Pixajoy

Monday, February 02, 2015

Home » Fishball Homemade Untuk Afia

Fishball Homemade Untuk Afia



Disebabkan Afia tak suka nasi, jenuh fikir apa menu untuk bento dia. Balik- balik mee,mihun, koteaw tu je. Kadang-kadang beli Maggi kering atau spageti untuk dia. Nanti nak cuba makaroni pulak. Entah dia makan tidak. Kat rumah dah lapar sangat baru selera makan. Kalau ditanya nak makan ke memanjang geleng kepala. Sebolehnya asyik nak mengempeng ja.

Sekarang aku mula gigih nak buat fishball, sosej dan sebagainya homemade punya untuk Afia. Semua pun sedia maklum, yang terjual siap dikedai tu tak bagus dengan bahan pengawet mak nenek. Konon la kan nak hasilkan makanan sihat untuk anak. Jangan semangat kejap sudah.hehe..

Sebelum ni bukan tak pernah buat homemade fishball. Tapi tu la tak berapa gigih nak asingkan banyak isi ikan dari tulang. Pagi tadi aku guna seketul je isi ikan tenggiri gaul dengan lada sulah dan sedikit tepung jagung. Aku tak letak pun garam. Seeloknya untuk baby 2 tahun kebawah tak payah taruk garam. Dapat 5 bijik cukup la untuk sup Afia sekali makan.


Kulit dengan tulang ikan jangan dibuang. Boleh rebus dengan hirisan bawang merah, bawang putih dan halia buat stok. Bila timbul maknanya fishball dah masak. Buat banyak-banyak simpan dan bekukan. Disebabkan aku nak buat sup untuk bento, aku masuk fishball sekali dalam sup mendidih. Lagipun lima bijik ja buat lekat celah gigi.haha


Hari ni kerja office hour buat nasi goreng bodoh dan mihun sup telur bebola ikan plus kentang dan karot untuk bambam. 






12 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said... Best Blogger Tips

Rajin betul PK ni.. thumb up :)

nurbijen said... Best Blogger Tips

Mak ai, bento Afia pun buat aunty telan ailio... nyum nyum!

umi alya said... Best Blogger Tips

Afia suka makan oklah, anak2 akak masa kecik cukup liat nak makan tapi bila dah besar, kita pula tak larat nak masak, asyik nak makan jer kerojanya.

Alyapun makan ikut sukahati dia, masa nak dia makan, kalau tidak jangan haraplah nak makan.

Najib Ariyan said... Best Blogger Tips

rajin betul... kalau nak pandai buat ikan lepas ni buat udang ngan ketam pulak kan... nak pelbagaikan untuk anak tu...

ros_reeza said... Best Blogger Tips

Rajin akak ;) nanti nak try jugakla buat sendiri fishball

Fizalinolie said... Best Blogger Tips

Mcm2 bento Afia. Fiza pulak terliur dibuatnya. Huhu.

syida said... Best Blogger Tips

sebut psl makaroni, semalam menu lunch anak2 sy makaroni sup :)

sosej & fishball homemade? rajin! *tabik spring skettt* hehe

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

kan.. smga semnagat itu berterusan.hihi
untung afia..
betul tu pk mmg kna buat sndiri je kan.nk dgn x nak j.bab ikan tang tulang tu bercinta aje..
tp guna ikan tenggiri tulang x byk.ok la kan.

sedap tu.tp x prnh mkn bihun suo telur tu lg

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Lawa saiz bebola ni PK. Nampak lebih kurang je..pandai mengentelnya tu..

LydSunshine said... Best Blogger Tips

Dia makan tak fishball tu? Saya skrg ni dah mula letak garam dah dlm makanan luth. Ehee... Dia dah pandai memilih. Kalo tak sedap dia tak makan. Kalo tak makan, nnt mama la yg penah sebab mcm afia juga, kalo dia tak kenyang, dia akan asyik nak mengempeng je.

LYAfrina said... Best Blogger Tips

kalo kat teranung ni org panggil mee calong.. mmg letak bebola ikan homemade kat dlm tu.. tp cara penyediaan bebola ikan ni lain dgn versi teranung

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Untung Afia ada Mak gaya gini rajinnya. Awat bento Afia pun boleh buat saya terliur sama ni? Bodo-bodo pun nama diberi, tapi temptingnya alahai....

Buat banyak sikitlah PK, boleh bekalkan kawan kat sini *_*