Aktiviti riang ria bersama Aiman dan Afia. Orang bercuti balik kampung, pergi makan angin tapi kami lepak kat rumah je kan. Ibu yang kononnya nak menggalakkan kreativiti dan imaginasi anak pun pulun uli tepung buat playdoh. Buat sendiri ni lagi bagus kata Aiman, takde pencemaran! Katanya lagi, kalau yang dekat sekolah tu busuk, kelas sebelah pun boleh bau plastesin. Memang sangat betul, homemade lebih selamat dan bebas bahan toksid.
2 cawan tepung gandum + 1 cawan garam + 2 sudu besar minyak masak + 3/4 cawan air. Gaul sebati semuanya, uli sampai doh tak melekat, kemudian boleh bahagi dan warnakan ikut kesukaan.
Buat permulaan kita try 3 warna dulu. Sebenarnya ada tiga pewarna makanan je pun kat dapur.haha. Yang ni resepi playdoh paling mudah sebab tak guna menatang cream of tartar pastu tak payah dah masak atas api. Tapi tak tau la boleh bertahan lama mana. Aku agak kalau simpan kat dalam bekas tertutup boleh la dekat seminggu Aiman Afia main sampai puas. Dah rosak takda hal boleh buat lain, budget seciput ja pun. Nampak tak kemut disitu?haha..
Mula aku buat yang paling sibuk tentulah Afia. Dia kan pantang nampak aku buat kek ke biskut mesti nak rasa doh yang belum masak tu. Bila dah siap dok tunjuk atas meja mintak. Bila bagi ke dia, siap buat aksi masuk dalam mulut nak makan playdoh. Bukan buat lagi, memang nak makan betul-betul! Jenuh nak explain yang benda ni bukan benda makan.
"Dengan membuat bentuk yang berbeza, playdoh dapat menajamkan skill pemerhatian dan daya berfikir, menguatkan otot, serta kordinasi mata tangan"
13 comments:
wahhhh .... tp nk mkn pun boleh tak bahaya pun kan .....
eh, tak sangka boleh buat sendiri je..kretip la ko kutu..
betul sumaiyyah dulu paling suka main playdoh dah besar2 ni je tak lagi
comelnya abang ajr adik main dohh....
Saya pernah buat sekali masa anak2 kecil... Tapi lepas tu rasa bersalah sebab buat main makanan... Kat sini pun cikgu2 buat sendiri playdoh...
Cup tanya...diorang main kat situ je ke? Alahai bestnya kalau macam tu, takla sepah rumah PK. Saya pemah buat tapo budak2 ni kemaim drp depan ke belakanh.. jjadi malasla nak buat lagi lepas tu..
@Aisy Nasiha
abg main kt situ je..adk la yg dok sepahkan satu RUMAH.ibu BG dia secoet ja utk main pastu yg lain simpan.klu dibiar mmg berkecah rumah.hehe
waa..sgt2 menarik..
nti nak buat dgn asya jugak
tq for sharing
Kalau playdoh pun buat sendiri, mmg respect sangat ni.... Cubalah pas sikit sawan rajin tu kat OKje hihi
Khusyuk si Pia main tu bukan main lagi...buat piza ke Pia...
Ohh, yg ni plan nak buat gak ni. Tapi belum lagi. Nnt share ye, resepi ni boleh tahan lama mana.
wahhhhh!!! baru td terpk nk buat. minta sikit aci tak?
yang ni x risau anak masuk mulut kan?
anak teruna tu mmg seksi ler pk. kikiki
wah syioknya..
x sabar la nk buat utk rania nanti
thanks pk ..
Oh, boleh buat sendiri rupanya playdoh ni! Nasib baik PK habaq (macamlah saya nak cuba buat juga!)
Itulah masalahnya bila suruh mereka dua beradik bermain bersama. Macam kat rumah sini jugalah. Mula-mula elok, lepas tu sorang merajuk, sorang lagi test pitching. Bingit telinga.
Post a Comment