Pixajoy

Monday, November 07, 2011

Home » Tonton Online Cun Dan ASK 2011

Tonton Online Cun Dan ASK 2011



Walaupun takbir raya masih sayu kedengaran, aku lupakan seketika entri tentang korban dan hari raya haji. Cerita nie agak basi, tapi aku gedik nak cerita jugak. Alkisah aku tak tahu langsung akan kewujudan Filem Cun sampailah aku tengok Anugerah Skrin Jumaat lepas. Nak kata jakun gila ke apa, memang betullah aku tak tahu langsung bila filem nie keluar.  Masa tu aku tak ambil pusing sangat tentang filem. Almaklum sekarang nie banyak sangat filem yang dok tayang kat panggung saban hari.


Anugerah Skrin tahun nie sangat suram dan kurang meriah. Kerana kecangihan ipad, teknologi kadangkala menyusahkan. Sebagai pengacara, Ally Iskandar telah mencuba sedaya upaya untuk menarik perhatian penonton seterusnya memeriahkan suasana. Penonton tidak memberi kerjasama malah nak tepuk tangan pun malas. Aku puji sikap Ally yang sudah berpengalaman dan bersahaja. Rozita Che Wan langsung tidak menyerlah, mungkin kerana ini kemunculan pertama beliau sebagai pengacara rancangan besar. Rasa gementar turut terpancar di wajah disamping tutur bicara yang tak lancar. Belum cukup layak sebagai pengacara.hehe. Kita tengok saja macam mana Rancangan Nona tahun depan.


Aku puas hati bila hero Cun, Remy Ishak merangkul anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Filem dan Nadiya Nisaa menang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik . Remy Ishak ada kelebihan untuk pergi lebih jauh. Selain hebat di layar, beliau pelakon lelaki berpakej hero kulit sawo matang dengan wajah jejaka melayu tulen. Tang hidung tu mahai!haha..Nadiya Nisaa pula seorang pelakon hebat yang semakin meningkat naik.




Dek pengaruh Anugerah Skrin, aku dengan gigihnya bukak youtube kemudian gigih menonton Filem Cun dengan kelembapan celcom berukband. En suami balik dari tengok bola, aku layan sekali lagi Filem tu dengan en suami sampai pagi. Bukan senang aku nak tengok cerita melayu sampai dua kali. Mungkin kerana aku juga orang utara, filem nie betul-betul menarik perhatian aku. Orang dah lama tengok, aku jer terlepas keretapi.haha..


Ternyata Cun tidak menghampakan, lakonan mantap dari pelakon-pelakon hebat, penuh dengan adengan lawak jenaka dan permandangan serta suasana kampung yang cantik mendamaikan merupakan kelebihan filem ini. Tambah menghiburkan loghat utara yang sempoi dan selamber Remy Ishak (Atan) dan Faezah Elai (Kuntom Renjong). Maya Karin seperti biasa-biasa sahaja. Watak Nadiya Nisaa sebagai Manis, gadis senget yang 'istimewa' sangat menarik. Menjadi sungguh watak Manis tu. Layak benar menang anugerah. 


Tidak terlambat untuk mengucapkan Tahniah kepada semua pemenang Anugerah Skrin 2011. Harapan aku tahun depan lebih meriah. Sayang sekali jika suasana majlis pengiktirafan penting begini tidak 'dihidupkan'. 


* Kat red karpet ada seorang artis wanita 'hot' yang berfesyen lain macam. Baju beliau warna merah. Tahu tak siapa? kehkeh..













13 comments:

Amir Baker said... Best Blogger Tips

Celcom memang lembab kan!

puanbee said... Best Blogger Tips

bee dah tengok , online juga kehkehkeh

NzA said... Best Blogger Tips

Yg paling akak trkilan tu Anugerah Skrin tu serentak dgn org yg sedang wuquf di arafah...TV3 ni selalu xpeka dgn prsekitaran....

Best ek PK cerita tu??????

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@NzA
bg sy best gak la.cuma ada beberapa scene yg agak menjengkel..boleh diterima kepala tintong sy la sbb byk yg slamber n lawak..:)

Gen2Merah said... Best Blogger Tips

saya belum ada kesempatan nak tengok filem cun yang melecun tu.. nati ada masa terluang laa... saya sebenarnya suka layan citer org puteh jak.. ehehe

SYaMiLa said... Best Blogger Tips

@NzA

anugerah skin masa org sedang wukuf... vokal pula hari raya...huhuhu

si robot comel said... Best Blogger Tips

cerita cun memang best,seronok dengar cakap loghat utara tau,hehe

Wanie said... Best Blogger Tips

'CUN" pelakon die wanie tak minat, haruslah tak tengok..hehe..anugerah skrin pn xtgk..sape yg berbaju merah itu?huhu

Daddylicious said... Best Blogger Tips

ntah nak cakap apa pun tak tahu....dengar je la...


jika di TAG bagaimana?


hehe!

MulutPayau said... Best Blogger Tips

akak tak tengok lagi CUN...teruja jugak nak tengok ni...

Tapi anugerah skrin tu..mmng akak tak brpa minat...tak tgk...ngadap maharaja lawak mega lagi best...hihihi

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said... Best Blogger Tips

Lahai..masa tu sy penah buat entri psl filem Cun..mungkin masa tu puan kutu terlepas membacanya..


p/s: sy terpaksa atag awak..sori yaaaa izaraaa hehe

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

sy xtgk pun lg filem ni tp tahulah kewujudan filem ni.. hihii

nk tgk on9.. brdband ni lmbap.. tu yg xsuka tu... ms blik beraya kt umah my perent, xterpikir pulak nk tgk cite ni.. mybe sbb sy dh lama x on9 kot.. hehee

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

first tau tntg filem ni masa baca2 review kat blog kakyong ... xsangke mmg menjadi yer filem ni

satu lagi drama "sanggul beracun" . teringin lak nk tgk sbb mng byk benor anugerah malam tu