Pixajoy

Saturday, February 28, 2015

Home » Gaya Afia Shopping

Gaya Afia Shopping



Tengah menikmati pagi dikampung lagi. Kejap lagi baru bertolak balik. Aiman Afia masih terbungkang tidur. Penat barangkali. 


Jom ibu update kisah outing petang semalam. Balik kampung haruslah ada aktiviti shopping serba sedikit. Katanya Parit Buntar syurga beli belah. Kali ni destinasi pilihan ialah deretan kedai tepi sungai Pekan Lama PB. Kedai ni rasanya dah beroperasi lama dulu sebelum kelahiran pusat bandar PB lagi. Masa aku kecik-kecik, sinilah tempat paling famous untuk shopping tau. Sekarang PB dah pesat sangat membangun.

Tujuan utama nak mencari beg en suami dan selipar cik pia kita ja pun! Kebetulan hari Jumaat ada pasar malam. Ohh jam..mana nak parking ni? Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan. Kalau tak ada rezeki, memang kami nak blah saja dari situ.



Afia berjalan lenggang kankung dengan backpacknya menuju ke car untuk shopping. Sebelum pergi singgah kejap kedai depan jalan kampung beli air. Dalam kereta tak sampai PB lagi dia dah buat hal sengaja basahkan baju. Salin baju pulak la.

Pusing punya pusing, ada terjumpa beg yang en suami berkenan, tapi ada tapinya..Aku suggest tengok sekitar pasar malam mana tau ada banyak lagi pilihan beg. Kalau takda, kita patah balik kedai tepi sungai. Masuk pasar tengah membeli bantal kekabu ternampak satu kedai kasut. 

Jom terjah! 

Aku masuk dahulu bersama Afia kemudian diikuti Aiman dan abah.

"Dah beli bantai ni..nak tidoq sini boleh tak?"

Tak pernah lekang dengan lawak ujang en suami masuk ke kedai membawa 4 bijik bantal penuh tangan kiri dan kanan. Gelak besar tauke kedai. Afia peramah telah pergi menegur semua pelanggan budak yang ada dalam kedai nak buat geng. Memang jenis high overdose dia punya friendly graph. Harap maklum!



Yey dah jumpa selipar baru untuk Afia! Pink dengan teddy bear dan ada lampu ditapak. Jakun sekejap anak dara dapat selipar ada lampu lip lap sampai tak sudah suruh kita nyalakan dalam kereta.hehe..Ibu ada usha dan pakaikan kasut tertutup cantik, nak belikan dia juga tapi Afia tak suka. OK fine, selesa lebih penting dari bergaya. Jimat dah duit ibu yang kemut!haha..


Yang Afia berkenan adalah sling bag gegirl digantung bersebelahan kaunter. Beg comel budak perempuan ye bukan seperti gambar. Dibeleknya beg dengan penuh naluri keperempuanan kata abah. Ohh boleh tahan taste anak dara. Baru nak masuk dua tahun, lagi dua tiga tahun boleh pitam tengokkan cara dia shopping.haha..

Lama juga kami disini mendapat layanan istimewa dari takue kedai. Ibu dan Abang Aiman pun dapat sandal baru. Abah yang mulanya nak beli beg terus cancel, merembat kasut baru juga. Lain kali boleh datang shopping sini lagi waktu raya. Murah betul nak dibandingkan dengan kedai kasut SP Plaza selalu kami terjah.






4 comments:

syida said... Best Blogger Tips

mcm banyakk je hasil tangkapan..patut la tokey kedai bg layanan istimewa hehe
mesti syok melayan anak dara kenit tu soping kann..

Bunda_nora said... Best Blogger Tips

Abah tu saje jer cancel nak beli beg tu....ada lah rezeki kalian lain kali boleh datang lagi usha beg abah pulak kan...

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

hasil tangkapan yg banyak.mood tauke pon oke.hihi
kemahen ye afia..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Nasib baik abah cancel plan nak beli beg, dapatlah anak beranak berjimba shopping hak masing-masing. Alahai PK, anak bujang kita dua-dua dah pandai nak shopping sendiri. Hari tu si Abang minta snickers, kot dan bowtie. Katanya nak feeling macam CEO company LEGO!