Ajar anak dua tahun bukanlah dengan paksaan, perlukan keseronokan dan biarlah pembelajaran mengenal huruf berlaku secara semulajadi. Fokus anak dua tahun mudah datang dan pergi, so kena guna sebaiknya masa yang ada sebelum dia hilang minat. Kalau dia dah tak minat, stop je aktiviti dan cari masa sesuai lain.
Umur dua tahun sebenarnya sudah boleh belajar kenal banyak huruf tapi kita tak boleh la expect mastery dalam umur baya Afia kan! Fokus pada huruf besar dahulu pada sesuatu masa dan jangan bimbang dahulu tentang huruf kecik. Itu tips yang aku dapat.
Punya semangat belajar huruf A, sampai tido dengan A.haha..
Bila kita dah memperkenalkan anak dengan huruf sejak awal, rasanya tak susah sangat untuk ajar. Terus share stepnya la ekk!
Step 1 - Pilih Huruf
Pilih satu huruf dan fokus dengan satu huruf setiap minggu. Budak baru dua tahun tak boleh la paksa dan tekan macam budak besar. Nanti stress sangat bak kata Aiman.haha..Boleh mula dengan Aa ikut urutan atau dengan huruf apa-apa je yang kita or anak suka.
Step 2 - Buat Huruf
Tulis huruf yang dipilih dekat kertas ke manila kad pastu gunting. Boleh main deko-deko Eric dekat huruf tu dengan anak. After that, boleh terangkan tentang garisan dan bentuk huruf yang kita buat tu.
Step 3 - Gantung Huruf
Gantung huruf dekat tempat yang biasanya anak berada. Pendek kata tempat yang dia mudah nampak macam bilik tidur atau bilik dia bermain pastu discuss sekali lagi tentang garisan dan bentuk huruf pada anak.
Step 4 - Bina Huruf
Bantu anak bina huruf dengan playdough contohnya. Kalau expert membaking tu satu bonus. Asalkan kreatif banyak aktiviti boleh apply. Buat la biskut or roti bentuk huruf. Sambil makan pun boleh belajar tentang huruf. What a nice activity kan!
Step 5 - Ulang Huruf
Buat ulangan pada setiap huruf. Follow step 1 sampai 4 setiap minggu dengan huruf baru.
Good luck untuk Afia dan ibu!hehe..
6 comments:
saya rasa, step 1 tu paling penting kann? takleh tamak2, one alphabet at a time (eceh)..pelan2 kayuh ye afia..gudluck mama :)
alisha boleh la sikit2 dah .... kecik2 dulu mama die malas hahaha
insyallah..afia mesti blh..
lya dulu guna teknik gunting2..
Good luck utk Luth dan mama luth juga. Heheh. Mekasih ye di atas tips ni. Boleh la apply pada Luth nnt. InsyaAllah.
mesti la A ibu..
A utk Afia ..
thanks pk berkongsi
betul tu budak budak cepat boring..
pengalaman sya mgajar budak di tadika hari tu..
belajar sambil bermain
Kira dah berjayalah PK memperkenalkan huruf kepada Cik Pia ni. Rajin sungguh PK ni. Tabik spring!
Post a Comment