Pixajoy

Friday, February 20, 2015

Home » Read Aloud Bersama Afia

Read Aloud Bersama Afia



Read Aloud adalah satu aktiviti dimana kita membacakan buku dengan kuat pada anak. Bukan hanya sekadar baca, Read Aloud antara elemen penting dalam perkembangan dan pendidikan anak-anak. Aktiviti ni mengasah kemahiran mendengar, mengembangkan daya fokus dan ingatan anak, merangsang imaginasi dan memupuk minat terhadap buku dan belajar. Banyak lagi kebaikan membaca bersama anak yang kalau aku nak hurai macam ada je yang nak baca sangat.huhu

Read Aloud boleh kita buat sejak newborn baby lagi, tapi macam biasa la ibu Aiman Afia ni kan ke sentiasa ada pasang surutnya. Susah betul nak istiqomah.hehe..Sekarang ni sesi Read Aloud jadi makin seronok sebab Afia dah mula faham dan respond  apa yang kita bacakan. Waktu baby kalau baca tak berapa best, macam kita syok sendiri pun ada. Walau sebenarnya depa absorb lebih daripada apa yang kita jangka. Tapi tulah kan dasar suka bagi banyak alasan. Ampun!

Baca dengan budak baya Afia ni bukan boleh lama. Seminit dua pun dah kira ok. Yang paling penting bonding time, hubungan erat dan kasih sayang serta perhatian yang ibu bagi masa sesi Read Aloud, gitu!Buku baby nak hunting pun tak berapa ada banyak masa terjah bookstore.  Selama ni dok baca cloth book dengan buku abang Aiman je. Ibu ada buat sendiri jugak storybook untuk Afia. 



Buku animals pertama Afia. Mula-mula buat dulu tujuan nak ajar dia kenal haiwan dan bunyi. Guna buku Abang Aiman punya yang tak terpakai. Nampak tak miskin? Haha..Tapi kaya kasih sayang kan? Lepas tu tambah je ayat jadi story book. Gambar haiwan lukis sendiri tau, bukan tekap macam abah sangka. Tak menahan aku punya kemut. Konon old school nilai sentimental tinggi la sangat.hakhak...






7 comments:

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Saya suka ni. Masa naim dulu stress nk buat sebab naim jenis yang akan ulang berpuluh2 kali.. tapi dwngan nazif ni jadi mudah sebab ada naim .. naim pula yang ajar adik huruf2 dan minta adik ulangkan ayat dia..

ida =) said... Best Blogger Tips

wahhhh!!! ini super rajin!

saya pun buat juga buku untu read aloud session dengan adam dulu. ada 3 buah je la. kikikiki.

tapi... tidak la rajin macam ni. saya print aje. guna gambar betul yang berkaitan dengan aktiviti harian kami. Tulisan tu pun, yang berkait rapat dengan kehidupan sebenar kami. kikiki

Syikin Maarop said... Best Blogger Tips

wahhh.. kreatif dan rajinnya ibu aiman dan aifa nih.. :)

LYAfrina said... Best Blogger Tips

aktiviti y sgt bgus utk afia..

LydSunshine said... Best Blogger Tips

Buku elephant ni pun saya ada buat sendiri utk luth tapi gmbr amik kat internet la. Ayat karang sendiri. Heheh.

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

menarik nya
usaha tangga kejayaan
tenkiu pk berkongsi
in shaa Allah smga kita sama sama istiqamah

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Wah, bangga ada bakal besan rajin macam ni! Tak sangka. Terharu sungguh! Betul ke gambar tu lukis sendiri? Macam tak percaya mata melihatnya. Memang tinggi rupanya skil melukis PK ni. Kalau saya, memang nak cara mudah je, PK *_*