Masih berkisah cerita balik kampung.hehe..Petang Sabtu demand dekat en suami ke Pasar Kemboja. Pasar sebenar buka pagi Sabtu sahaja, tapi kat situ ramai gila orang. Lagipun Ain (adik bongsu yang disalah tafsir tu.hehe) kata depa jual murah hanya untuk yang beli pukal. Setakat nak beli sepasang dua, baik ke Pasar Buntar. Lokasi Buntar berdekatan Econsave Parit Buntar.
Pasar Buntar dibuka setiap hari sampai malam. Kat sini barang jual dalam bangunan, takdelah bersesak dan berpanas. Material sama cuma tak sebanyak actual pasar kemboja yang tepi jalan aku kata buka Sabtu tadi. On the way sempat wefie dalam kereta. Ain punya kerja layan je.huhu
Ni kira baru kali kedua aku kesini. Kali pertama masa raya tahun lepas. Pasar ni pun kira baru buka juga. Yang pasar Sabtu tu je sejak zaman aku anak dara dah ada. Puas shopping dekat pasar kemboja sebab harga murah, barang pun kualiti. Dah namanya blogger tak sah kalau tak snap picture bukti sampai sini. Kalau sekali pandang tak nampak pun ada blogger tersepit di celahan tudung. Rambang mata tak ingat. Kerja Ain sekali lagi.haha
Lebih kurang satu jam setengah kat sini dapat juga aku menjala sehelai inner shawl, dua helai blouse, sehelai skirt dan dua helai instant shawl. Padan je en suami datang awal, kalau tak, harus shopping selagi tak rabak poket.
Jumpa gambar ni dalam handphone en suami. Pakwa tengah melayan fia naik gelongsor. Minta en suami bawak budak berdua tu main kat playground sementara aku ditemani Ain dengan misi menjala. Kalau ada si bambam memang tak dapat la nak membeli apa.
Apa pun terima kasih en suami kerana sudi menjaga anak dan bagi peluang aku shopping. Bukan senang tau nak dapat chance. Lepas ni setiap kali balik kampung boleh kot demand lagi macam ni.hahaha
9 comments:
Meriah jalaan tu PK ;)
best nya dapat shopping kat situ..
Kalo dekat2 ni, nk juga mengintai apa yg ada. Hihihi. Cukup byk dah hasil menjala tu. Puas hati :)
seronok pk dok menjala noh..
syiokk la bila mmbli ditempat yg x panas kan.baru selesa ddk lelama
kt pendang pon ada pasar kemboja ni.setiap hri jumaat, sampai peniaga setmpat dok bising yg org kmboja juai murah murah. depa punya bisnes pon kureng skrg ni..
sesak ya hamat
Pasar kemboja ni dulu kala ramai orang dari Kemboja ke yang menjualnya? Tak dapat ke pasar kemboja ke pasar yang lebih meriah tu, memang bonus la.. nak pula anak tak ikut sekali..ai..syokla bershopping gitu.
Best lah dapat shopping tanpa gangguan... hahaha, hubby pun dah tahu yg PK tengah kelabu mata dlm kedai tu... ada hero datang selamat sebelum poket rabak!
Syoknya.. Haruslah shopping kak ;)
puas hatilah shopping bila anak suami jaga kan.. klo tak, x sempat nk membelek
Untung en suami sangat memahami saat-saat indah seperti ini :) Amboi, PK! Kelibat blogger nampak punggung jerk :)
Murah sangat ke kat Pasar Kemboja ni sampaikan PK yang katanya kemut sangat shopping sakan? Ni yang tak tahan ni... Tak sangka Parit Buntar ni macam-macam ada rupanya ya!
Post a Comment