Pixajoy

Tuesday, February 17, 2015

Home » Pasembor Padang Kota

Pasembor Padang Kota



Mai Penang memang tak sah kalau tak JJCM dekat Padang Kota. Pekena pasembor tu wajib! Kalau makan kat sini jangan terkejut tiba-tiba berkerumun datang kiri kanan depan belakang dok promote menu masing-masing. Annoying sikitlah baru nak duduk depa dok bising tanya order. Semua pulak tu nak bercakap serentak. Dah la panas, baru duduk tak sempat nak fikir digasak bertubi-tubi. Rasa macam nak sekeh pun ada!

Alkisah makan-makan Sabtu lepas.

Aku, mak dan en suami order coconut shake. RM4 segelas, oklah gelas pun besar, boleh share minum. Aiman kongsi dengan maktok, ibu dengan Afia. Tapi cik pia budak notty kira mengadak ais ketui je tau. Makan langsung tak mau.






Padang Kota ni tema dia macam food court, ada banyak pilihan menu dengan deretan kedai yang pelbagai. Kedai pasembor je ada dalam tiga empat buah. Kali terakhir makan kat sini kena pasembor tak sedap. Aku membayangkan tak ada apa yang istimewa tentang pasembor Padang Kota yang konon gah sangat diperkatakan. 

Alhamdulillah kali ni kena kuah yang menepati selera. En suami kata tak puas makan, nak order lagi takut tak habis pulak. Harga pasembor ni RM 20 something. Wan yang pilih. Kalau pilihan aku dan en suami haruslah lagi bervariasi, tekak orang muda katakan.hakhak..




Suamiku en sotong. Opss sotong untuk suamiku! Sotong kankung RM10. En suami kalau sotong liat camni memang peberet beliau. Aku rasa kuah yong tau foo dia bolehlah, sedap juga. 


Wan Aiman Afia memang peminat laksa. So memang tak lepas peluang pekena laksa Penang. Sedap juga kata abah.


Akhir sekali aku order koteaw goreng nak share makan dengan mak. Yang ni dah malas nak snap. Rasa memang tak sedap langsung. Suao dua tiga sudu terus aku surrander. Serious tak boleh makan. Kuah koteaw pahit pasaipa. Mujur ada abah tolong setelkan. Tang sotong en suami bedal. Kalau tidak rugi, sepinggan koteaw goreng RM6 tau.


Famous Penang Hussain Pasembor. Terbaiklah! Sebab tak puas makan en suami nak ajak pekena pasembor lagi Sabtu ni. Fikirkan jalan sesak cuti raya cina je tak sanggup. Sesiapa datang Penang jangan lupa singgah sini pekena pasemboq Hussain!







18 comments:

LydSunshine said... Best Blogger Tips

Alaa, lambatnya entry ni keluar. Kalo keluar masa sebelum saya gi Penang ari tu kan syok. Saya gi penang mcm tak tau nak gi cari makan special kat mana. Heheh. Tu la main redah je tak kaji dulu betul2. Pasembor yg saya makan kat kedai mamak kt Georgetown ari tu, bagi saya agak sedap la. Lain dgn rojak kan? Mmg terjatuh cinta dah rasanya. Sotng kangkung pun saya suka sgt.

NzA said... Best Blogger Tips

nasib baik akak baru lepas makan masa rehat tadi.

Unknown said... Best Blogger Tips

lama sungguh akak tak pergi padang kota ni, last pergi masih lagi zaman belajar dengan arwah mak, ayah dan adik ....

Wak Lat said... Best Blogger Tips

Salam .Hee sedapnya rojak pasembor itu.

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

rindu nk mkn kalau ke sini
coconut shake alahai..
pk ni saja tau.. :)

afia saje je tlg ibu hbskan ais
tgk aiman makan tu.. alahai..

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Sotong kangkung tu kakak pun suka tau. Sedap!

Apasal kwee-teow dia pahit. Perencah dia over tumis kot.. macam-macamlah.

Mell Mariann said... Best Blogger Tips

lama gila x p penang. last masa remaja dulu. hajat nak p ngan arwah MIL pn tak tertunai.. bila2 nk p bcuti sana lah.. makan sedap sana..

Unknown said... Best Blogger Tips

sumer sedap2 nih..lama tak makan sotong kankung..

nOe suhaimi said... Best Blogger Tips

pergi penang tak pernah singgah sini lagi....next trip...nak singgah pekena passemboq...

eima said... Best Blogger Tips

tp harga mknan kat sini la meltop ... dulu waktu pi penang selalu juga mkn kat sini ... CKT situ ...huhu mahai gile

Ibu Yusuf Maryam said... Best Blogger Tips

Slps 2006, tak pernah lagi saje2 jln g Penang. Biasanya lalu sebab kursus kat Kedah..

Mar Mansor said... Best Blogger Tips

kena ingat entri ni..pasemboq hussain

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Aduhai...kenapalah ada entri Penang macam ni! Tension...

Eh, saya pernah baca kat mana lupa dah. Pasembur kat Padang Kota lama tu ada yang beli sepinggan makan seisi keluarga sampai RM100. Betul ke?

Saya kalau pergi Penang nak cari nasi kandar jelah!

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Eh nampak bersih je kawasan makan ni. Masa saya pergi hujung tahun hari tu, kotor kawasannya. Orang lain makan je, saya jamah je..sebab rasa kembang tekak nak menelan... huhu kemain mak naim ni..

OKje said... Best Blogger Tips

Pernah singgah Padang Kota ni pekena mee sotong....tp malangnya tak kena dgn selera. Balik KL terasa loya makan mee merah sebab teringat mee sotong Padang Kota....

ida =) said... Best Blogger Tips

aduhaiii... meleleh air liur pasembor punya hal. haaa... saya pun baru lepas makan. tapi... bukan mcm pasembor yg sedap tu... mcm koteaw goreng tu. hilang mood nak makan. memang tak boleh di telan dek tekak. nasib la papa adam aleesya tlg makan kan.

mood skrg : lapar. kikikiki

LYAfrina said... Best Blogger Tips

mmg femes pasembor ni..tp smpai skarang lya x suka mkn..hehe..rojak pon x suka jugak..

Anonymous said... Best Blogger Tips

Hussain Pasembur memang terbaik... dengan pekerja yang friendly dan kuah yang terbaik di penang..