Pixajoy

Tuesday, February 10, 2015

Home » Tragedi Di Playground

Tragedi Di Playground



Rutin biasa, bila petang kalau takda hal memang akan bawak si kecik Afia turun main dekat playground.  Ahad lepas tak sangka pulak kegembiraan Afia dan Aiman bertukar tragedi. Masa kejadian mata ibu tengah ralit pandang kearah sekumpulan mak-mak budak. Sekelip mata pandang Afia semula, dan- dan tu dia terjatuh muka tersembam dekat simen. 

Ya Allah...

Berlari ibu dapatkan Afia yang tengah melalak. Cara jatuh tu sungguh ibu membayangkan muka Afia cedera teruk. Mujur takda luka disekitar muka. Bibir dan mulut berdarah. Banyak juga darah mengalir keluar hingga kena baju. Serta merta ibu dukung bawak balik Afia. Aiman tanpa disuruh membototi dari belakang sambil mulut tak henti melahirkan rasa kesian pada adik.

Lasaknya Afia sekejap je dia nangis. Sampai rumah  ibu bersihkan mulut dengan air. Ambil tisu dan lap kemudian letak minyak gamat pada bibir yang cedera. Dia asyik kemam bibir agaknya rimas dengan bibir yang bengkak. Serupa Angelina Jolie dah. Kesian bambam.



Tak padan dengan mulut macam ni pun sibuk dok tunjuk selipar ajak keluar semula. Terpaksa la sogok dengan tab.


Bila tanya Afia sakit ke tidak dia geleng-geleng kepala.

Kata Aiman

" Baru nak seronok-seronok hilang terus seronok. Tadi Aiman seronok gila, Aiman takdak mood terus nak main"

Abang Aiman yang prihatin dok melayan Afia main sampai malam. Mulanya Afia dok merap juga, minta dukung dalam setiap kerja yang ibu buat. Dah malam tengok Afia aktif macam biasa main sepak ball dengan abang, main pondok-pondok dengan happy. Buat apom goreng pun Afia makan hampir sebijik juga.

Lega hati ibu Afia tak apa-apa. 








14 comments:

eita said... Best Blogger Tips

alahai..sian nyer afia..mujur takde apa2....

umi alya said... Best Blogger Tips

Sib baik x kena gigi..

lieyalatif said... Best Blogger Tips

alahai sian afia.... tapi kan cikpuankutu perasan tak sebenarnye setiap budak2 akan mesti lalui bende ni kan...anak2 lieya ni tige2 org semua penah tersembam sampai bibir bengkak camni....kdg2 kite dah berhati2 tapi tu la leka sikit bende leh jadi kan....

hope dah kurang bengkak bibir afia tu.... kang rimas plak die nak menyusu kan....

eima said... Best Blogger Tips

kesiannya .... ok la tu afia dah leh mkn apam .. paling takut klu anak jth mulut pecah diorg tak leh mkn sbb sakit ..klu dah boleh mkn dan menyusu lega sgt dah

LYAfrina said... Best Blogger Tips

mujur x serius.. maybe berdarah tu sbb bibir terkena gigi dia kot...

LydSunshine said... Best Blogger Tips

Syukurlah Afia okay. Kuat anak dara PK sorang ni.

nurbijen said... Best Blogger Tips

Biasa la tu budak nak membesar...
Tapi Afia ni memang kuat..

ida =) said... Best Blogger Tips

siannya afia.... sakit ye... mujur la dia lasak. kalau aleesya, hurmmm... lama kot nangisnya.

Sya Nadia said... Best Blogger Tips

eh.. aniq pun baru je jatuh tadi..berdarah teruk juga mulut tu.. tp jenis yg kuat, nangis kejap je..skrg dah tido pun ..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Alahai, kesian kat Afia. Apa yang menarik sangat kat sekumpulan makmak budak tu, PK?

Tapi budak-budak ni memang gitu gayanya. Asal kita dok perhati 24jam sehari, takda masalah tragedi berlaku. Asal kita leka sesaat je, macam-macam hal berlaku.

Nasib baik muka Cik Pia tak apa-apa. Muka tu reta tau, Cik Pia :)

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Nasib tak de pape.....seram weyh kalau dengar budak jatuh. Mau mama tak panik, muka tersembam. Luka luka satu hal.....kalau gigi patah satu hal pulak

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

alhamdulillah
afia kan kuat..
seriau kan

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

InsyaAllah budak2 kecil ni ada malaikat jaga.. itu yang kalau jatuh tak luka banyak. Tapi kitalah yang panik, kan? Mana nak tahan bila ank dah mula meraung. Mujur Fia good girl.. kejap je dia nangis ya..

Miz Eija said... Best Blogger Tips

kesian afia.. cepat sembuh yea afia... afia ni mcm baya2 anak eija kot... imanina pun hr2 kalu balik keje ajak ke PG... mcm mana la nnt kalu dah memboyot hehe...