendiri. Angan-angan minah jenin!

Aku mengikut jalan pintas belok ke bangunan pentadbiran dan melalui depan perpustakaan. Kalau ikutkan angan-angan gilaku, bapak Kimi pun tak mampu rasanya nak buat eskalator sepanjang kolej ke pintu utama. Terasa nak ketawa pecah perut pula bila mengingatkan Kimi. Sentiasa dengan ayat jiwangnya. Aku menguntum senyum.

“Hai Lisa, senang hati saya tengok Lisa senyum..” 


Berdiri Kimi tersenyum mengangkat kening tiba-tiba. Panjang umur betul! Entah dari mana muncul mamat ni. Aku asyik sangat berangan sampai tak sedar kedatangan Kimi. Aroma minyak wangi yang sama menusuk lagi kelubang hidung buat kesekian kali..Ahh wangi..Mesti perfium mahal…

“Opocot!” aku melatah dan berlakon lagi pura-pura tak kenal Kimi.


"Hahaha.." Kimi ketawakan lisa. Wajahku diratah Kimi..Mata kami bertentangan. Hati aku sedikit terdetik. Aku mengalihkan pandangan. Tak suka melihat lirikan nakal dari Kimi.

‘ Your eyes are the sweetest stars I’ve ever seen” Kimi masih lagi dengan ayat jiwangnya.

“Dah tak payah nak buat ayat bunga-bunga..Aku nak cepat ni..”

“Nak p mana Lisa dear?”

“Eh hang ni..aku kata bo..” aku menutup mulut, bimbang terkeluar ayat tak sepatutnya. Kalau tak suka pun jangan sampai buat orang sakit hati dengan kita. Aku ingat itu. Hampir-hampir aku mengeluarkan perkataan bodoh. Nasib baik tak sempat celupar.

“Tak nampak ka beg besaq ni?” aku bersuara membesarkan biji mata.

“Cool sweety..saya hantar balik nak?”


BERSAMBUNG..






7 comments:

huda raihana said... Best Blogger Tips

cepat sambung~~~

puanbee said... Best Blogger Tips

hehe .. ada beberapa nak komen ,

dalam novel org tak guna haha , keke , hehe didalam perenggan.

kecuali dalam dialog boleh guna , tapi biasanya perkataan hehe akan digantikan dengan "ketawa kecil"

cth : Angan-angan minah jenin je.hehe..

ganti dengan . Inilah di katakan angan-angan minah jenih sambil ketawa kecil dalam hati.

atau keke :

cth :Seperti dialog telenovela..Telenovela utara version barangkali..keke

ganti dengan

Seperti dialog telenovela..Telenovela versi utara barangkali..aku bedigit ketawa di dalam hati lagi.

“Dah jom..”aku berjalan mebontoti Aya, Iza dan Balkis.

mebontoti tu macam tak ada dalam bahasa melayu je , hikss...

lebih elok kalau buat mcm nih

“Dah jom..”aku berjalan membelakangi Aya, Iza dan Balkis.

yang ni lak

Tak jauh pun kena naik tiga buah bas.hehe.. (hehe tak perlu kot)

yang ni lak

dapat makan coq udang maktok,

coq tu kena condongkan kot , sebab yang tu bukan bahasa melayu sepenuhnya , itu lorat kan , bila ada lorat atau bahasa pasar digunakan mesti kena condongkan , kalau ikut tatatertib esei melayu dan satera melayu lah ..

hihi ..apapun bagus jalan cerita tetap best dan buatkan tertunggu2 ..

all the best kutu ..

Zefa NorAsmara said... Best Blogger Tips

Bila masa muncul kimie ni.. ni mesti ibu yusuf sudah tertinggal keretapi.. teruskan perjuangan PK. Komen pn bee mgkin boleh membantu.. ibu Yusuf no komenla, harapje sastera dpt A masa SPM dulu.. sekarang, apa pun tak tau.. hihi..

hyz said... Best Blogger Tips

part 5 ni kurang menyengat... tapi tatau apa yang kurang...

Wanie said... Best Blogger Tips

i like~~~
sambung jgn x smbung..x puas betul bace sikit2 ni..huhu..nanti akak buat novel terus tau, wanie beli :D

kakyong said... Best Blogger Tips

jenuh marathon part 2 sampai 5...

bila nak sambung part 6... puan kutu memang hebat lah...

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

dah hbs bc smpai part 5.. part 6 nanti sambung baca lak.. alisha dah bangun nak kne menyusukan dia plak.. hihi