Pixajoy

Tuesday, February 24, 2015

Home » Resepi Kek Cheese Meleleh Paling Mudah

Resepi Kek Cheese Meleleh Paling Mudah



Aku buat cheesecake lagi! Ada aku kisah en suami kata aku gemuk. Lepas makan kek sampai habis kita diet balik. Tapi lepas ni rasa macam nak buat samperit lagi..pastu cheesecake ke cheesekut lagi. Pisang goreng cheese pun ok gak ni.muhahaha..

Kali ni buat guna spongecake pandan juga. Beli Kat Tesco RM2.99 sen ja, dua hari lagi nak tamat tempoh.haha. Beli sampai dua kek pastu aku potong satu kek jadi dua keping. Fikirkan kek nak expired aku buat cheesecake 3 layer punya. Baki lagi sekeping kek tu makan dengan aiskrim. Suap Aiman, suap abah dia selesai time tu jugak.

Kek cheese ni ramai dah cuba buat ikut resepi aku pastu panjangkan lagi resepi pada orang lain. Alhamdulillah, aku pun dapat idea dekat blog siapa ntah, terjumpa masa google. Kek ni Afia pun suka. En suami diet ke apa entah, sejak dua menjak ni tak berapa lalu makan. Bagus jugak! Boleh aku dengan Aiman melantak semuanya sampai habis.hehe..


Resepi : 500gm cream cheese diputar bersama 1/2 tin susu pekat hingga kembang. Tambah 1/4 cawan fresh milk, kacau lagi. Masukkan kek span pilihan ke dalam bekas, tuang cream cheese pastu tabur parutan cheddar cheese. Simpan dalam peti sejuk semalaman pastu boleh ngap!


Aku guna cream cheese tatura pastu parutan cheddar pun beli yang dah siap. Mau tak mudah, semuanya pun yang dah siap. Tak sampai 15minit dah siap sebijik kek. Kalau nak buat kek jadi layer, letak sekeping kek, tuang cream cheese, pastu letak kek lagi, tuang lagi cream cheese. Ulang la step tu nak buat berapa layer pun.

Kali ni en suami komplen cheese sikit. Aku akui sebab sebelum ni buat dua layer je. Ni fikir kek nak tamat tempoh pi buat 3 layer, tebal la keknya. Buat yang muak dengan cheese mesti suka. Walaupun masih sedap, kurang umphh sikitlah. Kami semua ni hantu cheese. 

Sebab dah kena komplen, merajuk terus tak snap dah gambar yang dah dipotong. Haha..Kalau nak tengok kek yang dah dipotong boleh rujuk entry Kek Pandan Snow Cheese Yogurt dalam entry terdahulu. Sama je resepi, cuma yang tu aku campur yogurt. 







13 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said... Best Blogger Tips

Meleleh air liur CH tengok cheese kek meleleh ni PK :)

Miz Eija said... Best Blogger Tips

sedapnya PK... rajin buat... eija kalu time rajin suka juga buat.. tp tak terpk pulak kek span beli je yg siap kalu nk cpt.. hihi selalu buat je tp lmbt la kan.. :) time dtg mls nak mkn... beli je kalu terjumpa kat mana2 tapi tak ummpp la kan T_T

Ym.Bundle said... Best Blogger Tips

aku penah makan sekali kek cheese leleh ni, tak berapa masuk tekak la..haha..

cheese lebih kat pizza jer aku suka..hehe

nurbijen said... Best Blogger Tips

Mau tak sedap, kaya dgn cheese.... Tak salah pun, melantak dgn cheese puas2... lepas tu kita diet... hahahha

syida said... Best Blogger Tips

PK sefamili suka cheese ya?
sy baca cerita PK pun, da sangat terasa ke-keju-an cheesecake ittew ;p

err..jgn lupa start diet semula tau hehe

NzA said... Best Blogger Tips

nyum..nyum..nyum...sedapnya....

LYAfrina said... Best Blogger Tips

sedapnya...
pnh buat sekali..

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Sedap ke PK....
Jenuh mak pening kepala ni kalau makan cheese meleleh atas bawah ni haha

LydSunshine said... Best Blogger Tips

sedapnya PK. Yg campur yogurt tu lagi sedap atau yg tak letak yogurt?

LydSunshine said... Best Blogger Tips

sedapnya PK. Yg campur yogurt tu lagi sedap atau yg tak letak yogurt?

ida =) said... Best Blogger Tips

aduhhhhhh.... bahan2 semua ada dlm peti. tapi... iolls ni malas tahap gaban. huuuuu....

untung la dua beradik dpt mkn sedap2 selalu

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

mmg sdap :)
myb sebab panas kot pk.yg abah aiman tak lalu makan.
mana mana skrg rasa x berslera.. byk mnm air j

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Sebab PKlah dulu saya first time buat cheesecake leleh ni tau. Sampai lah ni, asyik beli barang tapi buat tak juga. Macamana nak rajinkan diri ni ek? Khuatir pulak kalau tak cukup ternak kolesterol dan lemak dalam badan *_*