Pixajoy

Friday, February 06, 2015

Home » Puding Roti Kukus

Puding Roti Kukus



Sebenarnya dah banyak kali aku buat puding roti ni cuma rasanya tak pernah tempek resepi. Mana sempat nak tempek, tak sempat nak snap gambar dah sodaqollah dikerjakan. Lagi tengah panas masa lembik tu memang kesukaan En suami. Aiman pun boleh dikatakan peminat puding roti juga. Kali ni aku buat Afia pun makan dengan banyak. Aku kureng sikitlah, tapi untuk projek memikat hati suami apa salahnya buat selalu.haha

Kacau, susun, tuang, kukus. Simple binti senang je pung! Kali ni aku namakan Puding Roti Chipsmore. Hakikatnya bukan chipsmore betul tau. Biskut coklat chips Afia punya aku belasah. Dah ini je pun ada kat rumah. 


Resepi Puding Roti Kukus Mudah

Bahan-bahan

4 keping roti dipotong kecil
1 tin susu cair
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar butter
Kismis/ chocolate chips/biskut untuk hiasan

Cara-cara

Masukkan telur+gula+esen kedalam bekas, kacau sekata. Kemudian masukkan susu cair dan kacau. Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang. Tuang adunan kedalam susunan roti dan tabur bahan hiasan. Akhir sekali kukus sampai masak dan simpan dalam peti sejuk sebelum potong.



Aku kukus terlebih dahulu dah separuh masak baru pecahkan chipsmore tabur atas puding. Kalau masuk awal sangat biskut tak crunchy. Tak suka pulak aku kalau boh kismis. Bukan menidakkan makanan sunnah, tapi serius aku tak suka kismis bercampur dalam puding atau kek. Roti aku boleh pulak terapung kat atas tak berapa terendam dengan adunan. Dah jadi layer. Tapi nampak lawa jugak kan macam ni.huhu...





10 comments:

nurbijen said... Best Blogger Tips

Biasa saya buat bakar.. bukan apa, kalau kuih kukus jer selalu sgt tak jadi....
Saya suka makan puding roti dgn kastard... lepas ni nak pelabagikan letak coklat mcm PK pulak... ahaks!

syida said... Best Blogger Tips

amboi3, projek memikat hati suami gitteww ;p

sy suka tabur choc chip, bila puding roti dah masak,habis ku kutip choc chipnya dulu hahaha..pastu kalu curahkan kuah kastad (macam sis nurbijen ckp tu), memang perghhh...bak kata PK, "tak sempat nak snap gambar dah sodaqollah dikerjakan." hehehe

NzA said... Best Blogger Tips

berbaloi2 masak kalu jd kegemaran suami n ank2kn....

umi alya said... Best Blogger Tips

Akak keliru, blog masakan atau apakah ia? ahakkkkkkkkkkk..

Serius, nampak sedap jer..

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

a’aaa.nmpak cntik..
ingt pk sesaja buat gitu..

sedapnya..

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Haha siap highlight lagi bukan menidakkan makanan sunnah....
Lain org lain seleranya kan...PK. Okje suka pulak ada kismis ...

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Serius rasa bertuah kalau PK ni jiran saya. Meh hari2 saya order makanan dengan PK..

LYAfrina said... Best Blogger Tips

waa.. rajin akak.. selalu je ada menu kat blog akak ni

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Kalau suami tak terpikat juga hati dan perutnya, tak tahulah saya PK. Tapi rasanya dah terlebih pikat kot berdasarkan perut en suami PK ni. Hahaha! Shh... jangan habaq kat dia pulak! Parahlah I direject jadi besan nanti!

Miz Eija said... Best Blogger Tips

eija blm pnh kukus kalu buat puding roti... selalu bakar pastu buat sos vanilla :).. nnt blh cuba resepi PK.. mcm sedap je... telan air liur cekk :p