Pixajoy

Wednesday, February 25, 2015

Home » Resepi Pisang Goreng Cheese Paling Mudah

Resepi Pisang Goreng Cheese Paling Mudah



Kecewa dengan pisang goreng cheese kat tempat aku selalu beli tu, aku memang tobat tak mau singgah situ dah walapun aku dah kebulur. Sehari ke sehari, aku cuba berangan nak buat sendiri. Bila pisang ada, cheese pulak takda, bila ada cheese, pisang pulak takda. Mula-mula aku fikir mungkin aku takda luck menambah lemak dibadan.

Tadi petang breaktime, aku keluar kejap balik rumah jenguk anak bujang. Tiba-tiba pulak boleh terlintas idea bernas. On the way balik terus aku berhenti tepi jalan beli goreng pisang. Sampai rumah dengan hanya 3 step aku buat pisang goreng cheese. Hebat tak hebat aku menipu kata nak diet?muahaha...

Bahan-bahan ikut apa yang ada kat dapur. Tidaklah complete, coklat pun tak ada. Aku buat versi susu pekat manis, tapi sedap jugak ok! Kalau dah memang badan jenis berlemak keju bagi la apa pun bertemakan cheese memang sedap sesaja.hehe..



Step 1 : Panaskan sekejap pisang goreng dalam pemanggang ajaib



Step 2 : Keluarkan dan susun dalam piring pastu tuang susu pekat manis.



Step 3 : Tabur cheese, hias ikut kreativiti. Siap!


Aku main campak je chocolate chips dan ceri lebihan biskut samperit.huhu..Kalau nak resepi pisang goreng sedap kat SINI. Alhamdulillah pisang goreng cheese bodo macam ni pun habis jugak aku melantak berdua dengan Aiman.




9 comments:

Chot said... Best Blogger Tips

Haha. X aci. Main tipu. Haha. Kejamnya entry klua mlm2 time kebulur ni.laparrr

Miz Eija said... Best Blogger Tips

hahaha... lawak la PK ni buleh plak buh nama pisang goreng cheese bodo... ishhh sdp ape... eija pun kalu xde pisang nak goreng beli pisang goreng siap balik parut cheese... sedap puas ht dapat :)

Fizalinolie said... Best Blogger Tips

Rajin sungguh ibu aiman. Terliuq tengok pepagi. Haha...

LydSunshine said... Best Blogger Tips

Sedapnya...

Tihara said... Best Blogger Tips

sedap nih sehingga menjilat jari ^_^

Nurul Hidayah said... Best Blogger Tips

hahhaa... cepat, mudah dan sedap! :))

ida =) said... Best Blogger Tips

sedapnya! makan pulak panas2. perghhhhh.

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

hihi.mmg sedap saya pon jd suka.

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Sukanya kita! PK memang bijak. Kenapa saya tak terfikir pi beli pisang goreng lepas tu tabur cheese maknek kat rumah. 50% kita buat, memang hasil ciptaan kita jugalah kan!

Saya dah stop beli pisang goreng cheese ni. Terasa muak pulak walaupun sama je spesies menternak keju dalam badan *_*