Pixajoy

Thursday, February 05, 2015

Home » Resepi Mudah Aiskrim Pasu

Resepi Mudah Aiskrim Pasu



Katanya aiskrim pasu sekarang tengah fenomena. Aku bukan suka sangat ikut peredaran viral. Kebetulan je ada banyak stok aiskrim kat rumah tu yang cuba buat. Bukan ada apa sangat, aiskrim biasa je pun, tabur serbuk oreo, masuk pasu pastu pacak la daun. Entah apa yang depa dok gila tak tau! Katanya tak suka tapi gigih tu cari bekas ala pasu dekat kedai dua ringgit. Nak masuk blog punya pasal.muahaha..

Bahan yang perlu ada ialah pasu, aiskrim perisa kegemaran (aku guna vanilla coklat), kek kesukaan (optional), serbuk Oreo (aku guna 5 keeping biskut oreo, buang krim dan blander kering) pastu daun untuk pacak (daun sup je) dan hiasan ikut kreativiti. 

Aku pusing satu mini market cari idea untuk deco. Berangan la nak boh mashmalow, nak cari jeli bentuk cacing, pastu kot ada coklat bentuk ladybird. Semuanya tak ada. Daun pun belasah daun sup selambak.haha. Orang biasanya letak daun pudina. Jadilah ekk untuk makan sendiri.

Jom aku tunjuk resepi mudah aiskrim pasu PK version.


Mula-mula sediakan pasu bersih pastu taruk sebijik cupcake ke dalam pasu. Nak letak biskut pun boleh. Tak nak boh apa, aiskrim semata pun ok.


After that sumbatlah aiskrim kasi penuh pasu.


Untuk efek tanah, ratakan serbuk Oreo memenuhi atas aiskrim. Boleh juga campur dengan cornflakes hancur kalau suka.


Last sekali pacak daun dan hias ikut kreativiti. Nak tabur chocolate rice, chocolate chips silakan. Aku tengok daun aiskrim pasu yang orang dok letak kecik comel ja. Aku punya macam dah tanam dan membesar setahun.huhu


Tara...siap sudah untuk di ngap!







18 comments:

Zee Suhaini said... Best Blogger Tips

nyum nyum sedapnya pk..hahaha kreatip..
zee takat ni takde napsu lagi nak terai..cam pelik jer tengok..

Miz Eija said... Best Blogger Tips

senang je rupanya... ada jugak ternampak tapi buat tak tau je hihi sebab eija tak berapa minat aiskrim T_T

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Tgh hot ke benda ni? Lor..saya baru tahu pasal ni..nampak sangat tak up to date. Haha..
Banyak juga bahannya sepatutnya ye.. ai. PK biasa, tahu saja memudahkan resepinya..

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

haha serius sy baru tahu pasal ni ma muni pos kt FB... dan2 saya google.. rupanya dah lama aiskrim pasu ni wujud.. hahha

Acik Erna said... Best Blogger Tips

sepasu rm6.00 tu PK..acik tak pernah beli lagi tanya je.

Acik Erna said... Best Blogger Tips

sepasu rm6.00 tu PK..acik tak pernah beli lagi tanya je.

Kakzakie said... Best Blogger Tips

Sana-sini dah sibuk dgn aiskrim pasu ni kan. Kakak tak pernah lagi mencuba makan mahupun buat sendiri..

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said... Best Blogger Tips

hihihi senyum akak baca entry PK ni.. ayat pokok dah besar tumbuh setahun tu yg buat akak gelak lagi besar... aduhai macam2 sekarang orang nak berniaga kan PK... dah keluar lah pulak Aiskrim Pasu bagai ... :D

syida said... Best Blogger Tips

daun sup tu yg mahal haha
anyway, thumbs up sis!

yg penting, homemade kann? sy pun nak cuba la nanti..gerammm je tgk org share gambar aiskrim pasu kat Ig

nOe suhaimi said... Best Blogger Tips

hahahaha...punya susah nk cari mood makan...sampai kena beli pasu...macam2 idea kan diaorg ni PK...

Masya said... Best Blogger Tips

hahaha nak tergelak kt murni .. ko bab derhaka .. mmgkan.. kat sini mmg tgh viral aiskrim pasu ni ... hihihihi

nurbijen said... Best Blogger Tips

femes eskrim pasu skrang ni...

NzA said... Best Blogger Tips

mmg jd viral skrg ni.....yg trkini depa deko2 dlm kasut "po chu kang"....adeh......he3x...
apa pn pk mmg kreatif....

❤Kamsiah❤ said... Best Blogger Tips

eskem lesung pun ada jugak skrg ni hehe

ida =) said... Best Blogger Tips

kikikk. kat sini rm5 sebekas. mmg... buat sendiri pun boleh. cuma excited nak mencuba. kikikk. pasnj nk buat eskrim cawan. sbb... xmo beli pasu

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Kreatif jugalah ni PK, daun pudina tukar jadi daun sup. Kira orang rajin macam PK ni asal teringin je mesti menjadi punya. Saya ada juga dengar aiskrim pasu ni tapi tak pernah cuba lagi. Nak beli ler tu bukan buat :)

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

dh lama tingin nk makan eskerim pasu ni..
tp tu la x mkn ais lagi ni..
kat penang 5.50 sepasu
kalau bawa pasu pi isi semula dpt la 4.50
anak buah gtau. hihi .

layan j la daun sup pon pk.. janji homemade.ye dok

LYAfrina said... Best Blogger Tips

fenomena skarang,,
kan mudah..buat sndri je..
lya smpat gk bwk fasya mkn aikrim pasu aritu.. tp pasu plastik bahaya la..mujurlah tmpt lya bawak asya mkn tu, dia mmg letak bekas lain dlm pasu tu