Pixajoy

Wednesday, November 23, 2011

Home » CINTA MISAE DAN SHIN CHAN ( Part 1)

CINTA MISAE DAN SHIN CHAN ( Part 1)




Ala best la jugak, dia blaja mandikan baby hari ni.haha pastu misae buat kerja sambilan sebab nak beli baju, macam tu la cite dia sikit-sikit”.

“Emm rugilah aku tak dapat tengok. Sok aku test HR, ang buat apa? Final around the corner kan? Bila first paper? Good luck tau.”

"TV kolej buat hal pulak. Tak dapat aku layan kartun favourate aku. Argghh pedulikan TV, esok ada test. Mahu tak mahu aku mesti study. Walaupun menyumbang cuma 10 markah untuk carry mark, ini cukup bermakna untuk aku kejar A bila final…"

Beep..beep..

Ira  memandang Blackberry milikku.  Dia cuma tersenyum tanpa sebarang perkataan. Matanya kembali semula ke diari bunga-bunga kesayangannya. Aku menekan keypad..

“Aku tengah makan, first paper hari Selasa, dua minggu lagi la. Terima kasih, syg mama..Buat la solat hajat tuk anak mama nie kasi terang hati sikit,hahaha..”

Nadiku bergerak kencang. Sayang pulak! Level perasan meninggi tak semena-mena. Berbunga-bunga perasaan remajaku seperti cadar Ira, roommate kesayanganku. Memang Ira tu jiwang. Tuala pun berbunga-bunga. Apalah..Gelihati aku dengan minat Ira yang keterlaluan. Serba serbi mesti bunga. Langsung tak masuk dengan jiwa aku yang brutal... Ira asyik menulis diari di meja belajar dari tadi. Tekun betul..

Walaupun cuba aku nafi, hatiku terdetik. Lelaki bernama shin chan ini ternyata ada sesuatu. Rasa itu istimewa. Tapi aku tak suka perasaan ini. Aku pasti cinta aku hanya untuk Aril. Aku pandang wajah kacak Aril di meja study. Senyuman dibingkai kaca frame berbentuk love seakan penghibur segala lara, peneman dan inspirasi, seakan penguat untuk aku terus berjuang. Ya dia yang aku cinta. Aku pasti itu! Walaupun berjiwa brutal, dalam hati ada taman rama-rama. Opss..

Manual HR dimeja langsung tidak ku selak. Asyik ber sms sama budak nakal bernama Shin Chan…

“Banyak ang punya solat hajat, buat sendirilah!”

“Mama marah nampak..Comel jer muka”

“Aku memang comel!haha..”

“Eceh Perasan! “

“Oklah shin chan makan dulu. Nanti sms lagi. Bye.”

Segera aku menamatkan bualan kami agar tak berlarutan. Aku harus fokus pada test esok.

“OK aku pun nak studi. Take care. Bye syg…”

Huh..aku campak handphone di tepi katil..


---------------------------------------------------------------------------------------


Lega rasa bila test Human Resources selesai. Memandangkan hari ini tak ada kelas petang, aku free sampai malam. Niat hati nak tidur. Nak qado semula tidur yang diusik oleh tekanan studi sampai lewat pagi tadi. Test HR punya pasal!

Niat nak tidur aku matikan bila terpandang kain baju yang berlambak di baldi. Esok Jumaat, Arghh..aku segera ke bilik air untuk menjalankan misi membasuh kain. Toilet lengang..Masing-masing mungkin ada kelas. Kalau tak ada pun mungkin tengah buat tahi mata barangkali. Hari cuti penuhlah orang kat tolilet untuk basuh baju. Aku tak suka bersesak-sesak. Untung hari ni aku bergerak solo.. 

Selesai menyidai baju, aku sudah letih dan mengantuk yang amat sangat. Aku benamkan tubuhku di katil bujang. Anak patung Shin Chan pemberian Aril aku peluk erat. Rindu pada Aril kian menebal.

“Misae..Shin Shan ko tak mesej ke hari nie?”

Amboi..Ira bunga nie dah pandai panggil aku Misae.

“Minah bunga apa sibuk??" Aku mencebik!

 "Jangan ganggu aku nak rest..pergi tulis diari la Ira bunga..haha” Ira dah biasa dengan lawak kasarku..

“Ala kalau dia tak mesej nanti ko muncung jer..kesian Aril pakwe ko yang kacak tu..Ko kata sayang Aril,  tapi kalau sehari Shin Chan  tak mesej, macam orang mati laki. Macam orang mabuk todi jer aku tengok..”

“Eh kalau aku mabuk todi pun, tu sebab Ira bunga..Naik pening aku tengok bilik nie. Banyak sangat bunga..Nak muntah nanah aku!” aku mengusik Ira bila menyedari dia cuba mengenakan aku.

“Aku punya sukalah..Dah la, aku ngantuk..Aku tido dulu yer Misae.. nak mimpikan Shin Chan ko..” Ira gelak nakal.

“Wey minah..Asar nie..hang p solat dulu. Tak elok tiduq lepas Asaq, mak tiri jiran aku kata boleh jadi gila..boleh kena sakit mental..”

“Aku cuti. Abis ko tu?”

“Aku bukan nak tidoq, aku baring jer.. Woo bendera Jepun ka?”

“Ye ke? Takutnya..Sambil menunjukkan mimik muka, Ira buat-buat terkejut. Tak jadilah aku nak tidur..Aku pergi bilik member aku kejap ekk, aku nak pinjam buku.”

“Yelah..”

“Kirim salam dekat Shin Chan..”

Sempat lagi nak usik aku. Aku akui aku akan rasa kehilangan  besar walau sehari tanpa sms dari budak nakal. Sepemergian Ira dapat aku tidur dengan tenang.."Gila pun gilalah..Ngantuk sangat nie!"

 Beep..beep..

“Hi mama misae, tak rindu anak mama ke? Shin Chan rindu mama.. Buat apa tu..”

Isk kacaulah..aku baru nak layan tidur. Dia mesej plak dah..

Tadi msg tak balas pun..”

“Hi mama..”

Rupanya sudah tiga mesej dari Shin Chan di inbox belum aku baca. Agaknya masa aku basuh baju tadi dia hantar. Setiap hari mesej-mesej dari Shin Chanlah yang menghiburkan aku. Sudah empat bulan aku mengenalinya. Walaupun nakal, keletah Shin Chan sangat menghiburkan. Pengubat bila aku rindukan belaian Aril. Entah dari mana datangnya jejaka bernama Shin Chan  yang menyerikan hidup aku kebelakangan ini.

Perangai kasarku aku zahirkan dalam setiap mesej-mesejku bersamanya. Shin Chan tak pernah terasa. Malah melayanku bagaikan tuan puteri. Misae itu nama timanganku yang Shin Chan berikan. Aku suka Shin Chan sebagai seorang kawan. Teman yang membuat aku rasa diri aku istimewa. Dia sering mengambil berat akan diriku. Sama seperti Aril yang dulu..

Aril sudah jarang-jarang menghubungiku. Alasannya sibuk. Banyak tesis yang perlu diselesaikannya. Aku hanya mampu menahan rasa. Sungguh hubungan jarak jauh ini hebat betul dugaannya.


----------------------------------------------------------------------------------------


Aku masuk semula kedalam kelas bila selesai qado hajat. Sakit perut!

Dear Misae,

Teman sejati bukan yang selalu dekat dimata, bukan yang selalu dekat bicaranya..Tetapi yang setia dihati, di ingati dalam setiap mesejnya. SMSmu membuat aku bersemangat untuk terus hidup!

Salam sayang dari budak nakal.

Sebuah kad kecil berwarna biru terselit di buku nota. Ada gambar budak nakal berbaju merah dan berseluar biru. Ya kartun kegemaranku. Aku terkejut dan terkesima, entah dari mana datangnya!










14 comments:

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

hihii mula2 baca tajuk ingat pasal cite shin chan kat tv tu.. tp bila baca entry rupanya shin chan mini novella... hihii

saya tak reti bab2 nak komen ni.. sebab saya sendiri bukan penggemar novel... adusss.. muni kene tanya kak mimi ni :-)

محمد رازيق said... Best Blogger Tips

wah.. best la... keep it up.. jadilah novelis :)

NURULHANIF said... Best Blogger Tips

bestnya puan kutu.. chaiyok2..

Zefa NorAsmara said... Best Blogger Tips

Terbaca novel la pulak harini.. serius terbaca, sbb ingatkan nak cerita pasal kartun kat tv tu.. n ibu yusuf bukan kaki novel. Tp dah terbaca, teruskan juga.. hehe.. best la pulak.. :D

LadyBird said... Best Blogger Tips

mama.. sambunglah lagi kisah sin chan ni.. mama mesti dh x rindukan aril kan? sebab mama rindukan sin can.. kalau aril tahu.. aril kecik hati x? kim salam lady pada ira bunga.. katakan pada ira.. lady pun suka bunga.. :P..

kakyong said... Best Blogger Tips

tak sabar nak tunggu sambungannya...

kakyong x reti tulis novel ke cerpen ker.. sbb tak pandai nak create konflik supaya erita jd menarik... huhuuu..

NzA said... Best Blogger Tips

akak baca skip je cz nk cpt...nnti dtg baca lagi....

chii said... Best Blogger Tips

so sweet ka..misae ngan shin chan, teringt plak chii ngan kisah lama..eheh

puanbee said... Best Blogger Tips

komen bee , best baca tak jemu , dapat feeling tersenyun2 sorang diri .. bee dah baca sampai part3 , pat buat part 4 , pastu jgn lupa ping kat wall fanpage bee ye ..

blog-tips-kurus said... Best Blogger Tips

cop! cop! Misae tu bukan maknya SinChan ke? :-)

Wanie said... Best Blogger Tips

wanie baru nak mula baca ni..menarik akak, keep it up eh :)

ni kisah cinta sape la kan..

Khidhir said... Best Blogger Tips

datang dari blog puan bee. cam menarik je citer ni. tgh bz, bookmark dulu, nant petang baca..

Juliet_iRa~" said... Best Blogger Tips

hee..suka2!!

ada Ira..kekeke..tp Ira yg ni bukan minah bunga mcm Ira dlm cte akk tu..hahaha..;p

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

menarik ... nk smbg sampai part 7 yg hanie dah ketinggalan ! ;p

p.s : kutu,bile nk bg address ??