Pixajoy

Thursday, February 12, 2015

Home » Resepi Ikan Masak Asam

Resepi Ikan Masak Asam



Sementara tengah galak update ni, mari kita tambah koleksi resepi. Padahal masak asam je kan.haha..Masak asam pun jangan dipandang sepi, kena dengan nasik panas kuah banjir terangkat wo! Dah boring masak sambal, masak kicap, memang ni antara menu jadi pilihan. Cara masak sama macam masak cuka, selalu membuat aku terkenang masakan aruah mak. 

Nak buat masak cuka en suami tak tahan perut, cuka tajam katanya. Rasa tak jauh beza, so masak asam pun bolehlah buat pengubat rindu. Aku pakai ikan cencaru je. Bukan apa en suami sudah beli 3kg stok ikan cencaru. So tiga empat lima hari menu caru la jawabnya. Hari sebelumnya pun aku ada order keropok lekor. Semalam petang bawak balik sampai 5 bungkus. Perli ke apa! Haha. Beliau kalau membeli memang gaya nak buat kenduri.



Resepi Masak Asam : Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam kemudian goreng, ketepikan.Tumis hirisan bawang putih, bawang merah, halia dan cili padi, masukkan air asam jawa dan jintan putih , biar hingga mendidih. Akhir sekali masukkan ikan goreng tadi serta perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Siap!

Close up sikit..


Kalau tak suka pedas tak payah boh cili padi, guna cili hidup pun boleh, tak letak cili pun no hal. Kalau suka kuah yang super masam boleh tambah asam keping juga. Biasanya orang buat masak asam tak letak jintan putih, tapi aku guna. Pada yang tak pernah cuba, Selamat mencuba!





12 comments:

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Tak lakulah resepi ni di rumah saya! Dah pernah cuba dah. Masak yang simple macam ni memang mengimbau kenangan sungguh tau. Eh, kenapa ek tengok gambar masak asam ni tetiba pulak saya teringat keladi masak gulai pedas! Aduhai, sedapnya cicah nasi panas dengan ikan masin!

Zee Suhaini said... Best Blogger Tips

jarang2 dapat makan ni memang layan PK..adoiii terkenang jugak..nak balik buat la..tapi keli jer ada kat umah skang nih..

Acik Erna said... Best Blogger Tips

Acik memang tak boleh masak sendiri asam pedas ni pk..makan suka..kalau masak sendiri..mesti acik rasa tak sedap

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Tak pernah masak style ni....boleh cuba....Tp tulah kekadang budak dlm rumah ni masak lain macam sikit mesti tak cuit....Sudahnya mak makan sorang sorang ....

Nooriah Abdullah said... Best Blogger Tips

kaknoor pun kalau buat asm pedas mesti letak jintan putih sbb lebih wangiii kan

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

pk, saya suka menu ni.peberet saya dgn arwah adik yg dok kem kat tmpat pk keja tu

kita panggil masak asam.
kalau menu cenggini ala ala masak taucu kalau belah cik abe..sbb guna taucu

Sya Nadia said... Best Blogger Tips

Dengar asam je rasa meleleh air liur woo.. lapar pulak tetiba..

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Eh..resepinya sama dengan ikan masak taucu yg mentua saya ajar. Tapi adalah sikit bahan yang lain sebab ada taucu yang sini xda taucu. Menarik ni ..nak cuba juga lain kali.. seronok makam ikan resepi macam ni. Kalau asyik kicap dan pedas je saya mulalah tak lalu, orang lain dlm rumah ni apa lagi ...

ros_reeza said... Best Blogger Tips

Sedapnya.. Ros tak pernah cuba style ni. Sebab selalu ikan cencaru buat goreng belah belakang je..

ida =) said... Best Blogger Tips

Sedapnya! Saya suka. Tapi... Kat rumah xde yang makan.

Jadi... Malas nk buat. Tapi... Wan selalu buat. Sedap!

Miz Eija said... Best Blogger Tips

sedapnya... takpenah try lagi selalu cicah air asam je.. :)

LYAfrina said... Best Blogger Tips

menarik resepi ni..blh try jugop