Pixajoy

Thursday, February 26, 2015

Home » Sehari Bersama Afia

Sehari Bersama Afia



Bila ibu tengah galak snap picture Afia, ada la entry ala-ala random pictures. Semua kejadian berlaku semalam. Layan!



Pagi. Pergi Pasar Pagi Tikam Batu Afia pelik naik car Wan dia. Waktu balik habis dia selongkar bantal kecik wan. Siap mintak nak bawak masuk rumah. "Nak.." kata Afia!



Pagi-pagi dah pekena cendol. Sengaja mintak ais sikit buat syarat je sebab dah tau dah mesti bambam akan sedut sampai tak angkat kepala. Tak lepas punya straw selagi dia tak puas. Dah kenyang baru mula geleng-geleng. 


Tengahari. Dua minggu aku tak hantar Afia ke pengasuh. Depa semua dah rindu sangat kat si bambam. Sementara panaskan enjin sempat keluarkan HP snap picture Afia. Macam biasa la budak tak suka kamera mesti buat gaya marah punya!



Lepas dah ok, gaya wek dia bagi. Entah kat mana belajar sekarang ni dah pandai jelir lidah siap bunyi perkataan "wek!" Geram pun ada..



Petang. Balik dari rumah pengasuh dah pukul 7 lebih, tak naik rumah lagi sibuk ajak pergi playground. Singgah la sekejap bagi dia puas hati. Lagipun sekarang ni lambat gelap kan. Friendly sangat tak kena gaya semua orang dia ajak kawan. 


Di peluknya kawan sebaya dia tak lepas sampai naik rimas budak ni. Tengok tu kemain dok usha anak teruna orang.haha..






9 comments:

Chot said... Best Blogger Tips

Haha.kelakar.part usha anak teruna tuh..ikit sape la tu.huhi. Gaya retis mngelak mamarazi pun ader.huhu

lieyalatif said... Best Blogger Tips

kehkehkehkeh tegelak tgk gelagat afia...tang takmo amikgambar tu lawak tu..kemahin mcm diva hah kamuu ye afia heheehehehe

Zee Suhaini said... Best Blogger Tips

afia nak geng tu PK..dah bleh kasi adik..krik krik krikk

Nurul Hidayah said... Best Blogger Tips

alolooo.. comeynyeee... meh nak cubit2 sayang pipi tuuu

syida said... Best Blogger Tips

hamboih afia, minum cendol tak pandang kiri kanan ;p

(pandai dia minum cendol, anak2 saya semua x suka cendol..x best, xde geng minum cendol huhu)

Bunda a.k.a KN said... Best Blogger Tips

Dah besar Afia...dah macam2 gelagat dia meniru...
Biasalah tu...budak2 tahap ni cepat meniru gaya dan percakapan kita...

ida =) said... Best Blogger Tips

amboiii... dah pandai usha anak teruna. kikiki. kecik2 ni usha je la. apa pun manis aje. nanti besar, tak boleh nak buat dah. kikikiki.

best juga buat entry sehari macam ni. kalau tak kalut pagi2, haaaa... nak buat juga la :)

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

hahaha.
kemahem dok ngorat kawan sebelah ye afia ;)

cepat mngikut baya baya afia ni kan.
dah nak.masuk.2 tahun

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Peluk jangan sebarang peluk Cik Pia.... *_*

Mana dapat gaya 'wek' tu siap keluar lidah lagi. Sakit je hati tapi geram nak cubit pipi si Cik Pia ni tau!