Pixajoy

Thursday, November 10, 2011

Home » Intro Drama Tentang Dhia

Intro Drama Tentang Dhia



Semalam rasa macam menunggu Drama Soffiya je, tak puas rasanya menonton sebab endingnya tak seperti yang aku harapkan.haha...Tentang Dhia baru memulakan tayangannya semalam. Lately nie perasan tak Slot Akasia asyik guna nama wanita sebagai tajuk drama? Kasih Alia, Soffiya dan terbaru Tentang Dhia. Indah sungguh insan bernama wanita bukan sahaja dipuja dalam drama malah dunia nyata kan.kehkeh..




Episod pertama Tentang Dhia dimulakan dengan zaman kanak-kanak Dhia (Nora Danish). Raffi (Irfan Roslan) anak orang kaya yang sukakan Dhia dan menanggap Dhia sebagai girlfriendnya di sekolah. Pada mulanya hubungan akrab mereka ditentang ayah Dhia. Kata ayah Dhia, lelaki tak boleh berkawan dengan perempuan. Lawak juga tengok budak kecik yang montel tu berpakaian seperti perempuan bergaun, bertudung n bergincu segala kerana nak berkawan dengan Dhia.hehe..


Tragedi Raffi sanggup menggadaikan nyawa kerana Dhia telah merapatkan kembali hubungan mereka hingga remaja. Dhia membesar menjadi seorang yang cantik, tak kurang pula Raffi menjadi jejaka tampan. Hubungan mereka dicemburui Melly (Izreen Azminda), ala yang jadi Cikgu Zakiah dalam Juvana tu. Melly menganggap Raffi kekasihnya.


Tiba-tiba muncul watak Azmi (Ako Mustapha) anak seorang imam kampung yang baru berpindah. En suami tak sudah-sudah kata tak sesuai langsung Ako jadi budak sekolah. Aku setuju.haha..Walau bagaimanapun, Dhia dilihat menyukai Azmi. Sikap cemburu Melly nampaknya akan membuat hidup Dhia merana.. 


Banyak konflik perasaan dan ujian yang bakal Dhia hadapi sepanjang 26 episod dalam slot Akasia di TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7 malam. Nak menyelami kisah penuh pancaroba gadis bernama Dhia kenalah tonton ye tak?







                                                


9 comments:

LYAfrina said... Best Blogger Tips

best gak cerita ni kan.. n paling suka dgn view.. sgt2 mdamaikan

Unknown said... Best Blogger Tips

betul2..ako memang x sesuai jadi budak skolah.bapak budak skolah..ok :p

.baik amik zahiril ke...shazwan ke..talhah harith ke..eheh..semua pelakon juvana :p

Unknown said... Best Blogger Tips

macam best..semalam pun ada tapi xsempat nak tgk...hehehe

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

betoi2.. ako xsesuai jd bdk sek.. hihii

Rina Rahamat said... Best Blogger Tips

moga lepas ni adalah yg nak buat drama Tentang Rina AVAIL atau tentang cik betty kahkahkah..


mcm menarik juga jln ceritanya tp sbb waktunya sgtlah x sesuai maka mmg malaslah sy nk menengoknya..

Unknown said... Best Blogger Tips

kan....amek la fizo ke ape ke, muke fresh2 ...aznil pun ok...ni ako..memule sye tengok..eh kate mak ayah die meninggal nape bpaknye ade ag....ohh..rupenye tu la azmi

azura said... Best Blogger Tips

cam kelako ako jadi budak sekolah....

NzA said... Best Blogger Tips

blm brpeluang lagi nk tgk.....

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

baru tertengok satu episod... si melly tu apehal...dia nk raffi ke azmi?