Pixajoy

Thursday, February 19, 2015

Home » Naik Feri Penang

Naik Feri Penang



Tak habis-habis lagi ke kisah Penang.haha. Apa nak diherankan sangat dengan feri Penang, ye orang Penang katakan.haha..Entry ni cuma nak abadikan pengalaman Aiman Afia naik feri. Walaupun kampung kat Nibong Tebal, punya susah nak sampai Penang. Sekali dapat pergi, dua kali tu naik feri dalam masa sebulan.


Masa pergi Penang Hill tempohari Afia tidur kan. Sabtu lepas dua-dua beradik pun tertidur dalam kereta. Aiman terjaga bila kereta stop dalam feri. Pun begitu dia terhimpit ditengah tempat duduk belakang, kereta park ditengah, nak keluar susah, jadi nikmati panorama dalam kereta je la. Afia masih lena diulit mimpi sampai turun feri baru jaga. Ada baiknya dia tidur, takdelah buat perangai sangat time nak jalan nanti.

Perjalanan balik baru dapat nikmati keindahan naik feri yang sebetulnya. Masa Penang Hill dah malam, suasana malam agak gelap cuma nampak lampu terang benderang. Baru ni kami lepak depan sekali. Ya depan feri yang atasnya pilot feri tu. Dapat tengok feri bergerak laju, dengan keindahan laut dan angin sepoi yang meniup. Aiman Afia kemain suka! 


Ibu dok mendukung Afia tak teringat nak snap gambar budak berdua ni. Apa pun kami sempat juga wefie dengan wan. Cuma maktok je tak keluar tunggu dalam kereta. En suami kata aku gemuk. Uwaa memang makin tembam pun mukaku ni kan! 






8 comments:

adrianna syaz said... Best Blogger Tips

Assalammualaikum akk..lama x snggah sini..seronok kemain afia naik feri eh..lama sgt sya xpg penang..teringat mkn pasembur..huhu

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Aunty yang dah tua ni pun suka naik feri tau.. haa berangin gitu.. syokla depa kampung depa kat penang, bolehla makan angin naik feri selalu..

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Ayah Aiman Fia tu sebijik wan kan PK....
Pipi jer nampak tembam badan slim melim apa nak kisah...hihi....
Kekadang jenis tudung pun mainkan peranan bentuk muka kita juga tau PK....

nOe suhaimi said... Best Blogger Tips

mmg bes klu naik feri tu...tengok feri tu bergerak sambil layan bunyi ombak n angin...berisi sikit tak pe PK...janji masih cun :)

ida =) said... Best Blogger Tips

Seronoknya dapat naik feri! ke Penang tuuu... dua beradik ni belum pernah sampai ke penang. dalam kepala dok berfikir-fikir gak nak berjalan ke penang. nak naik feri, nak makan2, macam2 la nak. bila agaknya boleh sampai...

LYAfrina said... Best Blogger Tips

bestnyer,,,
dh lma x naik feri

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

ingt zaman dok penang.terkejaq kejaq nak naik feri.. rindunya

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Itu yang saya teruja nak pi Penang ni. Teringin nak naik feri dengan kereta-kereta sekali. Hahaha.