Pixajoy

Wednesday, February 11, 2015

Home » Hadiah Pencil Box

Hadiah Pencil Box




Pencil box Aiman bawak balik tunjuk ke ibu. Katanya ustazah sekolah agama bagi. Hadiah ni sepatutnya present masa Aiman darjah satu, tapi masa ustazah bagi tu Aiman tak datang sekolah. 

Nak tahu tak hadiah apa? 

Hadiah untuk yang dapat nombor satu sampai sepuluh kata Aiman. Terus tak mau guna pencil box sekolah agama yang ibu beli. Alat tulis semua replace masuk pencil box baru.

" Aiman dapat nombor berapa?"

” Nombor 8.."

Oklah tu ada improvement. Awal tahun dulu dapat nombor 10.haha..








16 comments:

nOe suhaimi said... Best Blogger Tips

tahniah aiman...mesti excited dapat pencil box baru

nurbijen said... Best Blogger Tips

Tahniah Aiman... dapat hadiah dari ustazah lagi...

tiga lalat said... Best Blogger Tips

Salam.Hee tahniah untuk aiman semoga menjadi lebih bijak.

Kakzakie said... Best Blogger Tips

Dapat yg baru biasalah yg lama terus simpan kan:)

Tahniah Aiman.

syida said... Best Blogger Tips

Alhamdulillah..pelan2 kayuh, kan aiman kann...

azni hanafi said... Best Blogger Tips

good luck aiman..terus taknak yg ibu beli bila dpt yg baru ye..

Ummi Iman said... Best Blogger Tips

Tahniah. Moga terus maju ke hadapan

Sya Nadia said... Best Blogger Tips

ok la tu nombor 8..kata budak sya jaga dulu, lagi besar nombor lagi bagus..hahaha..abg dia dapat nombor 1 katanya tak sebagus dia yg dapat nombor 10..haha

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Tahniah, Aiman. Okeylah tu. Budak-budak ni bila dapat sesuatu, memang suka tak sudah. Macam kita dulu-dululah. Sekarang ni pun ada lagi perasaan macam tu :)

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Tahniah Aiman..... bagus ustazah bagi semangat kat budak budak.....Kira ok banget tu dpt no 8, hujung tahun capai no 1 pulak yer Aiman

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

tahniah aiman.usaha lagi k

ppstt: pk, alhamdulillah, dah sembuh..
kena 11hb. pulun sapu kunyit hidup kat batang hidung pastu buat teknik percussion tu.alhamdulillah, dh baik hari ni..

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Haha.. yang penting suka belajar kan? Lawalah bekas pencil hadiah aiman ni.. suka tau kalau sesi bgi hadiah gini. Kami sediakan hadiah biasa je, tapi masa naik pentas tu anak2 ni muka semuanya seronok macam nak dapat hadiah mahal.. dlam hati saya fikir, kalau bab ni anak2 usj ni pun macam anak2 lain juga. Tak kisahla depa jalan luar negara je kalau cuti tapi kalau cikgu bg hadiah, masa nk ambil tu ada perasaan bangga..itu yang penting.

ida =) said... Best Blogger Tips

Kan... Anak2 kalau kena puji dalam kelas pun happy kan... Inikan pula dapat hadiah... Sapa tak happy!

Miz Eija said... Best Blogger Tips

Tahniah aiman... budak2 seronok kalu ada yg menghargai usaha mereka wlpn hadiah biasa2 je yg penting ingat... selamat maju jaya aiman auntie eija doakan :)

LydSunshine said... Best Blogger Tips

Zaman skolah dulu paling hepi kalo dpt pencil box. Selalu tukar2 pun takper.

LYAfrina said... Best Blogger Tips

alhamdulillah..rezeki