Pixajoy

Monday, February 23, 2015

Home » Bermula Kerahan

Bermula Kerahan



Banyak juga mathematic homework yang Aiman terima sepanjang cuti CNY. Nak siapkan homework satu tu pun kena buat sampai tiga empat sesi. Tu pun ibu kerah dia siapkan awal. Kalau disuruh ada je alasan dia nak menangguh.

" ala cuti Aiman kan ke panjang lagi.."

Buat cepat lebih afdhal. Dah siap awal tak payah dah fikir pasal homework lagi. Itu jawapan ibu. Sebenarnya lepas homework dah siap, ibu nak dia mulakan worksheets book yang ibu beli. Semalam masa ikut ibu duty malam, Aiman buat buku Dunia Sains & Teknologi.






Tengahari tadi sementara ibu masak, ibu kerah Aiman buat worksheets yang lain pula. Aiman pilih latihan Matematik, dia punya peberet subjek. Abah pergi kerja ja dia sambung tengok TV kejap pastu main PS. Dekat abah nak balik solat ibu suruh tutup game. Pastu bila check buku latihan, dua ruang dia tak selesaikan. Kena siapkan dulu la sebelum boleh turun ke playground. 

Kalau ibu tak pantau mesti ada je kesalahan dia buat. Semua benda nak buat dengan cepat. Gopoh gapah macam apa je. Kejap lagi cikgu ibu check jawapan ada la yang nak kena bebel.hehe..









12 comments:

tiga lalat said... Best Blogger Tips

Salam. Hee rambo pun kena buat homework juga.

nurbijen said... Best Blogger Tips

Nasib baik ada cikgu ibu yang rajin pantau....

syida said... Best Blogger Tips

kerja sekolah. buat cepat lebih afdal. Setuju! :)

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Ala, ibu ni...kan cuti ni, bagilah Aiman rilex2 je.. haha

Bagus PK jangan biar anak enjoy sangat cuti ni kang nati naik lemak pulak. Di sek men pun ramai yg jenias tak bersalah tak buat kerja sek masa cuti

Fizalinolie said... Best Blogger Tips

Garang betul cikgu ibu Aiman yer. Tapi fiza setuju dgn Muni kalau tak dipantau nanti anak leka.

eima said... Best Blogger Tips

pelik fahim tak de homework cuti kali ni selalunye ade je ... cikgu pun tak sempat kot nk bagi ..puas jg la aku dok cek buku die

LYAfrina said... Best Blogger Tips

Fasya pom byk homework..
tp mujur dia ada gk settlekan kt sekolah time cikgu xde..jd xbyk la buat kt rumah

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Kira rajinlah ni Aiman .....nak jugak dia buat walaupun menyambil dengan PS hihi.....

Memang PK, anak OKje pun sama, banyak jer homeworknya tp biasalan si TLBD tu suka bertangguh geram nengoknya

LydSunshine said... Best Blogger Tips

Bagus PK, kerah dia buat awal2, nanti senang dia nak main ke nak relax sampai cuti habis.

ida =) said... Best Blogger Tips

sama dgn adam. feveret matematik. yang tak suka, tulis ikut titik-titik

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

kerahan utk masa depan aiman juga :)
good boy

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Kat rumah saya pun saya juga yang ingatkan pasal homework ni. Kalau tidak, sebelum pejam mata malam, esok nak sekolah baru berkira-kira nak buat homework! Geram betul!