Orang kata anak perempuan memang dilahirkan dengan kebolehan mengemas sejak baby. Afia tidak terkecuali. Kalau dibandingkan dengan Aiman, Afia hebat sedikit dengan aktiviti memunggah. Bukan setakat sepahkan rumah dengan toys, barang dapur semua dia tonggang terbalikkan satu rumah. Barang dalam almari, rak kasut, barang dalam kabinet, sebut saja semua sudah selamat dijajah. Ni belum lagi cerita keupayaan menjadi ahli silap mata. Remote TV dah sebulan hilang tak dapat dikesan.hoho
Bear pengantin yang dulu kononnya menjadi pengganti diri ibu abah waktu bercinta selamat disatukan hampir 9 tahun lampau pada hari perkahwinan. Dapat ke Afia, rantai pearl, vest dan crown, bunga ditangan pengantin perempuan hilang sudah. Hasil punggahan barut dia waktu baby digayakan titi (nama panggilan bear dari aiman kecik lekat sampai sekarang) dua ekor.
Awal pagi dah mula memunggah rak kasut untuk digayakan. Satu-satu kasut abang sampai ke ibu punya dia melaram. Nak marah tak sampai hati sebab comel sangat!
Kali ni box yang menjadi tempat simpanan Cloth Diaper dan stokin pula jadi mangsa. Tak cukup sekali dua tiga kali kita kemas dia selerakkan semula. Sempat juga bawa stokin mintak ibu pakaikan ke kaki dia. Nak feeling newborn baby la konon!
11 comments:
Memang comel Afia..acik taknde anak perempuan PK..tapi anak2 lelaki acik sama la macam Afia ni..masa kecil dulu..sampai kan semua almari laci..acik kena ikat ngan tali..rak pinggan pun kena gantung tinggi
Allah cutenyaaaa..... suka tengok gambar pertama tu... bear yg dibarutkan...hahahaha...
mmg la kan ..girl mmg camtu kot sbb icha pun sama suka memungah brg dapur la... dh besar kot tp dok punggah lagi
stukrii yg boy tu pun kaki ngemas... periuk jadi drum. T____T
Oh, waktu macam ni memang menggugat kesabaran betul! Tapi nak buat macamana ya, tak marah rasa tension, nak marah rasa macam comel pulak.
Ikutkan ajelah rentak si Afia ni dengan harapan bila besar sikit, sikap rajin mengemas pulak yang akan hadir dalam diri :)
Comel, hi3
comelnya afia...patung tu pun comel juga...hehehe...afia praktis mengemas tu...hehehe
hihi.comel titi pakai barut
amboi afia bergaya dgn kasut ibu nk pi mana tu..
makan nuri erk.. :)
Betul kot.....
Tengok jerlah Afia tu sebagai contoh....semua barang dia dlm kotak habis digali hihi....
Pandai ke dia pakai setokin sendiri PK
hahah.. klo dah gegirl.. mmg camni la.. tgu je afia besar sikit..jaga-jaga la lipstik n bedak tu.. hehe
comelnya bear tuu.... hihi baby gegirl semestinya begitu
Post a Comment